38

4.1K 201 22
                                    


"Ss..sakit.." rintih Ayleen apabila kapas disua betul betul diatas luka bibirnya. Adrian menggigit bibir kesal.

" Maaf sayang. Abang tak dapat nak control."

Semalam Zayn mengamuk dan memukul Ayleen bertubi tubi hingga wanita itu terdampar lemah. Entah bagaimana, Zayn benar benar panik dan ketika itu lah Adrian berjaya mengambil tubuhnya semula.

Terkejut Adrian melihat Ayleen terbaring lemah dengan kesan pukulan diseluruh tubuh. Tahulah dia Zayn telah melakukan sesuatu yang di luar jangkaan.

Semalaman Adrian bersengkang mata menjaga Ayleen yang demam panas. Luka luka pukulan itu disapu ubat. Mujur pagi tadi suhu badan isterinya sudah semakin baik.

Ayleen mendiamkan diri. Dia benar benar letih untuk melawan. Sudahlah dia separuh mati dibelasah semalam, entah apa salahnya yang Zayn nampak hingga sanggup melakukannya begitu.

Dia tertanya, sampai bila dia harus bertahan begini. Sampai bila dia perlu berhadapan dengan situasi ini. Adrian yang baik hati dan Zayn yang terlalu kejam. Ralatnya, kerana keduanya berada dalam tubuh yang sama. Tubuh suaminya. Syurganya.

" Sayang, abang minta maaf." Dahi Ayleen dikucup sayu.

Ayleen menutup mata, pilu. Maaf..maaf dan maaf. Itu je lah yang Adrian mampu. Tindakan darinya?

Tiada.

Sememangnya cintakah lelaki ini padanya? Atau hanya satu kepuasan baginya apabila berjaya mendapatkan dirinya? Jika benar benar dia cinta, sanggupkah dia melihat insan yang disayangi itu disakiti sebegini? Seberapa tegar sebenarnya hati seorang Adrian ini?

"Lepaskan Ayleen, abang." Tanpa sedar Ayleen melepaskan kata. Sakit tubuhnya benar benar terasa tetapi sakit di dalam hatinya jauh lebih memeritkan.

" No sayang. Please don't say that. I love you," wajah isterinya dikucup bertalu talu. Tidak ditinggalkan walau setiap inci sekali pun. Dia benar benar sayangkan isterinya, tidak tahu bagaimanakah dirinya jika Ayleen tiada disisi.

"Sshhh..sakit sangat.." Ayleen mendesis lagi. Semangatnya luntur, dia benar benar dilema. Ikutkan hati, dia betul betul mahu lari, tetapi, dia berat akan sesuatu perkara.

Dia berat mahu meninggalkan Adrian.

Adrian dan Zayn, kedua duanya sangat jauh berbeza personaliti mereka. Dia bimbang, Adrian akan semakin jauh dan jauh hingga tidak boleh dicapai. Dia tahu Adrian bukan pinta dirinya jadi begini. Disebalik sifat baik dan lembut yang ditunjukkan, tersembunyi sifat zalim dan jahat yang dipelopori Zayn.

" Sikit lagi sayang, sekejap ya."

Wajah Adrian yang berkerut membersihkan luka wajahnya ditenung lama. Rasa kasihan menyelubungi jiwanya. Bagaimana Adrian menghadapinya saban hari? Bagaimana dia menyelesaikan sesuatu perkara dengan membawa satu lagi personalitinya? Pasti puas dia berperang hingga dia terlalu penat.

Tangannya tanpa sedar membelai wajah Adrian, hingga perbuatan lelaki itu terhenti.

" Abang, macam mana Zayn boleh keluar kerap sangat? Apa yang saya boleh buat untuk menghadapinya? Tell me, supaya saya lebih bersedia. Dia sedang mendengar saya ke tu?"

Adrian mengerdip mata sambil mindanya cuba memikirkan jawapan sesuai untuk diberikan. Dia suka akan belaian itu. Belaian yang memberikannya ketenangan dalam diam.

" Abang tak boleh marah. Abang tak boleh naik marah. Dia akan senang kawal kalau abang marah. Dulu, abang boleh control dia dari keluar. Abang akan makan ubat yang memang akan diberikan setiap 3 bulan menerusi pos dari hospital tempat abang membuat rawatan di US. Tapi ubat abang hilang."

Tangan Ayleen terhenti membelai wajah Adrian.

" Hilang?"

Adrian mengangguk. " Lepas sayang terjumpa ubat abang, abang letakkan kat satu tempat dalam bilik kita. Tapi ubat tu dah tak ada keesokkan harinya. Abang tahu ada 2 orang je yang keluar masuk selain kita. Anees dan Mak Mona. Tapi abang tak ada bukti."

