• 28

941 93 8
                                    

____

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

____

              Luggage ditarik memasuki perkarangan airport . Tangan Nadine digenggam erat melangkah menghampiri bangku yang disediakan .

Kini tinggal mereka berdua sahaja yang masih di bumi Korea ini . Rakan-rakannya yang lain sudah selamat sampai di Osaka seminggu yang lalu . Termasuklah Haruto .

Asahi mengangkat tangan kanannya sebelum memerhati nombor di jam tangannya . "Awal lagi ni"

Nadine yang menunduk lurus menatap lantai tanpa kata itu dipandang . Sungguh hanya keresahan dihiasi pada raut wajah cantik itu .

"Kau okay ? Ada sakit mana-mana ?" . Asahi menyoal sambil mengeratkan lagi pegangan tangan mereka .

Nadine yang tersedar dari lamunan mula mengangkat muka . Asahi yang berada bersebelahannya dipandang bersama senyuman lebar terukir .

"Aku okay"

Asahi melepaskan nafas berat . "Pandang aku"

Nadine yang mendengar hanya mengikuti bersama kening yang terangkat .

Pipi si gadis dielus lembut . "Kau risau apa ? Bagitahu aku"

Nadine menggeleng . "Nothing serious . Aku cuma risau Hikun ikut muka kau je . Nanti tak cantik . Kena ikut muka aku baru cantik"

Gurau Nadine tidak ingin mengeruhkan lagi keadaan .

Asahi mencebik bersama kening yang bertaut . "Hikun lagi comel kalau ikut muka aku lah . Tengok ni . Ketampanan aku ni kau takkan jumpa di lelaki lain tahu tak"

"Eleh..Masuk bakul angkat sendiri. Aku lapar ni . Taknak ajak makan ke ?" . Asahi dijelingnya sekilas .

Asahi tersenyum penuh makna . "Sebagai bayaran, kita tidur sebilik malam ni . Deal ?"

"Mana boleh !"

"Yelah yelah"

-

               Langit jingga di Osaka menunjukkan matahari baru sahaja terbenam . Menunggu masa untuk bulan menerangi bumi di waktu malam .

Nadine hanya lurus melihat awanan dari balkoni mansion milik Asahi ini .

'Osaka. Aku kembali lagi'

Keluhan berat dilepas lagi . Kaki melangkah menghampiri handbagnya sebelum botol ubat dikeluarkan .

Air mineral dicapai dengan fikiran kosong . Sememangnya semenjak dirinya berbadan dua, Nadine tidak pernah terpisah dengan ubat-ubatan .

Osaka | ASAHI ✔︎Where stories live. Discover now