Bab 12

52 9 35
                                    

Selesai memotong daging, Raqib menghulurkan pinggan itu kepada Zara.

"Terima kasih." Zara tersenyum sopan.

"Kasih diterima." Raqib mengenyitkan mata.

Zara mencebik.

"Emm, saya sebenarnya nak minta maaf."

"For?" Raqib mengangkat keningnya sebelum menyuap makanan ke dalam mulut.

"Sebenarnya saya yang pukul kepala kawan encik sampai berdarah." Zara tidak mampu untuk terus menyimpan rahsia itu. Dia rasa bersalah.

Raqib tersedak.

"Eh encik, nah air." Zara menghulurkan air masak miliknya kepada Raqib.

Air yang dipesan oleh Raqib ialah air hit chocolate, jadi minuman tersebut tidak sesuai untuk meredakan perit di tekak.

"You pukul dia guna apa? I ingatkan Aini yang pukul, sebab tu I tak kesah sangat." Raqib mengambil air sambil menepuk-nepuk dadanya.

"Guna pasu bunga." Zara menggaru kepalanya yang berlapikkan tudung.

Sekali lagi Raqib tersedak.

"What?! Matilah anak orang."

"Janganlah cakap macam tu. Aaya pukul dia sebab dia hampir nak cium Aini. Mana boleh! Jadi saya ketuklah dia. Tak sangka pulak terkuat." Zara sudah hampir mahu menangis.

Raqib ketawa besar. Zara hanya menjeling.

"Habislah you. Si Ikram tu mungkin akan failkan saman bila dia dapat tahu nanti." Raqib terus mengusik.

"Seriouslah, sncik? Tapi, saya tak sengaja. Kalau dia saman saya, saya boleh report dia atas kesalahan menceroboh rumah anak dara." Bila difikirkan balik, ada betul juga tindakan yang dilakukannya.

Dia ketuk kepala ikram sebagai langkah keselamatan kerana lelaki itu hampir memperkosa anak dara orang!

"I gurau lah." Raqib meredakan tawanya lalu menyambung makan.

"Encik memang tinggal dekat Kuala Lumpur ke?" Zara mula rasa selesa apabila berbual dengan Raqib.

"I memang lahir dekat sini."

"Kenapa dulu encik sekolah dekat Kota Tinggi?"

"Ada rumah tok Ki I dekat sana." Raqib sudah mula membuat muka.

"Tok Ki? Maksud encik, wak ki tu ke? Yang bomoh-bomoh orang tu."

Melihatkan Raqib tidak menjawab, Zara menekup mulutnya.

"Arghh saya minta maaf, saya tak sengaja."

"No, it's okay. Lagipun Tok Ki I tu memang buat benda tu kan? Bertuhankan syaitan." Zara terkejut mendengar kata-kata Raqib.

"Encik ni, tak baik cakap macam tu."

"You pun nak jadi macam keluarga I jugak ke?"

"Maksud encik?" Zara mengerutkan keningnya.

"Takde apa lah. You dah siap makan ke? Kalau dah, jomlah balik." Tanpa mendengar balasan dari Zara, Raqib terus bangun menuju ke kaunter pembayaran.

Zara terkedu. Haih, dia baru makan beberapa suap. Kalau ya pun, bagilah kita habis makan dulu.

Zara mengintai pinggan Raqib.

Dia pun tak habis! Membazir tau.

Tanpa berlengah, Zara mengambil makanan dari pinggan Raqib lalu meletakkannya di atas pinggan dia.

Zara mencapai air lalu menyedutnya perlahan.

Eh!? Ini bekas minum Raqib! Ini dah dikira sebagai indirect kiss.

 Berhenti MencintaiWhere stories live. Discover now