56

4K 199 12
                                    

4 hari berlalu.

Keadaan Adrian masih sama, koma. Dan Adrian terpaksa intubate bagi merehatkan paru parunya yang cedera sedikit akibat terkena hujung tulang rusuk yang patah.

Setiap hari Ayleen akan datang menemani Adrian, lebih lebih lagi setelah dia merayu kepada Datuk Dr Amin untuk memberikan satu bilik khas buat Adrian dan keluarkan dia dari ICU. Pada mulanya Dr Amin enggan, tetapi setiap hari wanita itu datang menangis di bilik pejabatnya merayu , akhirnya dia mengalah. Kagum juga dia, untung Tengku Khairan Adrian, punyai isteri yang tulus mencintainya.

Hari ke lima, Ayleen datang membawa buku Organic Chem dan meletakkan di satu sudut sofa. Bayangan wajah Adrian yang kelihatan tenang dilihatnya dengan senyum.

" Assalamualaikum abang, imam Ayleen yang handsome ni," Tangannya galak membuka langsir dan cahaya matahari petang menyinari wajah Adrian. Dada Adrian turun naik dengan perlahan.

Ayleen mengambil kerusi dengan susah payah dan meletakkan di tepi katil Adrian. Besen yang siap sedia dengan air di ambil di meja tepi katil,dan kain bersih yang dilipat dalam beg kecil diambil . Hajatnya mahu membersihkan sedikit tubuh suaminya.

Sambil membersihkan tangan dan wajah suaminya, galak Ayleen bercerita tentang aktivitinya hari itu. Seolah olah Adrian akan membalas setiap satu kata walaupun tiada, namun Ayleen tidak peduli.

" Abang nak tahu, hari ini sayang check up tau. 7 bulan. Baby alhamdulillah sihat.Doktor kata jangan stress stress..." terhenti dia seketika, menelek wajah Adrian.

" Doktor suruh saya tenang..chill..relax..but abang, can you tell me? How can I be so calm,when my husband stay like this?" perlahan suara Ayleen berkata, sebak mula bertandang.

"Bila abang nak bangun.." setitik air matanya jatuh namun tangannya masih mengelap tubuh Adrian. Allah, tenangkan lah hati ini.

"Sayang akan tenang bila didalam pelukan abang.." makin deras air matanya mengalir.

"Wake up abang, make me relax..i need your hug..i need you.." buat kesekian kalinya dia menangis. Berharap Adrian memujuknya kali ini.

Dia rindu akan suara itu.

Dia rindu akan sentuhan suaminya.

Dia rindu akan pelukan Adrian.

" Wake up please.." dengan susah payah, kepalanya diturunkan ke dada Adrian, memeluk tubuh suaminya. Separuh hatinya berharap agar Adrian membalas pelukan itu, tetapi dia tahu itu agak mustahil untuk sekarang.

"I need you abang." Jari Adrian yang kaku, digenggam,erat tidak mahu melepaskan.

Petang itu,pecah lagi tangisan Ayleen di atas dada Adrian, tempat sempurnanya.

" I love you Adrian. Syurgaku."

Dan Ayleen tidak sedar, satu titisan air mata turun menuruni tepi tubir mata Adrian.

_____________________________

Seisi kuliah sudah mengetahui berita kemalangan yang menimpa suami Ayleen,yang juga bekas pensyarah mereka Dr Adrian dua minggu yang lalu. Rata rata bersimpati dan ramai memberi sokongan pada Ayleen. Malahan Ketua Fakulti Sains Gunaan, Prof Azman sendiri memberi pelepasan tangguh semester pada Ayleen, tetapi wanita itu enggan bercuti. Dia mahu menghabiskan pengajiannya tepat pada harinya. Sebagaimana janjinya pada Adrian.

"Sayang deliver baby kita masa nak habiskan semester 7 ni tau, macam mana dengan exam? Sayang tangguh jela." Kata Adrian pada satu petang, mengambil tempat di sebelah isterinya. Dia melihat Ayleen sedang sibuk membuat assignment Organic Chem, dari semalam lagi Ayleen mengadu dia tidak faham. Untung si suami bekas lecturer Organic Chem.

Bawa aku ke syurgamuWhere stories live. Discover now