• 30

857 89 24
                                    

____

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

____

Nadine tersenyum halus . Menapak keluar dari wad yang dihuninya untuk ke wad sebelah . Baju khas pesakit hospital terletak elok di tubuhnya .

Pintu wad VVIP yang dihuni Asahi dipulas sebelum perlahan-lahan mengambil tempat di kerusi bersebelahan katil .

Tangan kiri lelaki itu yang tersambung wayar diraih sebelum diusap lembut .

"Hello..papa Hikun" . Asahi yang terbaring tidak sedarkan diri dan dibantu dengan alat bantuan pernafasan itu ditatap .

Airmata yang baru sahaja menitis dikesat laju . "Kenapa perlu buat semua ni ?...huh ?"

Suasana hanya sepi antara mereka .

"S..saya sejujurnya..saya dah..." . Air mata dikesat lagi .

"Saya dah jatuh hati pada awak . Saya cintakan awak Asahi.." . Rintihnya sambil menguatkan diri .

"Tolong jangan tinggalkan saya . Awak rehatlah, saya akan jagakan Hikun untuk kita"

Sungguh Nadine ditimpa berganda-ganda masalah sekarang . Hikun yang masih dalam keadaan tidak aktif, dan si ayahnya pula kemalangan parah .

Nadine buntu .

-

"Pembedahan kepala Asahi berjalan dengan lancar . Dan dia akan sedar balik dalam masa terdekat ni" . Ujar Haruto kepada semua yang sedang berkumpul di wad Nadine .

"Aku dah kata ! Tu kalau aku tak tekankan doktor untuk bedah awal-awal tu rasanya dah masuk kubur kawan korang semalam"

"Sst !" . Potong Mashiho . Ni-ki memang mulut tiada insuran . Main cakap saja apa yang terlintas di otak .

Nadine sedari tadi hanya mendiamkan diri . Bermain dengan jari jemari.

"Kuatkan diri . I tahu you kuat" . Ucap Haruto . Nadine hanya mengangguk bersama senyuman tawar .

-

Namun sekarang sudah hari kelima , Asahi masih terlantar lemah di katil hospital .

"Bangunlah..Hikun dah rindu nak rasa usapan ayah dia . Awak tak risaukan Hikun ?" . Tangan Asahi diusap .

Nadine termenung menatap wajah tampan lelaki itu .

Dari kening hingga ke dagu, segalanya tidak kurang dari kata sempurna . Nadine tersenyum . Inikah ciptaan yang bakal anak mereka peroleh nanti ?

Osaka | ASAHI ✔︎Where stories live. Discover now