15

5K 232 23
                                    


"Ayleen Insyirah," sapa lelaki itu.

"Daiyan!"

Sumpah Ayleen sangat sangat terkejut bagaimana Daiyan boleh menjejak dia hingga ke sini. Siapa Daiyan ni sebenarnya?

"A-apa awak buat k-kat sini Daiyan?" Tergagap Ayleen bertanya, rasa kejutannya masih bersisa.

"For explaination Ayleen. For you," tajam mata helang itu memandang gadis pujaan yang dicintai sekian lama.

Ayleen terdiam. Untuk apa? Bukan kah gambar yang diberi sudah menjelaskan segala galanya?

"Saya dah bagitahu kan?" sepatah Ayleen mengeluarkan kata.

Daiyan menarik nafas. "I want to know, from you."

Ayleen melontar pandangan ke meja sebelah. Bibirnya dikemam, cuba menahan sebak yang kian mencengkam. Tidak,dia tidak boleh lemah di hadapan lelaki ini. Lelaki yang berjaya membuka pintu hatinya sedikit demi sedikit. Lelaki yang cuba dilupainya setelah dirinya sah menjadi isteri kepada Dr Adrian. Dia tidak boleh begini.

"Tiada apa antara kita Daiyan. Semua dah berlalu," ujar Ayleen,cuba kelihatan tegas.

Daiyan menarik senyum.

"Look at me Ayleen."

Ayleen menggenggam kuat tangannya dibawah meja. Dia tak sanggup. Dia tidak boleh memandang Daiyan kali ini. Dia takut dia tewas dengan rasa itu. Dia tidak boleh kalah.

"Ayleen, please. Look at me. Then say it again," pinta Daiyan lembut.

Ayleen memejam matanya dan menarik nafasnya.Hatinya kini berbelah bahagi antara kehendak keluarga dan kehendak dirinya sendiri.

Memang sejak kecil dirinya sering diatur baik segi keperluan atau kehendak oleh keluarganya. Hanya tawaran masuk ke MRSM sahaja yang benar benar Ayleen fight kerana itu impiannya sekian lama. Setelah bertungkus lumus dalam UPSR, berjaya memperolehi straight A's ,dia memasang angan angan untuk jauh dari keluarga. Menjadi anak kedua dan sulung perempuan, dia sering dibanding bandingkan dengan abangnya Aydeen Ilham yang memang terlahir bijak. Abangnya merupakan pelajar Sekolah Sultan Alam Shah ketika itu. Walau beza umur mereka 5 tahun, namun Ayleen tidak pernah terlepas dari perbandingan.

Apabila keluarganya menentang kehendaknya untuk menerima tawaran MRSM itu,di situlah Ayleen mengambil keputusan untuk pergi sendiri dan daftar sendiri ke sekolah sehingga akhirnya papanya Datuk Afnan Radzi mengalah jua.

Kini dia dipaksa pula untuk masa hadapannya. Sampai bila dia perlu mengikut kehendak keluarganya?

" Ayleen." Ayleen membuka matanya mendengar suara lembut itu. Spontan matanya memandang anak mata Raja Daiyan berwarna kelabu itu.

" Kenapa menangis ni sayang?" soal Daiyan prihatin.

Ayleen mengerdip matanya. Sayang? Kelu lidahnya, terusik hatinya mendengar panggilan itu.  Namun terlambat untuk diubah semula.

Sisa air mata mengalir perlahan turun ke pipi. Ah dia menangis ke? Ternyata hatinya benar benar mengkhianati dirinya.

Daiyan mengeluh seketika. " Tunggu sekejap ye."

Daiyan lantas bangun dari tempat duduknya dan keluar dari kawasan food court, meninggalkan Ayleen yang masih kaku.

Air matanya jatuh lagi. Ayleen tunduk mengemam bibirnya sekuat hati, menahan esakan dari keluar. Bimbang meja sebelah menyedari tentang keadaannya pula.

Ya ALLAH,janganlah uji hatiku dengan mengubah rasa cinta kepada yang tidak sah. Aku sudah bersuami. aku sudah dimiliki. Mengapa sebegini berat untuk melupakannya ya Allah?

Bawa aku ke syurgamuWhere stories live. Discover now