53

4.3K 173 10
                                    


Kini usia kandungan Ayleen sudah mencecah 7 bulan. Hubungannya dengan Adrian semakin membaik, walau Ayleen masih tidak mengaku rasa itu. Adrian menghormati batas untuk mereka tinggal berasingan bilik, walau Adrian separuh hati bersetuju. Namun dia memikirkan setidak tidaknya, mereka tidak berjauhan, atau dipisahkan jarak tempat.

Hanya terpisah oleh dinding sahaja. Itu lebih baik.

Lagi pula Ayleen masih trauma. Dia takut Adrian berubah seperti dahulu.

" Sayang, tak payah masak lah. Kan abang dah cakap, stay je, abang order kan," keluh Adrian apabila disambut dengan pemandangan isterinya di dapur. Memang dia kerap dengar Ayleen mahu masak sendiri, dia bosan duduk tanpa buat apa apa, tetapi Adrian tidak tergamak membiarkan Ayleen keletihan. Memasak tu letih.

Ayleen menoleh sekilas sambil tersengih. " Ala bosan lah, lagi pun tekak rasa nak makan masakan sendiri pulak," balas Ayleen sambil mengetuk bawang. Semua bahan sudah disediakan,tinggal mahu campak dalam kuali.

Usai meletakkan briefcase di sofa, Adrian menapak ke dapur. Sambil itu lengan bajunya disinsing hingga melepasi siku. Perlakuan itu dilihat oleh Ayleen yang terlopong, dalam hatinya dia mengakui Adrian memang kacak.

Adrian menghampirinya, matanya galak melihat bahan bahan di atas para tempat masakan.

" Sotong sambal?" Teka Adrian, sambil tangannya membuka kepala paip, ingin membasuh tangan. Tetapi Ayleen diam, matanya masih menatap wajah Adrian . Adrian menggawang tangannya di hadapan wajah isterinya, sedar Ayleen ini mengelamun.

" Sayang..sayang.." hampir ketawa Adrian melihat Ayleen yang seolah olah terkejut melihat dirinya sudah tercongok tepat disitu.

" Hah,apa?"merah wajah Ayleen, aduh kantoi. Adrian menunduk sedikit menyebabkan Ayleen berundur setapak ke belakang.

" Abang handsome sangat ke sayang?" usik Adrian sambil tangannya yang basah itu membelai rahang wajah Ayleen. Uih lagi merah wajah isterinya. Maksudnya ye lah tu. Adrian tahan gelak.

" Er, tak lah. Handsome ke? Eh, perasan," Ayleen tepis tangan Adrian secara tak sengaja, gugup cuba control degupan hatinya yang menggila. Adrian membawa tubuhnya tegak semula, menghadiahkan senyuman manis. Sekali lagi Ayleen terpana.

" La ye ke, tapi kenapa muka sayang merah," soal Adrian, entah bernada sarkastik atau itu soalan normal. Sebab memang dengar macam sindiran halus betul.

Ishhh dia nih.

" Tak de lah, merah apanya, kan tengah ketuk bawang ni, masuk mata," selamba Ayleen memberi alasan penafian. Adrian menggeleng kepala sambil ketawa kecil. Kepala paip sekali lagi dibuka dan dia membasuh tangannya semula.

" Bawang sangat," omel Adrian perlahan. Mujur tidak didengari oleh isterinya.

" Meh sini sayang, abang masak," terus bawang putih itu diambil dari tangan Ayleen dan kerja kerja memasak dilakukan. Tak sempat langsung Ayleen menghalang. Adrian menyuruh Ayleen untuk duduk di kerusi sofa ruang tamu, tetapi Ayleen enggan.

Malas bertekak dengan isterinya, dia mendukung isterinya duduk di island bar chair.

" Duduk situ diam diam."

Dengan pantas dan kelihatan seperti biasa, Adrian memasak sambal sotong, sayur air, dan merebus telur masin. Sempat lagi dia memasak nasi kerana Ayleen terlupa masak nasi terlebih dahulu.

Ayleen memerhatikan ligat suaminya didapur, dia tidak menyangka bahawa Tengku Khairan Adrian ini sebenarnya pandai memasak rupanya. Tahu macam tu, baik dia request hari hari nak makan masakan Adrian. Hehe. Kesian pula kawan tu dah semput balik kerja, then nak masak pulak untuk dia.

Bawa aku ke syurgamuWhere stories live. Discover now