• 8

1.1K 103 13
                                    

____

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

____

"ARGHH !!!!"

Jeritan panjang tiba-tiba kedengaran memecahkan kesunyian ruangan itu .

Mashiho terhinjut sedikit sambil memegang dada .

Mata yang tertumpu pada skrin telefon tadinya tertoleh ke arah bilik mandi .

Keningnya bertaut rapat . "Oi ! Kenapa ?"

Nadine yang kelihatan cemas itu mengeluarkan kepalanya dari dalam . Mencari kelibat manusia yang ada pada ketika ini .

"Mashi ! Mashi !"

Panggilnya seraya meninggikan suara . Mencuba sedaya upaya agar tidak menonjolkan dirinya yang sudah tidak ditutupi apa-apa itu .

Mashiho bangun berdiri sebelum mula menapak mendekati bilik mandi . "Apa ? Nak tercabut dada saya tau tak !"

"JANGAN DATANG DEKAT ! Situ je berhenti situ !"

Mashi mengulingkan mata menyampah . Langkahnya terhenti malah beberapa langkah ke belakang diambil .

"Apa dia ?"

Nadine menarik nafas dalam sambil memejamkan mata sekilas .

Susah hati .

"Ada pad tak ?" . Nadine menyoal janggal . Riak wajah terdesak jelas terpampar pada wajah cantiknya .

Kening yang sudah berkerut itu semakin bertambah kerutan .

Mata Mashiho meluas . Memproses semula soalan yang baharu sahaja didengarinya .

"Pad ?"

Nadine mengangguk . Pintu bilik mandi itu dipegang sekemasnya .

"Saya tak pakai pad lah ! Awak nampak muka saya ni macam orang period ke hah ???"

"Aduhhh Awak tolonglah belikan ! Yoshi mana Yoshi ? Saya nak marah ni jangan sampai saya botakkan kepala awak dua orang"

Dipandangnya Nadine dengan wajah tidak percaya .

"Saya ? Beli pad ? Memang tak lah . Kalau terserempak dengan crush nanti macam mana ha"

"Tolong lah.."

Mashiho tidak menghiraukannya malah kembali ke sofa sebelum menumpukan perhatiannya pada telefon semula .

"Mashi ! Tolong la saya.."

Osaka | ASAHI ✔︎Where stories live. Discover now