• 27

978 83 12
                                    

____

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

____

                Asahi elok merehatkan diri di kerusi studionya kini sambil senyuman tidak lekang dari bibir . Bagai anak muda yang sedang angau dilamun cinta .

Seketika skrin komputer dipandang . Memperdengarkan kembali bait-bait melodi yang baru sahaja diciptanya sendiri .

Sungguh indah terdengar . Namun Asahi masih tidak berpuas hati .

Ini adalah lagu untuk Nadine, dan si kecil mereka . Haruslah dicipta dengan sempurna .

Sesungguhnya semenjak hadirnya gadis itu, semakin membuatkan Asahi lebih berinspirasi untuk mencipta lagu .

Mengabadikan kisah mereka di dalam karya nya .

Kayu drum ditangan dipusing-pusing beberapa kali . Tersenyum bangga setelah selesai mengkarya satu lagu baharu .

Membuahkan rasa rindu kepada studionya di Osaka yang lebih luas dan lengkap dengan peralatan muzik . Mungkin lagunya itu akan lebih sedap didengari jika ditambah alunan muzik lain .

Ni-ki menghampiri Asahi di meja . Turut menghadap komputer yang sama .

Bahu Asahi dicuitnya sekilas .

"Aku dah nak balik Jepun esok . Bapak aku dah panggil Yoshi untuk bekerja dengan dia . Since dahlama aku culik Yoshi dari dia HEHH . Baru aku ambik sorang staff dia, dah nak membebel panjang. Bising." . Ujar Ni-ki .

Asahi menoleh memandang Ni-ki . "Kebetulan la ni. Aku balik Osaka minggu depan. Projek aku dengan syarikat Nadine dah hampir selesai. Jadi balik je Osaka aku akan ambil cuti lama sikit"

"Pemalas betul kau ni. Kerja sikit dah ambil cuti panjang" . Ni-ki mengulingkan mata .

Asahi mencepuk kepala Ni-ki kasar . "Pemalas kau kata . Aku dah nak jadi ayah tau . Berapa bulan lagi anak aku nak lahir . Aku kenalah jaga si Nadine tu"

"Lawak bodo . HAMADA ASAHI jadi ayah ? Nonsense ! HAHAHAHAHA" . Ni-ki melepaskan tawa .

Asahi memandang Ni-ki tajam . "Pergi main jauh la kau . Haruto mana ?!"

Sudah masak dengan perangai Ni-ki yang sering membadutkan dirinya .

"Aku ni nampak macam penyusu dia ke ? Mana la aku tahu"

Asahi menutup komputer lalu telefonnya dicapai . "Duduklah kau sorang-sorang kat sini. Aku nak balik"

Lampu studio ditutup sebelum meninggalkan anak lelaki Nishimura keseorangan disitu .

Osaka | ASAHI ✔︎Where stories live. Discover now