• 24

1.1K 93 21
                                    

-

Oops! Ang larawang ito ay hindi sumusunod sa aming mga alituntunin sa nilalaman. Upang magpatuloy sa pag-publish, subukan itong alisin o mag-upload ng bago.

-

                 Asahi menggosok mata tatkala penglihatannya diganggu oleh cahaya matahari pagi yang menembusi ruang bilik . 

Sesekali tangan diangkat menutupi mulut apabila menguap .

Sejak akhir ini Asahi jarang pulang ke rumahnya, dia hanya tinggal serumah bersama Nadine . Namun masih tidur di bilik yang berasingan .

Asahi menapak keluar dari bilik sebelum tombol pintu bilik sebelah dipulas tanpa ragu .

Rambut yang sedikit serabai diraupkan keatas hingga mendedahkan dahi .

Dirinya yang masih dalam keadaan mamai dan separuh sedar turun mendaratkan kepala di peha Nadine yang masih lena dibuai mimpi .

Tangannya naik bermain-main usap di perut Nadine yang semakin hari semakin membesar .

Bak kata nurse , 'si bayi nak ibu ayah dia berkepit saja barulah dia berhenti menyorokkan diri'

Benar , sejak mereka berdua saling berkomunikasi dan berkongsi rasa, tumbesaran kandungan Nadine semakin sihat dan aktif .

Boleh dikata , malaikat kecil itu hadir untuk menyatukan ibu bapanya dari terus menumpahkan benci terhadap satu sama lain .

Comforter yang melitupi tubuh Nadine diturunkan sedikit . Memberi ruang untuk Asahi bermain dengan anak kecil miliknya .

Asahi bertukar ke posisi baring menghadap perut Nadine .

Senyuman dibibir jejaka itu terukir sempurna .

Perut Nadine diusapnya lembut . Sebelum satu tendangan kecil terasa di telapak tangannya .

"Oh ?" . Mata Asahi yang tadinya masih dilamun rasa mengantuk kini mula membulat .

Nadine menahan diri dari melepaskan tawa . Sengaja tidak mahu membuka mata, ingin saja menyaksikan Asahi melayani pergerakan si bayi .

Berpura-pura tidur . Namun semakin mengantuk jadinya tatkala kehangatan tangan Asahi bergerak lembut di permukaan perutnya .

Selesa .

Asahi yang berposisi mengiring membantalkan lengan itu kusyuk mengusap si bayi di dalam kandungan . Senyuman manis tidak lekang dari bibirnya .

Jelas bahawa si ayah teruja dengan kehadiran bayi mereka .

"Hikun papa..sihat selalu..jangan banyak meragam,,nanti mamma kamu sakit" . Asahi menasihati .

Osaka | ASAHI ✔︎Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon