• 33

929 104 36
                                    

_____

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

_____

             Kayu snooker dihala lurus terarah ke target . Lollipop yang elok dikemam segera dibuang ke dalam tong sampah bersama ludahan saliva .

"Bingo !" . Ucapnya tatkala mengena tepat ke sasaran .

Kaki mengatur langkah menghampiri Haruto yang baru sahaja memunculkan diri di pintu pejabatnya .

Asahi mengulingkan mata menyampah . "Bunga lagi huh ?"

Haruto tidak membalas malah hanya meletakkan bunga biru itu ke atas meja kerja Asahi .

"Aku muak la dah seminggu berturut-turut dapat bunga . Kau ingat pejabat aku ni taman bunga ke ? Tolong bagitahu si pemberi tu untuk stop kirimkan bunga yang takde guna ni"

Haruto menoleh memandang Asahi . "Kau akan menyesal cakap macamtu nanti"

Wajah tampan si rakan ditatap . Bilakah ingatan kau akan kembali seperti biasa wahai Asahi ?

Haruto mengeluh berat . Nadine yang masih berperang kesakitan di hospital kembali menyapa benak mindanya .

-

              Makanan hospital di hadapannya itu ditenung lama . Perutnya yang sarat diusap perlahan .

Nampak sedap pula menu hospital hari ini . Walaupun hanya sup ayam dan nasi kosong bersama tembikai serta sayur goreng sahaja .

Tangan Nadine naik memegang sudu sebelum menyuakan sesudu nasi ke dalam mulutnya .

"Uwerk ! Uhuk ! Uhuk !" . Nasi yang sudah selamat ke dalam mulut dipaksa untuk menelan .

Tawar ! Langsung tiada rasa .

Nadine kembali membaringkan tubuh secara mengiring memandang pesakit sebelah yang nyenyak tidur .

"Mana Yoshi ni.." . Soal Nadine sendirian tatkala Yoshi sudah sejam kelewatan dan masih tidak menunjukkan batang hidung .

Katanya hanya ingin keluar sebentar . Namun masih lama bagi seorang Nadine yang kebosanan di wad .

Jam sudah menunjukkan pukul 9Malam . Sepatutnya Nadine sudah bersedia untuk pulang .

Ingin mengambil barangannya di...

Di rumah Encik Hamada .

Fikirannya mengimbas kembali waktu-waktu dirinya disanjung tinggi oleh Asahi . Bak kata lelaki itu , quality time mereka .

Osaka | ASAHI ✔︎Where stories live. Discover now