5

5.6K 238 9
                                    

Tup tup sudah sebulan mereka memulakan semester baru dan juga sudah sebulan Ayleen bertunang tanpa dia kenal siapa tunangnya.

Pada mulanya dia tidak kisah, tetapi setelah sebulan, dia mula kisah. Apa nih tunang dengan orang yang aku tak kenal langsung. Ingat aku nak hidup dengan hantu ke apa?

Bila ditanya kepada Datin Intan, mommy nya itu hanya menjawab. " Jangan risau tunang Ayleen tu selalu je ada tengok tengok Leen. Leen je yang tak perasan."

Creepy dowh. Kadang memang dia rasa dia ni single lagi. Cuma dia masih lagi berpegang kepada satu tiket kesetiaan. Wanita berprinsip! Dia sudah punya tunang, jadi dia perlu jaga diri sendiri. Setia kepada si tunang yang tidak dikenali.

Tapi tempoh pertunangan sehingga aku habis belajar. Means ada setahun setengah je lagi. Takkan lah setahun setengah aku tak tengok dia langsung?

Okay Ayleen! Pedulikan!

Kelas dengan Dr Adrian pula dilalui dengan rasa penuh terseksa. Walaupun Dr Ad sudah tidak kerap memanggil namanya untuk menjawab soalan, tetapi pensyarah itu kerap betul memberi kerja tambahan, seperti fotokopi soalan kuiz, slide presentation, atau tukang beli kopi minuman sebagai denda jika tidak mampu menjawab soalan.

Serius ini satu pembulian.

Tapi Ayleen tidak berani membantah, demi markah semester.

Kini, setelah sebulan setengah mereka memulakan sesi akademik, suasana kampus mula meriah dengan siri kejohanan sukan antara Universiti. Menariknya kali ini UM menjadi tuan rumah bagi kejohanan yang dilakukan setiap 2 tahun sekali.

Kejohanan itu diadakan selama seminggu. UM memberikan cuti selama seminggu juga kepada para pelajar bagi memberi laluan penginapan untuk atlet atlet dari seluruh negara . Oh ya, para pensyarah juga dibenarkan menyertai kejohanan sukan itu bersama sama student untuk bermain dalam sukan masing masing.

Para students yang duduk di hostel dibenarkan pulang kerana hostel mereka akan digunakan bagi penginapan para atlet. Tetapi mereka boleh hadir untuk memberikan sokongan untuk kampus tersayang.

Sejak awal lagi Nadra Hana dan Delisya Rania sudah memberikan nama untuk menjadi AJK bagi kejohanan ini. Kali ini, mereka meletakkan nama Ayleen juga untuk sama sama menjadi runner. Penglibatan mereka akan diberikan markah bonus untuk pencapaian tahunan. Pada mulanya Ayleen menolak bersungguh sungguh tetapi akhirnya tertarik untuk terlibat sama dalam kejohanan itu  kerana markah bonus yang ditawarkan.

Ayleen bertugas dibawah AJK Media, dimana perlu mengambil setiap gambar dan menulis report serta mengumpul data bagi dimasukkan ke dalam buku tahunan. Ayleen ditugaskan bersama Zarith Mikael, yang merupakan seniornya namun berlainan jurusan. Zarith mengambil tugas sebagai photographer manakala Ayleen sebagai tukang temuramah atlet atlet terlibat.

Delisha dan Nadra Hana pula ditempatkan di bawah AJK Logistik.

Malang bagi Ayleen, dia ditempatkan untuk sukan bola sepak. Kurang selesa tetapi demi markah bonus yang ditawarkan, dia terpaksa relakan juga.

Dan malang juga untuk hari permulaan tugasan Ayleen. Dia terpaksa menjadi bidan terjun untuk AJK Pendaftaran Penginapan bagi atlet atlet yang sampai dari seluruh pelusuk universiti Malaysia termasuk dari Sabah dan Sarawak. Sempat lagi dia membebel pagi tadi kepada Zarith yang sepatutnya mengisi jawatan itu, namun Zarith dengan alasan kereta rosak terpaksa menguruskan hal keretanya. Jadi petang itu, Ayleen terpaksa ke sana ke sini menguruskan pendaftaran atlet atlet lelaki masuk ke hostel.

Adui, suwey betul.

Rombongan rombongan wakil universiti sudah pun sampai pada petang itu dan mula memenuhi ruang parking di hadapan hostel yang kosong. Beg beg atlet memenuhi bahagian tepi tepi koridor.

Ayleen yang sudah mengambil senarai nama dan senarai bilik,hanya duduk di meja panjang bersedia untuk menanda nama. Ketua AJK Pendaftaran dan Penginapan, Shahziman siap sedia memegang healer.

