Bab 21

44 8 20
                                    

"Apa yang Raqib sudah tawarkan kepada kau?" soal Qaisarah apabila melihat zara yang baru selesai menunaikan solat jamak ta'khir.

"apa maksud awak dengan tawaran?" apa yang raqib sudah tawarkan padanya? Kening Zara kerutkan sambil tangan lincah melipat dan menyimpan telekung.

"Takdelah. Aku cuma pelik, macam mana Raqib boleh bersama dengan perempuan macam kau." Qaisarah memandang Zara atas bawah.

"Apa maksud awak dengan perempuan macam saya?" Zara mendekati Qaisarah yang sedang melabuhkan duduk di atas katil bersaiz king.

"Yelah, kau kan jenis bertutup litup. Si Raqib tu pula, tak silap aku. Dia mana suka dengan perempuan macam kau ni. Dia cakap kebanyakannya, munafik."

Lancang lidah Qaisarah berkata, sehingga tergurisnya hati seorang wanita yang bernama Idalya Az Zahra.

"Mu..mungkin Raqib dah sedar? Apa yang dia fikir selama ni adalah salah, setelah dia berjumpa dengan saya?" Zara ingin menyedapkan hatinya. Bagitahulah apa sahaja, dia tidak kisah. Dia tidak akan sesekali meninggalkan Raqib.

"Heh, yakin betul ya. Takpelah, ikut suka kau." Bibir Qaisarah terlakar senyuman sinis. Lalu dia merebahkan tubuhnya ke atas katil yang empuk itu sebelum menarik comforter sehingga paras dada.

Zara melabuhkan punggungnya di sisi katil lalu menadah tangan membaca doa tidur. Hari ini dia tidak lupa untuk membacanya kerana dia masih belum terlampau mengantuk.

"Jangan kau tinggalkan keimanan kau demi si Raqib tu sudahlah ye?" Qaisarah sempat menyelitkan perlian sebelum tertawa kecil. Bagi Zara, ianya kedengaran sinis.

Zara bangkit agak lambat untuk solat subuh. Jadi dia hanya menggantikan solat subuh itu, tanpa ada rasa penyesalan. Baginya, dia terlampau penat sebab itu dia terbabas. Allah Maha Pengampun. Jadi tidak mengapa bagi Zara.

Qaisarah terjaga dari lenanya akibat terganggu dengan bunyi seakan-akan bisikan.

Hampir luruh jantungnya melihat sosok yang berdiri di hujung katil sambil mengenakan kain putih.

"Zara! Terkejut aku." Qaisarah menjeling. Dia tengah solatlah, yang aku pergi bercakap dengan dia buat apa.

Qaisarah mengetuk kepalanya.

"Awak okey?" Qaisarah berpaling pada Zara yang sudah siap menunaikan sembahyang.

"Aaa takde apa-apa, semalam Raqib ada cakap dekat kau tak, yang kita nak pergi mana hari ni?"

"Takde pula, tapi kita kena turun sarapan pukul 7 pagi kan? Takut makanan habis pula. Sekarang dah tujuh setengah ni." Nyata Zara sambil tersenyum kecil.

Qaisarah hanya mengangguk lalu bangkit masuk ke bilik mandi. Dia perlu bersiap awal, kerana dia akan mengambil masa berjam-jam untuk ber make up.

Raqib yang mendengar ketukan pada muka pintu bilik hotel yang dia duduki, mengeluh perlahan. Dia menepuk belakang Ikram yang masih lena diulit mimpi.

"Bukakan Ikram." Dengan suara serak basah dia mengejut Ikram yang sedang tidur dalam keadaan tiarap.

"Hmm." Hanya gumaman yang menjadi balasan.

"Bukalah Ikram!!"

"Kau bukalah, setan!" Ikram menekankan bantal ke atas kepalanya

Raqib mengusutkan rambutnya, matanya mengerling ke arah jam dinding.

9 pagi!? Makhluk mana pula kacau aku pagi-pagi buta ni.

"Oi cepatlah, nak pergi sarapan tak nak? Kalau taknak kitaorang turun dulu. Nanti makanan habis." Buka sahaja pintu. Wajah Qaisarah sudah tersembul depan pintu.

 Berhenti MencintaiWhere stories live. Discover now