• 31

846 93 8
                                    

____

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

____

Nadine mengurut kepalanya yang serabut sebelum mendaratkan kepala ke meja berbantalkan lengan .

Baru sahaja menerima panggilan dari Ammar bahawa rumahnya di Malaysia diceroboh lagi .

Ini mesti security guard terlebih tidur lagi . Namun tiada apa untuk dirisaukan kerana segala barangan berharga berada di ruangan bawah tanah .

Dan cop jari Nadine saja yang memerlukan . Berserta kata laluan yang hanya Nadine yang mengetahui .

Kata Ammar juga hanya tv dibawa keluar . Haihh tidak mengapa .

Ambil lah. Ambil semua. Curi semua. Nadine sudah pasrah mahu hidup .

Seketika wajah lelaki yang dia sudah mula sayangi bermain di minda .

"Rindunya papa kamu Hikun.." . Perutnya diusap sambil mencebik .

Selepas sahaja kemalangan, Asahi terus berubah menjadi lelaki lain .

Lelaki yang kejam dalam tutur kata . Lelaki yang dingin dalam tindakannya .

Sungguh Nadine rindu akan Asahi yang melayaninya seperti permaisuri .

Asahi yang sabar .

Dan...seorang ayah Hikun yang terlihat bahagia tatkala menatap wajahnya .

-

Tali dress yang tercabut ikatan itu ditariknya sekilas . Dicuba untuk mengikat kembali namun gagal .

"Aduhh susahnya"

"Sini saya tolong" . Pelawa Yoshi sebelum bahu Nadine dipegang lalu dipusingkan membelakanginya .

Tali yang berada di bahagian pinggang diikat ribbon sedikit longgar . Agar tidak ketat untuk Nadine bergerak dengan perut yang sudah sarat itu .

Sudah masuk minggu ke dua Asahi dipantau oleh pihak hospital, namun Nadine masih gigih untuk memujuk hati beku Asahi agar mengingati dirinya bersama si kecil mereka .

"Awak buat apa kat sini ?" . Nadine menyoal hairan tatkala Yoshi yang muncul entah dari mana .

Yoshi mengukir senyum . "Awak taktahu ke ?" . Soalnya lembut .

"Tahu apa ?"

"Mashiho dah rasmi jadi doktor . Dan harini hari pertama dia berkhidmat di hospital ni"

"Eh yeke ?? Gembiranya dengar !" . Nadine tersenyum suka .

"Saya gerak dulu tau . Ni-ki dah nak gerak balik Tokyo . Sabtu depan saya balik Osaka lagi, kita keluar dating tau !" . Pipi Nadine dicucuknya dengan jari telunjuk sekilas .

Osaka | ASAHI ✔︎Where stories live. Discover now