• 26

1K 86 5
                                    

____

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

____

Asahi laju membuka pintu kereta apabila sesampai sahaja mereka di hadapan bangunan hospital yang gah itu .

Nadine yang sudah lena ketiduran di dalam kereta menyapa mata . Baru beberapa minit lalu dia kata sakit, ini sudah hening dibuai mimpi ?

Asahi mengukir senyum .

"Sayang" . Pipi Nadine ditepuknya lembut beberapa kali .

"Bangun sayang . Kita dah sampai hospital ni" . Tangan Nadine dicapai lalu digenggam .

Nadine yang kelihatan masih dibuai rasa mengantuk itu mula menatap Asahi . "Taknak"

"Kau sakit kan sayang ? Kalau apa-apa jadi dekat Hikun macam mana ?" . Matanya tidak lekang dari memerhati tingkah laku Nadine yang masih malas-malas ingin bangun .

Nadine menggelengkan kepala bersama kening yang bertaut . "Dah tak sakit . Hikun tu mengada macam bapak dia . Marilah balikkk~"

Asahi tersengih suka . Terhibur dengan jawapan yang baru saja dilontarkan oleh si gadis .

"Duduk elok-elok . Aku nak tutup pintu"

-

Asahi menutup pintu rumah sebelum dikuncinya rapat .

Cardigan Nadine ditangan lantas disangkut ke hanger .

Biliknya yang berada bersebelahan bilik Nadine dihampiri lalu baju kemeja yang dipakainya dibuang .

Meninggalkan hanya seluar hitam sahaja terlekat di tubuhnya yang kacak .

Tanpa memakai baju , Asahi melangkah keluar dari bilik ingin ke ruangan laundry .

Maklumlah . Dia tidak ingin Nadine membuat kerja berat, oleh itu Asahi merelakan diri untuk melakukan kerja-kerja kerja berat di rumah itu .

Nadine yang baru sahaja melangkah memasuki biliknya dipandang lalu menghalang gadis itu dari menutup pintu bilik .

"Mana baju kau woi . Tolong la . Aku mengantuk ni Encik Hamada" . Wajah tampan Asahi dilihatnya kabur-kabur menahan rasa mengantuk .

Benarlah kata orang, ibu hamil kuat ditimpa rasa mengantuk .

Asahi berpeluk tubuh . Jari telunjuk terarah ke badan Nadine . "Baju kau . Aku dah nak basuh baju ni" .

Osaka | ASAHI ✔︎Where stories live. Discover now