Bab 3

65 16 9
                                    

"Along!" Angel melambaikan tangannya kepada seorang lelaki yang memiliki aura tersendiri.

"Awal balik harini?" Tan Sri Rohaizat memberikan pertanyaan kepada anak sulungnya.

"Saja balik awal, nak sambut kepulangan adik along yang acah macho ni." Lelaki itu melabuhkan punggungnya di sisi Raqib.

"You took my place, little brother." Dia menjeling Raqib.

"Thanks, ibu." Jejaka itu menyambut huluran pinggan berisikan spaghetti dari ibunya.

"You're most welcome, sayang."

"Aku mana tahu yang kau nak balik sini, sebab tu aku duduk tempat kau." Raqib membela dirinya apabila dia berasa terancam dengan jelingan maut abangnya.

"Kalau aku tak balik sini, aku nak balik mana?"

"Aik, rumah kau dengan isteri kau lah."

"But still, kau boleh pindah sebelah bila nampak aku nak duduk tadi, kan?" Jejaka itu menukar topik perbualan.

"Nenek kata tak baik makan pindah-pindah tempat nanti kahwin ramai." Raqib menarik sengih.

"Baguslah macam tu, kau kan suka kalau perempuan keliling pinggang." Kening lelaki itu di angkat sebelah seolah-olah ingin mencabar.

"Memanglah tapi tak nak kahwin. Nak couple je."

"Habis kamu tak nak kahwin sampai kamu mati ke?" Soal Tan Sri Rohaizat mencelah.

"Why not?"

"Kepala otak kamu, Raqib. Jangan ingat ibu akan izinkan ya. Jangan sampai ibu yang jodohkan kamu nanti. Tak pasal-pasal jadi drama pukul 7." Gigi wanita itu diketap perlahan akibat kegeraman.

"Mana boleh paksa macam tu, ibu. Mana tahu Raqib ni jadi suami yang dayus ke akibat tak dapat nak terima perjodohan tu, dah jadi macam drama pukul 9 pulak haha." Hanya suara Raqib yang tergelak di ruangan itu.

"Tak lawak." Angel menyampuk.

"Sampai bila perangai kau nak macam ni ha, Raqib? Walaupun aku ni tak pernah bercinta tapi aku ni perempuan. Kau ingat hati perempuan ni apa? Jangan sampai karma yang sepatutnya kau terima, dia tak pergi dekat kau tapi dia melencong dekat aku." Angel menggengam tangannya lalu menghentakkan perlahan di atas meja.

"Aku ni adik kau, sebagai abang apa perasaan kau bila ada lelaki yang hancur lumatkan hati aku? Buat aku merana kerana menagih cinta lelaki tu padahal lelaki tu?! Lelaki tu tengah seronok dengan kekasih yang baru."

Emosi Angel tiba-tiba berubah apabila berkaitan dengan perangai abangnya yang satu itu.

Angle paling benci dengan lelaki buaya darat, dan paling malang dalam hidupnya apabila abangnya sendiri mempunyai perangai seperti itu.

"You're spoiling my mood, Angel." Tanpa bertangguh, Raqib terus mengangkat punggungnya lalu melangkah naik ke bilik.

"Angel, awak tahu kan kenapa Raqib jadi macam tu." Puan Sri Rashirah menegur satu-satunya anak perempuan yang dia ada.

"Yes I know mom, tapi itu bukan kunci untuk dia buat macam tu dekat perempuan lain. Diorang tak salah pun. Kalau betul dia nak balas dendam sekalipun, perlu ke kena libatkan orang yang tak bersalah?" Tanpa sedar nada Angel sedikit maninggi.

"Angie, lowwer your tone," tegur lelaki yang berada di hadapannya.

"Sorry."

  SELESAI waktu pembelajaran, Zara sedang menyiapkan rph yang sudah berlambak kerana tidak siapkan.

Itulah orang suruh buat rph awal-awal, tapi dia degil!

"Zara oo zara. Di manakah engkau?" Zara berpaling apabila mendengar dirinya diseru oleh seseorang.

"Zara dekat atas!" Sahutnya sedikit tinggi.

"Wah! Rajinlah siapkan rph."

"Apa yang rajin kak oi, ini rph yang dua minggu lepas punya ni," keluhnya perlahan.

"Lah ye ke? Sama lah kita, by the way, nah. Ada surat untuk kau. Kitorang tak bukak lagi tau jangan risau," sengihnya.

"Dah lah aku turun dulu, haish budak petang ni pantang ditinggalkan sekejap terus jadi tsunami dekat bawah tu."

Tawa Zara tercetus perlahan akibat jenaka yang di buat oleh kak Sha.

Perlahan Zara mengoyakkan surat yang diserahkan kepadanya tadi.

Apabila selesai membaca, Zara terasa perutnya seakan-akan di penuhi oleh rama-rama yang berterbangan.

"Subhanallah! Sesungguhnya nikmat apa lagi yang hendak aku dustakan. Alhamdulillah ya Allah terima kasih."

Air mata Zara bergenang di tubir matanya akibat perasaan gembira yang datang bertandang di hati.

Surat tawaran mengajar di SRITI, menjadi idamannya setelah sekian lama. Akhirnya dia telah dilamar sendiri oleh pihak pengurusan tanpa sempat dia membuat permohonan.

  AIR mata mengalir di pipi kak Sha membuatkan hadirnya rasa bersalah dan sebak di hati Zara.

"Jangan macam ni kak Sha, akak buat saya rasa serba-salah pula." Zara memeluk bahu kak Sha.

"Takkan kau sampai hati nak tinggalkan kitorang? Walaupun kita ni beza setahun tapi aku dah anggap kau macam adik aku dah. Lepas ni aku nak gurau dengan siapa? Aku nak cair dengan siapa? Kau je yang paling cantik dekat sini," cebik kak Sha sementara air matanya semakin mengalir deras.

"Eh aku cantik jugaklah, walaupun tak secantik adik Zara kita nih. Tapi cantiklah jugak. Takpe, nanti hari-hari aku bagi kau pickup line. Confirm kau cair punya."

Kak Sha menjeling Jannah.

"Diam kau."

"Jadi bila masuknya Zara?"

                   

 Berhenti MencintaiWhere stories live. Discover now