18

5K 215 13
                                    

Tepat jam 5 petang, sebuah kereta Audi A8 berwarna hitam datang tepat di hadapan asrama. Ayleen sudah siap menunggu di tingkat bawah. Jangkaannya kereta BMW berwarna putih yang akan mengambilnya.

Tetapi kali ini Audi itu menarik perhatian ramai penghuni asrama kolej kediaman Kinabalu. Semua kelihatan teruja untuk mengetahui siapakah pemilik kenderaan Audi dan siapakah yang dia ingin bertemu. Kelihatan banyak mata di balik langsir tiap dorm. Tak kurang juga di gazebo sekeliling asrama. Ayleen sudah tidak sedap hati. Mungkinkah?

Satu whatsapp masuk ke telefon Ayleen.

" Ayleen, keluar sekarang."

Sah, Audi ni yang dia punya.

Ayleen menaip sebagai balasan" Dr buat apa ni? Nak suruh orang tahu ke pasal kita?"

Sent!

Tak lama kemudian balasan whatsapp masuk.

" Just keluar dahulu,you will know it later."

Ayleen menarik nafas. Okay.

Perlahan dia mengambil bagasi bagasi besarnya dan menariknya sekali gus menuju ke Audi hitam itu. Rasa diri diperhatikan seluruh warga asrama ketika dia menuju ke sana. Kelihatan pintu driver dibuka dan satu susuk lelaki keluar dari situ.

Please jangan lah Dr Adrian.
Jangan lah Dr Adrian.

Lelaki kacak itu keluar berjalan menuju ke arah Ayleen. Ayleen memerhatikan gaya dan wajah lelaki itu. Itu bukan suaminya.

Itu bukan Dr Adrian.

Siapa dia nih?

" Hi Cik Puan Ayleen, saya Hariz, PA Tengku Khairan, mana barang barang Cik Puan lagi ye?" Sapa lelaki itu memperkenalkan diri,dan terus bertanyakan tentang barang barangnya yang lain.

" Hai, err, barang barang ada kat tepi pintu sana. Nah encik ambil dulu luggage ni and saya pergi angkat barang barang kat sana kejap," kata Ayleen laju menyerahkan bagasinya dan bersedia untuk berpatah balik mengambil barang barangnya yang lain.

" Tak pe Cik Puan, Tengku Khairan mengarahkan saya untuk ambil barang barang Cik Puan. Cik Puan boleh tunggu dalam kereta sahaja," ujar Hariz sambil berjalan menuju ke pintu penumpang hadapan.

" Eh tak pe Hariz. Saya boleh buat je la. Ringan je semua ni." Tolak Ayleen lembut. Dia bukan jenis cepat sangat leleh dengan sebarang tawaran pertolongan. Selagi dia boleh lakukan sendiri,dia akan buat.

"Tak boleh Cik Puan, Tengku dah arahkan saya untuk ambil barang barang Cik Puan,kalau tak saya teruk kena marah dengan dia," kata Hariz,berhati hati.

"Dia tak ada sekarang ni kan,kenapa awak nak takut?" Soal Ayleen,hairan. Jujur sangat pekerja suaminya ini walau pun sekarang Dr Adrian tiada. Eh pekerja suaminya? Janggal pula fikir kaitan dari pensyarah ke CEO. Jauh sangat perginya.

"Cik Puan, Tengku tengah mendengar sekarang. Ada wireless contactor kat sini."

Ayleen mengeluh. Apa benda lah.

"Lantaklah,awak nak ikut saya masuk ke tak ambil barang? Kalau tak nak, duduk situ tunggu saya bawa barang saya," kata Ayleen geram. Buang masa je lah arguing benda yang entah apa apa. Kakinya dihayunkan pantas menuju ke tempat barang barang yang lain diletakkan.

Hariz mendiamkan diri sebentar sebelum mengangguk ringkas. " Baik Tengku."

Lantas Hariz berlari sedikit mengikuti langkah Ayleen menuju ke asrama.

_____________________________

Suasana senyap sahaja dalam kereta BMW putih milik Dr Adrian. Setelah selesai mengangkat barang, Hariz menghantar Ayleen ke kereta Dr Adrian yang menunggu di luar pagar kampus UM. Barang barang Ayleen ditinggalkan dalam kereta Audi yang juga rupanya milik suaminya.

Bawa aku ke syurgamuWhere stories live. Discover now