"Perhatian.. perhatian.. Assalamualaikum dan selamat sejahtera, selamat datang ke Universiti Malaya khas dari kami semua. Okay saya tahu anda semua penat jalan jauh jadi kita summarize sikit je la ye. Secara ringkas untuk kolej kediaman, kita ada 4 kolej kediaman yang tersedia khas untuk para atlet sekalian iaitu, Dayasari, Kinabalu, Tunku Kursiah dan Bestari. Ada beberapa peraturan yang para atlet harus ikuti juga namun sebelum itu kalian diminta untuk memeriksa board info ditepi sana bagi memeriksa nama dan bilik yang anda akan dapat. Kita dah tampal senarai nama kat situ"

" Di meja hadapan ini, ada satu senarai khas yang akan disemak oleh 4 orang AJK disini. Bila anda sudah tahu bilik anda, boleh datang ke meja ini untuk mengambil kunci, pamplet serta sedikit snack tersedia dari kami."

Tak menang tangan Ayleen memeriksa dan memberi kunci kepada para atlet terlibat. Ada juga jejaka yang cuba masuk jarum namun Ayleen yang jenis beku itu langsung tidak melayan.

Ayleen hairan mengapa barisannya tidak putus putus orang beratur sedangkan 3 AJK tepinya ini kelihatan sangat lenang. Tapi dia hanya diam sahaja. Malas nak berbunyi.

"Raja Daiyan Aniq." Satu suara gemersik kedengaran dekat dipupuk telinga Ayleen. Ayleen mengangkat muka. Matanya bertembung dengan mata kelabu yang menawan. Cantiknya mata itu. Tapi.....

Dia seperti pernah melihat mata itu. Ya pasti. Tapi kat mana?

" Handsome." Detik hati Ayleen. Wajah lelaki di hadapannya dipandang tanpa sedar. Lelaki itu juga turut membalas pandangan. Masa seolah berhenti seketika. Sekeliling mereka tidak dihiraukan. Dunia ini hanya milik mereka. Hanya mereka sahaja.

Bunyi healer yang dipegang Shaziman menyentakkan lamunan keduanya. Merona merah wajah Ayleen kerana kantoi mendongak memandang lelaki tinggi tegap di hadapannya. Segera dia berdehem sedikit sambil menyelak senarai. Mencari nama " Raja Daiyan Aniq".

Diselak selak sehingga ke hujung. Eh tak jumpa. Pantas dia menterbalikkan kertas senarai itu dan menyemaknya semula.

Mana nama mamat ni! Muka Ayleen dah panik. Kenapa aku cuai sangat ni? Mabuk tengok muka handsome dia ke?

Kedengaran tawa kecil meletus dihadapannya.

" Relax.. relax..saya sendiri dah nampak nama saya," kata Raja Daiyan, sambil tersenyum. Tangannya mula mengambil senarai di tangan Ayleen.

" May I?" Pinta Raja Daiyan sambil memegang senarai. Ayleen mengangguk angguk tanpa sedar. Malu gila.

Raja Daiyan menyelak pula senarai itu hingga ke muka surat 6. Disua kertas itu semula dan tangannya menunjuk ke arah satu garis nama.

" Raja Daiyan Aniq bin Raja Kamarul Afiq- Bolasepak- UPM- Kolej Kediaman Kinabalu, Bilik T2- 25"

Ayleen melihat sekilas dan lantas berpusing ke belakang mencari bakul bakul yang menempatkan sekumpulan gugusan kunci mengikut kolej kediaman. Dia menarik satu bakul bertulis Kolej Kediaman Kinabalu dan mencari kunci T2-25. Wajahnya ditundukkan lagi, menyedari Raja Daiyan masih tekun memerhati dirinya.

Selesai mengambil kunci, dia mengambil 4 plastik berisi air kotak, biskut dan buah setiap satu plastik dan diletakkan di atas meja.

"Er, bilik ini ada 4 katil. Selain awak, ada 3 nama lagi dibawah ni. Amirul Affendi bin Kamal, Zulkarnain Aryan bin Saleem dan Tengku Ameer Haikal bin Tengku Azim. Mereka ada juga ke?" Soal Ayleen sambil mendongak ke arah Raja Daiyan.

Pertanyaan itu tidak disahut, malah Raja Daiyan galak memerhati gadis dihadapannya. Makin cantik awak ni, bisik hatinya.

Ayleen pula yang naik segan.

" Ehem, awak." Sekali lagi Ayleen berdehem. Raja Daiyan bagai tersedar sesuatu.

" Maaf, awak kata apa tadi ye?"

Ayleen mengulangi semula pertanyaannya. Raja Daiyan mengangguk laju. " Ya, ya mereka semua dengan saya."

" Nanti pesan kat mereka ye, nama mereka dah di tick. Nah, snack petang," kata Ayleen sambil meletakkan plastik plastik snack itu di atas meja berserta satu kunci bilik.

Raja Daiyan mengambil plastik snack dan kunci itu dan mula berpaling ke belakang.

Tetapi sempat dia berpusing semula dan mendekatkan wajahnya ke arah Ayleen.

" Thanks beautiful."

Bawa aku ke syurgamuWhere stories live. Discover now