2

5.8K 244 4
                                    


Majlis pertunangan dilangsung dengan meriah. Ayleen Insyirah sungguh cantik dengan busana cream peach, di atas pelamin. Wajahnya memang nampak sungguh terseksa.

Dipaksa paksa dengan ugutan elaun dipotong, kereta ditarik dan kad kredit diambil menjadikan Ayleen terpaksa bersetuju. Perlahan lahan dia jadi membenci bakal tunangnya. Dia sendiri tidak kenal siapa lelaki itu dan bagaimana orangnya. Tiba tiba nak tunang dengan dia. Otak campak mana?

Huh!

Setelah selesai acara pantun, kini tibalah acara menyarung cincin. Puan Sri Raja Badariah menaiki pelamin dan menyarung cincin kepada jari manis Ayleen. Diusap usap wajah Ayleen seketika.

" Cantik sangat kamu ni Ayleen. Patutla anak mommy suka kamu," tersipu sipu malu pula Ayleen mendengarnya.

" Mommy minta maaf ea bagi pihak anak mommy. Dia tidak sempat hadir ke majlis ini. Katanya sedang sibuk menguruskan sesuatu. Tapi jangan risau nanti dia akan berjumpa kamu juga."

Ayreen tersenyum manis sambil mengangguk. Dalam hatinya dia langsung tak kisah. Malas nak fikir. Ada aku nampak terdesak nak cari kau ke?

Matanya tertumpu kepada senyuman mengejek Athea dan juga senyuman bahagia oleh rakan baiknya, Nadra Hana, temannya sejak dari kecil hinggala mereka melanjutkan pelajaran bersama sama dan menjadi teman sekuliah juga. Begitu akrabnya Ayleen dan Nadra Hana.

Geram pula melihat Athea yang tak habis habis membahannya. Sepatutnya kau yang duk sini!!!

Setelah selesai majlis pertunangan, Nadra lantas memeluk sahabatnya. Tak disangka sahabat yang nakal ini telah bertunang akhirnya. Memang antara yang paling nakal di MRSM dahulu. Gayanya yang agak kasar serta suka mengusik orang lain menjadikan dia disenangi.

Cuma syarat Ayleen, dia tidak mahu pertunangan ini dihebohkan. Kalau boleh dia tak nak langsung orang tahu dia bertunang. Dalam pada itu dia ingin mencari sebab untuk memutuskan pertunangan ini. Sempat lagi...

Mungkin cari boyfriend baru hehe..

" Ayleen nanti kau balik kampus bila?"

"Minggu depanlah, malas aku nak duk lama lama sini. Aku lepak rumah sewa kau boleh?"

" Boleh, bayar 5 ringgit sehari, kau ingat rumah sewa aku ni hotel bajet?" selamba Nadra menutur.

" Okay..make sure katil kau besar eh. Worth lah 5 ringgit" kata Ayleen sambil mula mengelap lipstick. Kecantikannya tetap terserlah biarpun sudah dibersihkan mekap. Bila bermekap, lagi tampak jelita.

Itu yang ramai jejaka mengayat gadis brutal ni.

" Kau nampak cantik pula dengan mekap. Tapi apasal ko tak pakai mekap je kat kampus?" Soal Nadra.

" Malas aku nanti kang bergayut para lelaki ikut aku."

Nadra menampar bahu sahabatnya. Baru nak puji lebih lebih. Nadra tahu memang Ayleen tidak gemar mekap. Sepanjang persahabatan mereka sangatlah jarang si Ayleen Insyirah bermekap ye. Boleh dibilang dengan jari.

Tudung dibuang dan rambut coklat perang semulajadi milik Ayleen dilepaskan. Nadra mengakui sahabatnya ini memang cantik. Ada sahaja baik senior mahupun junior atau teman sekuliah yang cuba ingin berkenalan atau merapatkan diri.

Namun Ayleen langsung tidak mengendahkan. Nadra pernah mengusik mereka boleh tubuhkan Kelab Peminat Ayleen. Dan Ayleen merajuk seminggu dengan Nadra. Dia tidak suka akan perhatian yang lebih begitu.

" Jumpa kau next week beb. Nanti tidur mimpikan cik tunang ye." Nadra mengusik sambil ketawa.

Ayreen menjegil mata. Pui!

" Kisah pulak aku dengan dia."

Bawa aku ke syurgamuWhere stories live. Discover now