Bab 23

45 6 28
                                    

Raqib membuka pintu hotel yang menempatkan dua orang penzina.

Wajah Qaisarah dan Ikram menjadi santapannya.

"Kau buat apa dalam bilik aku, Raqib?" Soal Qaisarah sambil berpeluk tubuh.

Raqib hanya diam, matanya memandang ke arah Ikram sambil tersenyum sinis.

Ikram memandang Raqib, cuba memproses apa yang ingin disampaikan oleh Raqib. Seketika matanya membulat. "Kau jangan cakap!" Ikram merempuh badan Raqib untuk masuk ke dalam bilik hotel.

"Zara! Apa kepala otak kau fikir ni?"

Zara yang berada di sisi katil hanya menunduk sambil memainkan jari jemarinya. Dia tak tahu nak sorok mukanya di mana sekarang.

"Zara! Mana maruah kau!" Ikram menjerit di hadapan muka Zara.

Memang Raqib ada memberitahunya akan hal yang mahu dirancang. Dan Ikram hanya mengambil remeh tentang hal itu. Kerana dia yakin, wanita seperti Zara tidak akan jatuh tersungkur hanya kerana seorang lelaki.

Tapi apa yang berlaku depan matanya telah mencaritkan tangkai hatinya. Tidak tahu mengapa hatinya begitu sakit. Tapi dia tidak sanggup melihat wanita senaif Zara berubah menjadi begini.

Mengingatkannya pada sosok wanita bernama Aini syakira, cinta hatinya. Ketika pertama kali mereka berjumpa, Aini begitu polos di matanya.

Walaupun mereka berdua telah berpakaian lengkap. Tapi Ikram yakin Raqib telah pun berjaya menjalankan rancangannya yang selama ini dirancang. Dan paling sial sekali, dia turut membantu memberikan idea.

"Zara aku tanya kau ni! Apa yang kau dah buat! Senang macam tu je kau serahkan diri kau pada Raqib!" Suara Ikram naik seotaf menahan rasa gelora didada.

Raqib datang ke arah Ikram.
"Sudah lah bro, jangan over sangat."

Ikram memandang Raqib geram. Tangannya naik mencengkam kolar Raqib.

"Apa kau dah buat setan! Perempuan suci ni bangang!"

"Aku akan kahwin dengan dia lah, kau tak payah nak tunjuk alim dekat sini." Raqib mengangkat tangannya, dia mahu Ikram melepaskan kolarnya.

"Aku dengan Zara akan balik ke Malaysia harini. Kau dengan Sarah stay lah kalau nak. Kitaorang gerak dulu. Jom sayang." Raqib menarik Zara untuk keluar dari bilik hotel itu. Zara menarik beg luggage nya.

Beg Raqib dia tidak bawak sekali, biasalah orang kaya. Raqib hanya membawa dompet dan phone bersama.

Qaisarah yang sedari tadi memerhati perbalahan mereka hanya berpeluk tubuh dari luar bilik hotel.

"Aku dah cakap, jangan disebabkan laki kau gadaikan Iman kau. Tapi see, apa yang terjadi dekat kau. Kau kalah Zara kau kalah." Qaisarah membisik apabila Zara melintasinya.

Zara hanya menjeling sekilas.

"Zara!! Kau keluar!" Pakcik Mail yang baru sahaja sampai di halaman rumahnya terus melaung kuat nama Zara.

Lamunan Zara mati apabila mendengarkan teriakan si ayah.

Zara dan Yaya muncul bersamaan di hadapan muka pintu rumah. Zara melihat di tangan abahnya sedang memegang sebilah parang dan wajah abahnya bengis seperti menahan amarah.

 Berhenti MencintaiWhere stories live. Discover now