Bab 15

52 7 16
                                    

Sebulan sudah berlalu. Kehidupan Zara di ibu kota sungguh indah tanpa sebarang cacat cela. Cumanya, di sekolah masih ada segelintir guru yang tidak berapa menyukai dirinya.

Tidak tahu di mana salahnya, tapi bukanlah sikap Zara untuk mengambil pusing tentang hal itu. Baginya, hati manusia ni sampai bila-bila kita tak dapat nak puaskan. Kita hidup bukanlah untuk puaskan hati manusia jadi tak perlu mengambil pusing akan hal yang satu itu.

"Assalamualaikum, kita mulakan dengan ummul kitab Al fatihah." Encik Hussein menadah tangannya untuk membaca doa pemula majlis.

"Baik, saya rasa cikgu-cikgu semua dah ada. Jadi bolehlah kita mulakan musyuarah kita pada petang ini ya?" Semua guru yang berada di dalam bilik mesyuarat itu menganggukkan kepala.

Hampir satu jam mereka membincangkan tentang keceriaan sekolah dan aktiviti menarik yang perlu dia adakan setiap kali waktu kokurikulum.

"Ok untuk topik terakhir kita pula. Macam yang cikgu-cikgu semua maklum, lagi tiga bulan dari sekarang, pihak SRITI di seluruh Malaysia ada mengadakan perlawanan bola sepak dan bola jaring peringkat negeri. Tiada masalah apa pun, team bola jaring akan berlatih seperti tahun-tahun sebelum ini. Cumanya yang menjadi permasalahan kita ialah jurulatih bagi team bola sepak. Jurulatih Lan tidak dapat melatih untuk tahun ini kerana mengalami kecederaan pada fizikal dua minggu lepas. Jadi saya mohon pada cikgu, tolong carikan orang yang boleh melatih mereka dalam tempoh tiga bulan ni. Saya rasa itu sahaja untuk musyuarah kita pada petang ni, ada apa-apa lagi ke?"

Zara mengangkat tangan.

"Maaf saya mencelah. Saya rasa, saya boleh bantu. Saya ada kenal lelaki yang boleh melatih budak-budak bola sepak tu nanti." Setahu Zara, Raqib pemain bola sepak. Jadi tak salah jika dia meminta tolong lelaki itu.

"Alhamdulillah, nanti cikgu tolong panggil dia datang ya. Kemudian baru kami akan berbincang sesama cikgu-cikgu. Baiklah selesai kita pada hari ini. Kita sudahi musyuarah dengan tasbih kifarah dan surah Al-asr." Guru-guru sudah mula keluar. Tinggal Zara dan beberapa orang guru sahaja yang berada di dalam.

"Saya bukan apa. Cuma nak ingatkan sahaja, kalau awak berniat nak ajak boyfriend awak tu untuk jadi jurulatih team bola sepak tu nanti, saya rasa baik awak lupakan sajalah, cikgu Zara." Cikgu Adawiyyah bercakap namun tidak memandang Zara. Tangannya pantas memasukkan laptop dan buku ke dalam beg.

"Maaf, tapi saya tak faham apa cikgu Adawiyyah maksudkan." Zara kerut kening.

"Macamlah saya tak tahu orang yang cikgu Zara maksudkan tu. Dia lelaki yang buat kecoh dekat dewan sebulan yang lepas tu kan? Sungguh memberikan pengaruh yang buruk buat pelajar." Cikgu Adawiyyah menjeling sekilas wajah Zara.

"Saya tak tahulah macam mana kalau dia jadi jurulatih nanti."

"Cikgu Adawiyyah tak boleh fitnah macam tu. Cikgu tak kenal dia siapa. Jadi cikgu tiada hak untuk cakap macam tu." Zara sudah mula panas hati dengan kata-kata cikgu Adawiyyah.

"Saya tak fitnah, saya cuma takut. Baik cegah sebelum terlambat. Sediakan payung sebelum hujan." Selesai mengemas, cikgu Adawiyyah berlalu pergi dengan senyuman yang menyinis.

Zara beristighfar di dalam hatinya. Jangan ikutkan amarah mahupun menyimpan sekecil-kecil perasaan dendam.




Zara menyudahi bacaan Al Quran. Lalu dia duduk berhadapan dengan cermin. Menatap lekat wajahnya yang bersih tanpa cela.

"Awak suka Raqib, Zara?" Suara yang tiba-tiba muncul menyentakkan Zara.

"Awak ni Aini, terkejut saya tau." Zara mengusap perlahan dadanya. Aini tersenyum lalu mendekati Zara.

 Berhenti MencintaiWhere stories live. Discover now