Epilog

6.7K 216 26
                                    


Dedaun kering itu disapu sapu sehingga menimbun. Kawasan sebelah sini sudah bersih tetapi dia perlu bersihkan yang sebelah sana pula. Hari sudah petang, dia harus selesaikan tugasnya pula sebelum turun ke padang.

Sejak setahun lalu, dia bertugas secara sukarela sebagai jurulatih bola sepak dan volunteer di rumah amal bakti iaitu rumah anak anak yatim. Gym miliknya diamanah pada rakan baiknya untuk diuruskan sementara dia tiada. Malah ada sedikit pendapatan gym dia zakatkan dibawah rumah anak yatim tersebut.

Kenangan lalu menjelma sekilas. Tetapi disingkirkan terus dari sangkar ingatan. Setahun berlalu namun bukan satu masa yang panjang untuk dia lupakan segalanya.

Demi cintanya, dan demi rasa bersalahnya yang menggunung, dia pasrah. Cerita cinta yang indah nyata bukan jalan cerita yang ditentukan untuknya. Life must goes on, with or without her. And for this case, without her.

" Abang Aniq, ustaz kata ada orang nak jumpa abang," kata seorang budak lelaki anggaran 9 tahun. Daiyan mengerut dahi tetapi mengangguk kecil. Dia lantas bangun dan meletakkan penyapu di pokok. Sekejap lagi dia akan sambung semula.

Belum sempat dia berpusing semula, suara itu membuatkan dia kaku sebentar.

" Assalamulaikum Daiyan."

Dengan hati yang berat, dia berpusing melihat si pemilik suara itu.

" Waalaikummussalam Adrian."

Adrian berdiri dengan wajah tenang. Riak wajahnya seakan biasa. Tiada kemarahan atau kekecewaan.

" Kau sihat?" Soal Adrian berbasa basi.

" Aku macam ni je Ad, sihat untuk jalani hidup," balas Daiyan sambil berjalan menuju ke gazebo. Langkahnya dituruti Adrian. Kini mereka berdua duduk di bawah gazebo, kedua duanya menghadap padang bola.

" Terima kasih Daiyan," ujar Adrian mematahkan kesunyian yang mencengkam. Daiyan tidak bereaksi hanya memandang ke hadapan.

" Dalam banyak banyak perkara, aku tak sangka kau akan selamatkan aku."

Daiyan menghembus nafas, keluhan kecil timbul.

" Aku cuma tak mahu insan yang aku sayang menitiskan air mata lagi. Dan aku tahu, abang aku pasti akan rasa bangga dengan tindakan aku," Daiyan meraup wajahnya. Kelihatan kekesalan yang nyata terlukis.

" Aku tak sangka itu kau ," kata Adrian. Ya Daiyan lah penderma hati yang mahu dirahsiakan identiti. Bagaimana Adrian tahu? Sudah tentulah dengan sedikit kerja keras dan status pengaruhnya sebagai ahli perniagaan akhirnya dia berjaya memperolehi jawapannya.

Hampir setahun dia mengetahuinya, namun baru sekarang Adrian mendekati Daiyan semula. Masa yang panjang diperlukan untuk menghilangkan rasa marah dan rasa bersalah yang bercampur campur.

Daiyan memandang Adrian, teringat kejadian kira kira setahun yang lalu.

————————————————-

FLASHBACK 1

Daiyan merapati pintu wad ruangan kamar tempat Ayleen dirawat. Dia tidak habis habis menyalahi dirinya kerana meninggalkan Ayleen di rumahnya tanpa menyelamatkan wanita itu. Jika Nadra tiada pada waktunya, mungkin saja Ayleen dan kandungannya terlewat untuk diselamatkan.

" Takk, mana anak aku!! Mana anak aku !!!"Kedengaran suara Ayleen menjerit menyebabkan Daiyan tergamam. Beberapa staf hospital kelihatan berlari menuju ke ruangan itu menyebabkan Daiyan menjauhi memberi ruang pada staf staf itu masuk ke dalam.

"Kenapa kaki aku?? Kenapa??" Sekali lagi kedengaran Ayleen menjerit. Kedengaran seperti raungan putus asa penuh pilu.

" Daiyan?" Satu suara memanggilnya. Daiyan mengesat air mata yang tumpah sedikit dan melihat figura Aydeen Ilham, yang berdiri tegak. Wajah Aydeen merah padam dan kelihatan rahangnya tegang bergerak gerak. Daiyan tahu maksud itu, Aydeen sedang dilanda kemarahan yang amat sangat.

Bawa aku ke syurgamuWhere stories live. Discover now