51

4.1K 181 18
                                    


" Thanks abang, bawa Ayleen keluar." Kelihatan gembira wajah Ayleen menghabiskan makanan dihadapannya. Ketika itu Aydeen membawa adiknya ke Midvalley. Sempat Aydeen memaklumkan kepada Adrian menerusi Whatsapp meminta izin. Adrian hanya membalas ringkas membenarkan.

" Kau makan ni macam setahun tak makan dah kenapa?" Soal Aydeen mengusik adiknya. Melihat wajah cemberut Ayleen menggelikan hatinya. Haih dasar anak pungut sungguh.

" Biar lah orang makan untuk dua orang lah," bentak Ayleen, pura pura marah. Sengaja dia menjeling abangnya.

" Kau ada mengidam ke dik?"

Ayleen tersengih mendengar. "Ada, banyak. Tapi selalu tak sempat nak beli. Assignment banyak,"adu si cantik manis ini, manja. Begitula keduanya, kadang bergaduh macam nak rak, tapi kadang manja macam kucing menggesel.

" Lah kau ada laki kan, asal tak suruh laki kau Adrian belikan?"

Lagi mencerut wajah Ayleen. Huh, dah lah aku tengah marah dengan dia. Takkan aku lak nak terhegeh hegeh nak cari. Kuasa eh.

Tapi selalu je teringat ingat dia.

Lagipula sejak dari tempoh hari dia berbual dengan Shauqeen, dia merasakan dia memberi harapan kepada Adrian. Kalau dia hubungi suaminya, sama je lah seperti dia memberi ruang jua. Dia nekad, Adrian perlu lupakannya. Adrian perlukan seseorang yang benar benar menyayanginya. Seseorang yang boleh membalas cintanya.

Bukan dia. Hatinya hanya untuk Raja Daiyan Aniq. Titik.

" Malas aku." Jawab Ayleen sepatah. Burger sudah tinggal separuh tetapi dia seperti sudah hilang selera makan. Entah kenapa dia luluh mendengar nama Adrian. Rasa nak nangis.

Rindu?

Perlakuan itu dilihat Aydeen sambil menggeleng kepala. Ego betul si adik ni. Keras kepala betul sampai tak nak mengaku sebenarnya dia rindu. Aydeen sudah tahu bahawa seminggu Adrian menghubungi Ayleen tapi dibiarkan tanpa balasan. Ikutkah hati mahu sahaja Adrian terbang balik ke Malaysia untuk berjumpa isterinya tetapi, tuntutan tugas membatasi.

" Kau kenapa ni dik?" Soalan Aydeen dibiarkan berlalu sepi.

" Aku okay je."

Aydeen mengangkat kening, menjuih. " Kenapa bila aku sebut nama laki kau terus kau macam tak lalu makan. Tapi mata nampak berseri seri sangat."

" Diam lah."

Aydeen ketawa terbahak bahak. Kali ini sampai meja belakang sana menoleh melihat Aydeen yang ketawa kuat. Mujur kacak.

" Mengaku je lah rindu laki. Tak salah pun rindu suami, yang kau ego sangat ni kenapa? Malu ke rindu laki sendiri? Menyampah pulak aku," wajah Aydeen saja beriak meluat. Ayleen mendongkol geram .

"Kalau kau setakat datang jumpa aku nak ejek aku baik tak payah Aydeen Ilham. Buang karan je lah," bentak Ayleen meletakkan kotak burger dengan kuat.

" Tak sangka seketul nama Adrian boleh mengubah mood adik singa aku tiba tiba. Marah sangat tu." Spontan Aydeen berkata lagi menyebabkan Ayleen naik hantu. Diambil kotak burger dan dicampakkan terus ke dada abangnya.

Aydeen tersentak tapi dia cuba meneutralkan wajah terkejutnya. Dia tahu Ayleen memang kasar. Manusia manusia di meja sebelah kelihatan menunduk, seolah olah memasang telinga.

" Aku marah sebab dia langsung tak cakap apa apa dengan aku sepanjang 5 bulan kat sana. Aku ni bini dia kot. At least explain lah kat aku apa yang dah jadi. Ni buat aku macam bola, sekejap ada, sekejap tak ada. Hari ni depan mata, esok tu rupanya dah kat luar negara. Aku sakit hati tahu tak. Ah dia bukan tahu pun aku sakit hati ke tak" Air mata yang mengalir dikesat laju.

