40

4.6K 193 13
                                    


Bunyi vital machine itu sekali lagi berteriak. Sejak dia dimasukkan ke hospital 4 hari yang lalu, latar pemandangan putih, bunyi bunyi machine kedengaran di pupuk telinganya dan bau ubat ubatan yang menemaninya saban waktu.

Terlepas keluhan kecil, dan dia hanya diam di atas katilnya. Sebentar tadi baru sahaja sahabatnya Nadra Hana pulang dari menziarahinya. Nadra memang akan menyinggah setiap hari di hospital untuk berjumpanya. Abangnya Aydeen Ilham pula membeli makanan di cafe, kerana Ayleen ingin makan waffle. Maka diturut sahaja permintaan adik kesayangannya itu.

Ayleen memandang ke tingkap luar yang menyajikan pemandangan kota raya Kuala Lumpur. Sejenak, 4 hari yang lalu dikenang sayu.

Si suaminya, Adrian telah dimasukkan ke hospital dan kini masih dirawat di ICU. Peluru di perutnya sudah selamat dikeluarkan menerusi pembedahan kecemasan. Dek kerana pengaruh Tengku Akhtar, kes itu didiamkan dari pihak media bimbang berlaku ketidakstabilan dalam syarikat mereka. Kerana Adrian merupakan CEO TA Group Holdings, antara syarikat berpengaruh dan terkenal.

Daiyan pula turut sama dimasukkan ke hospital dan terpaksa melalui pembedahan bagi mengeluarkan peluru di pahanya. Dia kini dirawat di wad medical dan keadaannya tidaklah serius sangat. Dia dinasihatkan untuk tidak bermain bola dalam jangka masa 3 bulan dan perlu dipantau rapi oleh unit rehabilitasi terutamanya fisioterapi.

Ayleen juga baru mengetahui bahawa ketika hari kejadian, Fakhrul dan Ammar juga berada di luar rumah, berjaga jaga sekiranya Ayleen berjaya keluar dalam tempoh masa yang ditetapkan. Namun disebabkan masa yang lama diambil oleh Daiyan dan Nadra, Ammar menelefon pihak polis, iaitu plan B mereka.

Inspektor Raja Hud Hakim, sepupu Daiyan sebelah ibu, itu lah yang mengetuai operasi. Tengku Akhtar dan Daiyan telah meminta tolong pada Hud untuk membantunya. Hud juga kenal akan Adrian tetapi tidak lah rapat mana kerana hubungan kekeluargaan mereka yang tidak berkaitan pun.

Mak Mona dan Anees pula telah ditangkap polis atas kesalahan menceroboh privasi bilik Adrian dan mencuri. Tanpa diduga, Anees sendiri yang menceritakan bahawa Mak Mona yang menyuruh Anees menyembunyikan ubat Xanax milik Adrian yang dikatakan hilang itu. Mujur juga Anees memiliki IQ seperti kanak kanak itu. Terus takut apabila digertak polis.

Mengetahui itu, Tengku Akhtar memecat kedua duanya dan menyerahkan kes kepada pihak polis. Raja Badariah cukup marah pada Mak Mona kerana dia benar benar mempercayai wanita tua itu.

Alasan Mak Mona, kerana dia mahu Zayn yang keluar menjaga Anees. Dia tahu Adrian memang tidak sukakan Anees, hanya sekadar melayan sebagai adik.

Gila kan?

Ibu bapanya Datuk Afnan dan Datin Intan cukup terkejut dengan berita ini. Bergegas mereka dari Johor Bharu apabila mendengar Ayleen dimasukkan ke hospital. Pada mulanya suasana cukup tegang antara Datuk Afnan dan Tengku Akhtar, kerana rahsia yang disembunyikan oleh Tengku Akhtar walau keduanya adalah sahabat baik.

Bagi Datuk Afnan, Tengku Akhtar seolah olah menganiayai dan mempergunakan Ayleen, serta mereka semua dalam hal menyatukan Adrian dan Ayleen. Tapi Ayleen berusaha menyakinkan papanya, bahawa Tengku Akhtar dan Daiyan lah antara yang berusaha menyelamatkannya keluar dari rumah itu. Akhirnya Datuk Afnan akur, namun masih lagi ada ketidakpuasan hatinya terhadap Tengku Akhtar.

Pada mulanya mereka mahu membawa Ayleen pulang ke Johor, tetapi Ayleen perlu menghabiskan beberapa prosedur siasatan polis, berkaitan keganasan rumah tangga dan exam universitinya serta menghabiskan hari hari semesternya pengajiannya.

Sejenak dia termenung, teringat Inspektor Hud yang datang melawatnya semalam sambil menyoal siasat. Hud memberitahu Adrian akan dimasukkan ke institusi mental bagi diperiksa ukuran tahap mentalnya. Ayleen diberi pilihan sama ada untuk meneruskan kesnya ke mahkamah tetapi Ayleen menolak.

Bawa aku ke syurgamuWhere stories live. Discover now