• 7

1.2K 107 2
                                    

____

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

____

             Asahi memberikan perhatian sepenuhnya pada staff yang sedang membentangkan pelan bulanan mereka di hadapan .

"..keuntungan yang diperoleh bulan lalu meningkat dengan mendadak seperti yang dipaparkan pada graf.."

Kertas kerja dihadapannya ditenung sedalam mungkin . Kepala yang mula terasa berat ditahan semampunya .

Rasa pening yang menggunung mengakibatkan fokusnya terbantut .

Matanya dikelipkan beberapa kali . Mencuba sedaya upaya untuk bertahan hingga ke hujung mesyuarat mereka .

"Timbalan CEO Tuan Muda Hamada ? Sila berikan pandangan Tuan"

Asahi menarik nafas sedalamnya . "Keep up the good work"

Balasnya malas-malas .

"Kami pasti keuntungan yang diperoleh bersumberkan dari kejayaan Tuan dalam bidang muzik . Tahniah kami ucapk-"

Asahi mengangguk laju . Tangan kanannya diangkat ke udara sebagai isyarat mempamit diri .

Kesemua yang berada di ruangan meeting itu menunduk hormat apabila Asahi berlalu pergi meninggalkan ruangan tersebut .

Sampai sahaja di tandas yang cukup megah itu , Asahi memuntahkan segala isi perutnya ke mangkuk tandas .

Rasa loya pada tekaknya menggunung-gunung . Tangan dicuci seraya berkumur di singki .

Perkara yang paling tidak disukainya . Asahi benci melihat dirinya kelihatan lemah .

Bahkan sanggup berbuat apa sahaja agar tidak menghidapi sebarang penyakit walau penyakit biasa .

Sehingga lupa bahawa beliau hanyalah seorang insan yang lemah seperti manusia lainnya .

Langkah laju diambil meninggalkan tandas .

Pejabatnya dituju . Terasa berat untuk berdiri lama .

"Yow, man . Is everything good ?" . Sahabat sehidup sematinya menyapa .

Asahi mengangguk laju tidak mengeluarkan suara .

Haruto meletakkan tangannya ke dahi bersih Asahi . "Bro you're sick!"

Sungguh jarang melihat Asahi berkeadaan begitu.

Asahi mengambil tempat di kerusi nya . "Pening sikit" .

"Sikit kau kata ? Panas dah macam kuali goreng telur dah !"

Asahi tidak membalas . Malah hanya menutup mata sambil mengurut kepalanya .

"Pelik bro . Kau dah ambil ubat taraf dadah , kenapa masih dapat sakit-sakit ni ?" . Haruto menyoal .

Asahi mengeluh berat . "Aku dah berhenti ambil dadah"

Osaka | ASAHI ✔︎Where stories live. Discover now