" Abang perlukan ubat tu untuk kekang dia dari keluar. Syaratnya abang tak boleh marah. Tapi abang manusia biasa sayang. Abang marah bila dapat tahu sayang lari tak minta izin ke program anak angkat tu, tapi abang lagi marah bila dapat tahu Daiyan juga join program tu. Dengan keadaan abang yang tak ambil ubat, Zayn akhirnya keluar."

Ayleen merenung wajah kacak suaminya, dia tidak tahu bagaimana untuk memberi respon.

" Abang risau kalau dia kerap keluar, personalitinya lebih menguasai abang, emosi, mental, fikiran abang. Dia seakan sudah selesa dengan semua ni. Abang tak sedar pun atas perbuatan dia. Sedar sedar dah berlaku semua itu."

" Bila next penghantaran ubat itu? Kat Malaysia tak ada ke?"

Adrian menggeleng. " Sebulan lagi sayang. Ubat tu hanya boleh didapati dari sana. Abang ada surat sumpah dan surat pengesahan yang mengesahkan abang perlukan ubat ini sebab condition abang yang tak mengizinkan."

Dia kemudian menunduk. Lelaki itu tampak kelihatan sangat lemah.

" Abang betul betul tertekan sayang. Adakah abang tak layak dicintai? Tak layak disayangi? Abang tak kisah pun hilang semua harta, kawan dan pengaruh. Abang tak kisah pun hilang keluarga. Tapi abang kisah kalau hilang sayang. Abang takut sayang akan tinggalkan abang kalau sayang tahu abang begini. Abang takut sangat. Sebab tu abang gagah ambil ubat tu setiap hari. Abang tak nak sayang tahu pasal tu. Ubat tu lah membuatkan abang berfungsi sebagai diri abang sendiri, sebagai Adrian. Sekurang kurangnya abang takkan ingat masa lalu abang yang menyakitkan. Sekurang kurangnya juga, Zayn takkan mendekat."

Titis air matanya jatuh saat dia berkata kata. Ayleen mengesatnya lembut, memberi senyuman segaris. Cuba menyalurkan kekuatan yang hanya tinggal sisa.

Keduanya diam sebentar.

" Sayang akan tinggalkan abang?" Adrian merenung isterinya. Dia risau, dia takut. Ayleen patut selama lamanya bersama dengannya. Tangan isterinya diraih dan dikucup lembut.

" Di mana tempat seorang isteri kalau bukan disisi suaminya?" Bisik Ayleen lembut menyebabkan senyum diwajah Adrian.

" Sayang janji?"

Ayleen mengambil nafas seadanya. " Lindungi saya, dari Zayn. Tugas suami, lindungi isterinya."

Adrian menunduk. " Abang takut abang tak mampu..."

Ayleen menggeleng geleng. Tangannya memegang dagu suaminya dan mengangkat, supaya pandangan mata Adrian dan dirinya bersatu.

" Abang mampu..kalau abang memang betul betul sayangkan Ayleen, lawan Zayn. Ayleen tahu abang mampu. Abang kena lawan dia supaya nanti abang dah tak perlukan ubat dah satu hari nanti."

Mata Adrian berkaca kaca.

" Bagaimana?"

" Allah ada abang. Mohon padanya, minta ketenangan darinya. Ayleen tahu abang tak pernah tinggal solat, tapi tak salah kalau abang minta dari Dia. Cerita pada Allah,  bebanan yang ditanggung abang. InsyaAllah Dia dengar rintihan hambaNya. Dia tidak akan membiarkannya."

" Cintai Allah dahulu, baru cintai manusia. Cinta manusia tidak kekal lama. Cinta Allah yang abadi."

Adrian terdiam sejenak sebelum mengangguk faham. Mungkin memang betul, dia terlalu sayangkan wanita itu hingga dia lupa ada yang harus diutamakan oleh dirinya. Allah yang satu. Tuhan Semesta Alam. Dia yang harus diutamakan dalam setiap 5 kali waktu.

" I love you, Ayleen Insyirah. Abang sayang Ayleen sangat sangat." Wajah isterinya dibelai sayu. Lebam lebam dan bengkak di muka Ayleen diusap usap. Kesal benar benar merajai hatinya. Kesal kerana tidak dapat mempertahankan isterinya..

Dari dirinya sendiri.

——————————————————

Double update untuk korang..next chaps will be an excited to you guys, perhaps..

Thank you for the votes and comments..seriously I really appreciate it..

selamat malam guys❤️❤️❤️🫶🏻💃🏻💃🏻💃🏻

Bawa aku ke syurgamuWhere stories live. Discover now