Susah seketul Ayleen nak menangis ni sebenarnya. Lately sejak dia mengandung ni menjadi jadi cengeng nya.

Haih, keluh Aydeen. Tangannya giat melakukan sesuatu di bawah meja. Matanya masih setia melihat adiknya menangis.

" Kadang aku tak paham dengan kau ni Ayleen. Adrian depan mata kau, kau tolak dia. Bila dia tak de depan mata, tahu pulak nak cari dia. Sebenarnya kau ni sayang ke tak laki kau ni?" Sengaja Aydeen bertanya soalan provok.

Ayleen kesat air matanya lagi yang tumpah deras. Malas nak jawab soalan tu.

" Kalau kau memang sayang kat dia, bagitahu. Kau buat perangai macam ni orang tak tahu pun kau nak apa. Lagi lagi lelaki macam Adrian yang jenis tak reti berkias, straight to the point. Jangan main tarik tali macam ni." Nasihat Aydeen sambil menghela nafas. Pening dengan adiknya. Tapi dia sendiri pun bukan jenis bercinta sana sini. First love pun tak jumpa. Ni nak bagi nasihat cinta lagi lah haru.

Ayleen mengetap rahang.

" Bila masa aku sayang dia." Perlahan dia menutur, mengharapkan abangnya tidak dengar. Tetapi Aydeen si telinga lintah memang tak dapat disangkal lagi kelintahannya.

" Habis siapa yang kau suka? Kau jangan macam macam Ayleen. Kau tu bini orang tahu tak?"

Ayleen memandang abangnya, nafasnya dihembus kasar.

" Dah aku nak balik. Hantar aku balik sekarang!"

Aydeen hanya menggeleng.

"Walau macam mana sekali pun, Adrian tu suami kau Ayleen Insyirah. Tolong jangan tunjuk perangai derhaka kau sangat. Simpan rasa kat lelaki lain selain suami kau tu satu perbuatan dosa. Aku nak kau buang semua tu. Lagi satu, aku langsung tak sokong kau nak bercerai fasakh hari tu. Kau jangan turut sangat kata kata papa, kang kau merana ." Setepek pedas Aydeen melemparkan kata.

" Yang kau melalut sampai kata aku suka kat orang lain ni dah kenapa?"Sekali lagi Ayleen bengang. Mulut abangnya pot pet dari tadi, cakap merepek repek. Entah apa apa.

"Sebab nak bagi otak bebal kau tu tahu yang benda tu salah."

" Apa yang salahnya?"

" Salah lah ngok sebab kau suka lelaki lain. Aku tahu lah sapa laki tuh. Ingat aku tak nampak? " Ayleen ketap bibir. Haih, geram betul aku dengan dia ni.

" Kau ingat aku tak tahu hukum ke? Mana ada aku simpan perasaan kat siapa siapa. Aku ada laki kan, mestilah aku sayang...." Terus terdiam Ayleen apabila dia menyedari dia sudah terlepas kata. Aduh.

Lebih lebih lagi melihat Aydeen dah menyeringai macam orang gila.

" Gotcha! Suka padahal tapi ego tinggi melangit!" Ejek Aydeen, saja mengusik adiknya yang mula memerah mukanya.

" Aku nak balik!" Wajah Ayleen berubah seperti mahu menangis.

Ceh usik sikit dah cengeng. Kata kak long kawasan.

" La aku kan jarang jumpa kau. Tak nak jumpa aku dah ke?" Aydeen hanya mencebik pura pura sedih.

" Buat apa. Kau menyakitkan hati aku adalah. Jumpa je ada je yang kau nak cari pasal."

" Okay okay aku gurau je adikku. Jom balik. Aku pun kena balik Johor awal jugak ni. Malas nak sampai rumah malam malam."

Selesai pembayaran, mereka terus ke tempat parkir. Sebelum itu Aydeen sempat membelikan aiskrim Magnum khas untuk adiknya yang masih lagi diam membisu. Serta merta wajah adiknya ceria semula.

" Huh senang je cara nak pujuk. Tapi mengada ngada je lebih. Mujur mengandung." Omel Aydeen perlahan.

Nasib kau lah Adrian dapat bini macam ni.

——————————————

Enjoy the weekend guys

Bawa aku ke syurgamuWhere stories live. Discover now