Bab 1

121 20 3
                                    

"Penganugerahan ini didahului oleh penerima anugerah graduan terbaik, penerima anugerah graduan terbaik fakulti pusat pengajian peringkat sarjana muda pendidikan serta penerima anugerah naib chancelor
Nur Idalya Az Zahra Binti Muhammad Ismail."

Dengan lafaz Bismillah, Zara melangkah ke arah tengah pentas untuk mengambil sijil yang menjadi impiannya selama ini.

Senyuman tidak pernah lekang dari bibirnya.

"I made it, ma.. Alhamdulillah." getus hati Zara sambil mengenangkan arwah ibunya yang telah kembali kepada sang Pencipta.

Setelah majlis bersurai, Zara diterpa oleh dua manusia yang paling dia kasihi.

"Adik! Ya Allah bangganya aku dengan kau!" Jerit seorang wanita.

"Ya.." tegur seorang lelaki separuh abad.

"Hehe sorrylah abah, Yaya terlebih excited pulak." Sengih kambing ditayang kepada lelaki separuh abad itu.

"Mari kita tangkap gambar." Senyuman manis Zara ukirkan buat keluarga tersayang.

Alhamdulillah selesai sudah majlis hari ini. Pagi yang sungguh panjang akhirnya berjaya ditamatkan.

"Adik, abah nak tanya sikit boleh?" Pakcik Mail mengerling sekilas cermin pandang belakang, melihat anak bongsunya.

"Ada apa tu bah?" Zara mengalihkan fokusnya daripada gajet ke wajah abahnya.

"Kamu masih hendak terus bekerja di tadika PASTI tu ke? Abah bukan apa, jika hendak diikutkan, dengan pencapaian kamu ni selayaknya kamu kena jadi cikgu sekolah rendah atau sekolah tinggi, ye dak Yaya?" Pakcik Mail toleh sedikit ke tepi kirinya.

"Hermm betul tu, takkan kau nak stay kerja tadika tu lagi?" Yaya menoleh memandang wajah manis Zara di tempat duduk belakang.

"Tapi adik suka kerja situ, abah." Bibir Zara memuncung sedikit.

"Haish kau ni, setia sangat. Ni kalau ada boyfriend ni mesti kau setia bagai nak mati, kan?"

"Haip! Apa boyfriend boyfriend ni, haram tau!" Tegas Zara sambil menepuk kecil bahu satu-satunya kakak yang paling disayangi.

Selepas menempuh perjalanan yang agak panjang dari Batu Pahat ke Kota Tinggi, akhirnya mereka sekeluarga selamat sampai di destinasi. Tanpa membuang masa, Zara terus bergegas membersihkan diri.

Dia perlu bersiap cepat kerana petang nanti dia perlu ke dewan bandaraya. Ada persiapan hari konvokesyen yang bakal diadakan oleh PASTI pada esok hari.

Zara lebih kepada teruja sebenarnya. Hatinya berasa tidak sabar untuk melihat anak-anak ciliknya memakai jubah dan topi konvo. Mesti comel sangat!

"Abah, Adik pergi dulu ya. Doakan supaya urusan adik dipermudahkan." Zara menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan abahnya yang sedang berada di tangga rumah kayu miliknya.

Meskipun rumah kayu tapi bukan sebarang kayu yang digunakan.

Pakcik Mail juga bukan sebarangan orang. Dia merupakan petani yang berjaya dan mempunyai ladang kelapa sawit terbesar di Johor dan mempunyai kilang penghasilan minyak atas jenamanya sendiri.

Bukan sikapnya untuk bermegah-megah atas kemewahan yang dipinjamkan oleh Allah SWT, sesungguhnya hanya Dia yang memiliki kekayaan yang sebenar.

Bagi pakcik Mail, dua anak gadisnya lah yang menjadi satu-satunya harta yang paling berharga.

Kedua mereka ditatang bagai minyak yang penuh olehnya selepas arwah isterinya pergi meninggalkan mereka tiga beranak.

Alhamdulillah dengan rezeki Allah, kedua anak gadisnya membesar dengan ketakwaan dan kewibawaan yang penuh di dalam dada.

Meskipun dia bukanlah orang yang berpendidikan, tetapi dia berjaya membesarkan kedua gadis itu menjadi insan yang berpendidikan tinggi.

Nur Sumayyah Adelia.
(BACHELOR MEDICAL AND HEALTH SCIENCE.)

Nur Idalya Az Zahra.
(BACHELOR OF EDUCATION)(TEACHING ARABIC AS A SECOND LANGUAGE.)

Ya Allah, terima kasih atas anugerah yang tidak terhingga ini, ya Rabb.

"Abah?" Panggil Zara sekali lagi apabila dia masih belum mendapatkan tindak balas dari sang ayah.

"Oh iya sayang pergilah, maaf ayah termenung pula mengenangkan bakal imam adik nanti." Pakcik Mail tersengih sambil menyambut salam dari anaknya.

"Ada-ada jelah abah ni, Zara pergi dulu ya." Zara melangkah menuruni tangga sebelum memboloskan diri ke dalam kereta saga milik pakcik Mail.

"Amboi abah, bakal imam eh.. sebelum budak tu kahwin, yini orang yang kena kahwin dulu. Tak boleh langkah bendul." Yaya entah dari mana tiba-tiba muncul dari belakang  pakcik Mail.

"Nak tunggu kamu, Yaya? Maka berjanggut dululah adik kesayangan kamu tu nanti." Tergeleng kepala pakcik Mail.

"Umur kamu dah masuk 31 tahun Ya, bila nak bawak balik menantu untuk abah? Teringin nak tengok anak abah kahwin, nak buat majlis kahwin sebelum mata tua ni terpejam selamanya."

                   To be continued
                               .
                               .
                               .

Pls give me feedback that's all I need. Whatever you think about my writing, just write on the comment section..

 Berhenti MencintaiWhere stories live. Discover now