Prolog

272 23 8
                                    

Welcome.....

                   Happy reading.
                               .
                               .
                               .
                              
                                 
   
Zara merenung air laut yang sedang berombak tenang. Dia menutup mata sambil menarik nafas perlahan.

Tanpa dia sedar, air matanya mengalir. Dia sedang buat apa, bahagiakah dia, cukup makan tak, lena tak tidur dia?

"Saya rindukan awak Raqib," ucapnya perlahan

Zara tersentak. Merasakan tangan kirinya disentuh oleh seseorang.

Baru sahaja ingin menjerit, namun niatnya terbatal apabila mengetahui gerangan yang sedang menggengam tangannya.

"Kalau rindu kenapa tak balik?" Dia tidak memandang wajah Zara, sebaliknya memandang laut.

Zara mengalihkan pandangannya dari wajah lelaki itu. Pandang ke arah laut semula.

"Awak buat apa dekat sini Raqib?"

"Abang datang nak bawak bidadari abang balik." Raqib memusingkan tubuhnya menghadap Zara. Kedua tangannya naik memegang kedua bahu Zara lalu memusingkan badan Zara menghadapnya.

"Tempat saya di sini, saya tak nak pergi mana-mana." Zara sedaya-upaya mengelak dari bertentangan mata.

"Bukankah tempat seorang isteri adalah di samping suaminya?"

Zara menatap wajah Raqib.

"Balik sayang, abang rindu sangat bidadari abang. My sweetie. Sayang rindu abang, kenapa nak nafikan perasaan tu?" Dengan penuh kelembutan Raqib bersuara.

Zara hanya diam tidak menjawab.

Raqib mengeluh perlahan.

"Abang tak tahu salah apa yang abang dah buat, tapi abang minta maaf. Tolong maafkan abang. Abang datang nak ambil bidadari abang." Raqib mula sebak.

"Abang rindukan bidadari abang, balik lah sayang. Abang tahu sayang sukar untuk lupa kan kisah tu. Tapi Allah Maha Pengampun kan? Sayang sendiri yang selalu ingatkan abang. Jangan hukum diri sampai macam ni sayang."

Zara merenung tajam wajah Raqib, lalu menepis tangan Raqib dari bahunya dengan kasar.

Tanpa berkata apa-apa, Zara meninggalkan Raqib sendirian dalam keadaan terpinga-pinga.

 Berhenti MencintaiWhere stories live. Discover now