Bab 11

41 10 13
                                    

   Sedang mereka asyik berbual di ruang tamu sambil menonton Netflix, kedengaran pintu rumah diketuk.

"Awak ada order barang ke, Zara?" Tanya Aini sambil menyuap buah ke dalam mulut.

"Eh, saya baru duduk sini tiga hari, takkanlah. Lagipun mana ada saya order barang."

"Saya pun takda. Takkan ahlong kot? Kan boyfriend awak dah bayarkan." Sempat lagi Aini mengusik.

"Ish awak ni! Saya pergi sarung tudung, awak pergi buka pintu ok?" arah Zara lalu naik ke bilik.

Setelah menyelongkar almarinya, Zara menarik tudung sarung paras punggung yang berwarna dark blue. Setelah selesai, dia turun semula ke ruang tamu.

"Argh! Lepaslah, Ikram!" Zara yang mendengar jeritan Aini dari tingkat bawah segera melajukan langkahnya.

"Kenapa susah sangat you nak maafkan I, sayang? I dah minta maaf, kan?" Zara melihat Aini dikepung oleh seorang lelaki. Tak silap, dia lelaki yang bergaduh dengan Aini semalam.

Baru sahaja lelaki itu ingin mencium bibir merah Aini, Zara mencapai pasu yang berada di meja sebelah tangga lalu memukul tengkuk Ikram dari arah belakang.

"Zara! Kenapa awak..." Aini menekup mulutnya melihat Ikram yang sudah pengsan akibat pukulan Zara.

"Aini! Saya tak sengaja! Sumpah saya terkejut tengok dia nak cium awak tadi!" Zara turut sama menekup mulutnya.

Mereka yang sedang buntu tidak tahu hendak berbuat apa terkejut apabila mendengar deringan telefon dari poket seluar Ikram.

"Awak angkat, Aini."

"Awaklah angkat, Zara."

"Tapi tu boyfriend awak."

"Kitaorang dah putuslah."

Zara mengeluh perlahan lalu dengan tangan terketar, dia menyeluk poket seluar Ikram.

Aini yang melihatkan perkara itu terus menghalang.

"Zara, biar saya je yang ambil."

Melihat nama yang tertera pada screen telefon, Aini terus menyerahkan telefon Ikram kepada Zara.

Zara yang melihat nama si pemanggil terus menjawab panggilan itu.

"Woi! Kau dekat mana!" Belum sempat memberi salam, Zara terus dijerkah oleh si pemanggil.

"Er assalamualaikum, saya Zara."

Raqib menjauhkan telefon dari telinganya lalu melihat screen.

Aku tak salah call orang kan? Betul lah ni nombor Ikram, macam mana phone mamat tu boleh ada pada Zara pula?

"Zara? Macam mana phone Ikram boleh ada dengan you?"

"Erm Ikram sebenarnya ada dekat rumah saya dengan Aini, dia nak jumpa Aini tapi dia pengsan pula dekat sini." Zara tak nak bagitahu sebab kenapa Ikram boleh pengsan.

Takut!

"How can?" Raqib menggaru kepalanya.

Niat Raqib menelefon adalah kerana dia mahu menumpang di rumah Ikram buat sementara waktu. Maklumlah member dah kena halau.

Nak balik Scotland pun kes tu belum reda lagi.

"Encik datang sini dulu boleh?"



   Sesampainya di rumah Aini, Raqib nampak motorsikal Ikram yang terparkir dan pintu rumah yang sudah sedia terbuka.

Melihatkan kelibat di depan pintu, mereka berdua menoleh.

Raqib masuk ke dalam rumah itu dengan selambanya. Dilihatnya Ikram sedang terbaring terlentang di atas karpet ruang tamu itu. Di tepu kepalanya pula ada semangkuk air dan kain yang sudah bertukar warna.

 Berhenti MencintaiWhere stories live. Discover now