54

4.2K 168 19
                                    

" Allah, weh makan cuba lah sopan sikit nok. Tengok lah kiri kanan dulu" marah Nadra Hana sambil mengambil gelas dan diletakkan dihadapan Ayleen yang tersedak,terbatuk batuk. Tangannya segera mencapai gelas dan meminumnya laju. Fuh lega.

"Apasal kau makan laju sangat ni? Kau dah kenapa?" soal Nadra,pelik.

"Takde, sedap sangat mee goreng ni," balas Ayleen pendek, mulutnya mengunyah lagi mee goreng.

" Hoi senonoh la sikit perempuan, kau tu dah la nak jadi mak orang dah," tegur Fakhrul dari belakang dan duduk di sebelah Ayleen. Tangannya menatang pinggan yang diletakkan diatas meja. Ayleen mengerling makanan itu, nasi campur, kuah kari dengan telur masin. Sedap pula nampak telur masin.

Fakhrul baru sahaja ingin menggaul nasi apabila Ayleen mengetuk pinggannya.

" Kenapa?"

Ayleen memuncungkan mulutnya tepat ke arah telur masin itu. Fakhrul mengerut dahi.

" Kau agak agaklah nak rembat nasi aku kot. Lanun betul kau ni," sembur Fakhrul geram. Memang kadang kadang Ayleen suka mengambil makanan dalam pinggannya, tak padan dengan bini orang kaya.

Ayleen mengetap bibir, lanun kau panggil aku?

" Aku bukan nak nasi kau lah ngok. Aku nak telur masin tu boleh? Aku nak kuning, kau ambil yang putih eh," cadang Ayleen menonjolkan wajah tak tahu malu. Fakhrul mengeluh pasrah. Hadoi nasib aku sayang member.

" Hah ambil lah..." tak sempat Fakhrul habis ayat, tangan Ayleen dengan tidak sopan mengaut telur kuning masin dengan sudu mee, dan terus masuk ke mulutnya.Dengan sekali telan, telur kuning itu selamat ke dalam perutnya. Wajah Ayleen tayang sengih tidak bersalah.

" Terima kasih," sepatah Ayleen berkata menyebabkan Fakhrul dan Nadra Hana menggeleng kepala.

" Laju betul kau eh," sindir Fakhrul sambil menggaul nasinya dengan kuah. Ayleen hanya buat muka selamba sambil menyambung suapan mee.

" Ayleen," sapa seseorang, suara perempuan nampaknya.

Ayleen menoleh ke belakang dan ternampak Delisya Rania berdiri tepat di tepi meja. Dalam diam dia membuang keluhan. Apa dia nak? Sebelum ini dia pun sama naik pulaukan aku. Langsung tak nak tengok aku pun sepanjang tempoh pulauan tu.

Sekarang, apabila cerita sebenar terbongkar, semua rakan kuliahnya merapatinya dan memohon maaf. Dia hanya maafkan kerana malas panjang cerita, tetapi dia tidak lagi aktif berbual dengan mereka semua. Entah, dia tidak berminat. Sudah tawar hati dengan mereka semua.

Dia hanya berkata kata apabila ada perkara perkara penting sahaja. Selebihnya, dia lebih banyak berkomunikasi dengan Nadra, Fakhrul dan Ammar.

Dan jika diukur, Delisya ini yang paling lama ingin berhadapan dengannya. Sebelum ini dia perasan je Delisya kerap merenungnya atau mengerlingnya. Pandangan berisi rasa bersalah tetapi Ayleen tidak menghiraukan. Malas.

Ayleen hanya menyambung suapan mee, tidak menghiraukan figura Delisya yang berdiri tepat. Delisya seolah tersentak, begini rasanya ya dipulau depan depan.

" Aku nak minta maaf Ayleen, aku buat macam tu kat kau. Aku terlampau dengar kata kata orang," kata Delisya, perlahan. Suaranya lirih.

Ayleen menghentikan suapan mee itu dan berpaling ke arah Delisya semula.

" Aku dah maafkan kau..." kata katanya terhenti sebelum dia menghembus nafasnya kuat.

".... tapi aku tak boleh lupa dengan apa yang kau buat. Kau antara yang rapat dengan aku, patut kau boleh tanya aku sendiri je. Tapi itu pilihan kau untuk mempercayai khabar angin luar sana. Dan ini adalah pilihan aku untuk kau."

Bawa aku ke syurgamuWhere stories live. Discover now