• 17

1K 86 24
                                    

                                        _____

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

                                        _____

    Nadine berjalan memasuki pejabat seperti biasa sebelum mengambil tempat di kerusi .

Sesungguhnya pejabatnya di Korea lebih selesa berbanding pejabat lama nya .

Wajahnya jelas terlihat keletihan.

Walaupun berat, Nadine memujuk diri untuk menerima bayi di dalam kandungannya seutuhnya .

Jiwanya buntu .

Bagaimana ?

Dan APA tindakan yang harus diambil agar bayinya tahu bahawasanya Nadine telah menerima kehadiran si kecil itu .

Mungkin dengan mengelus lembut perutnya setiap saat . Hanya itu di fikiran si ibu .

Itulah yang dilakukannya sekarang .

Tangannya tidak lepas dari mengelus lembut dan menyapa penghuni di dalam sana .

Setelah dipujuk oleh doktor beberapa hari yang lalu, Nadine mula mempelajari ilmu kehamilan dan kewajipan buat dirinya sebagai pembawa nyawa baharu .

Dan dia berjaya menyelesakan diri dalam gaya hidup seperti itu .

"Awak masih merajuk dengan saya ke ?" . Nadine menyoal perlahan sambil menepuk dan mengelus lembut perutnya berulang kali .

Kadang dirinya bingung .

Masih kurang percaya akan kehadiran si kecil .

Jika betul ada nyawa yang dia bawa, mengapa fizikalnya masih tidak menunjukkan kesan ?

Dimana baby bump yang selalu diceritakan oleh ibu-ibu hamil yang lain ?

Padahal dirinya sudah menerima seikhlas hati kewujudan si kecil dan memberikan kebenaran yang jujur akan pinjaman rahimnya kepada si bayi .

Setiap malam juga dia mula berbicara dan bercerita masalah dengan si kecil .

Kadangkala diri sendiri menyoal . Apakah dia sudah gila ? Atau sudah gila bayang ?

"Atau...awak nak saya gelarkan diri saya sebagai 'Mamma' ? Tapi janji jangan menyorok lagi tau" . Ucap Nadine malu-malu .

Sungguh tidak biasa .

Seperti yang dinasihati doktor, Nadine diberitahu tentang kesan buruk sekiranya bayi kekal berkeadaan begitu .

Tumbesaran bayi akan terkesan dan akan terjadinya bantut .

Osaka | ASAHI ✔︎Where stories live. Discover now