Bab 10

46 12 7
                                    

   "Aini, sudahlah tu menangis. Tengok mata awak, dah bengkak dah." Sudah setengah jam Zara memujuk Aini supaya berhenti menangis namun usahanya sia-sia. Tangisan Aini semakin menjadi-jadi.

Zara mengusap belakang Aini. Dia dah buntu mahu memujuk rakannya itu.

Malam ni merupakan malam yang paling serabut buat Zara. Lepas satu, satu jadi. Dari tadi dia tak boleh nak tidur.

"Hiks... Saya sayang sangat dekat jantan tu. Saya bagi dia macam-macam! Tapi sikit pun dia tak hargai! Dia buat saya ni macam barang! Bila dia takda perempuan lain, dia datang dekat saya tapi bila dah ada perempuan baru..." Aini jeda seketika. "Terus dia lupakan saya huaaaaaaa jantan tak guna!" Sambung Aini dengan tangisan yang semakin kuat.

"Haih mati lah nak." Sungguh, Zara sudah kehabisan tenaga untuk memujuk Aini. Lantas dia merebahkan tubuh ke katil dan tidak semena-mena dia terlelap di situ.



    KRING

Bunyi bising menyedarkan Zara dari tidur. Mata dibuka perlahan bagi menghadam cahaya matahari yang menerobos masuk ke dalam kornea.

Wajah Aini yang comot dengan make up menghiasi pandangan Zara.

Zara terlihat jam dinding yang tergantung di bilik Aini.

"Pukul 7! Subuh aku!" Jeritan Zara berjaya menyentakkan Aini.

"Apa-apa? Terbakar ke ha?! Ha?" Zara melihat Aini seperti ayam yang baru lepas bertelur.

Tanpa berkata-kata apa-apa, berdesup Zara berlari masuk ke biliknya untuk menunaikan solat subuh yang terbabas.

"Ya Allah hiks saya minta maaf. Saya tak sengaja meninggalkan solat subuh. Ya Allah, ampunilah dosa saya hiks insyaAllah lepas ini tak mungkin terjadi lagi. Saya betul-betul tidak sedar tadi. Ampunilah aku, ya Allah. Sesungguhnya Engkau Maha pengampun. Aamiin."

Zara termenung. Apa yang membuatkan dia bangun lambat ya? Sebelum ni, kalau dia tidur lambat pun, subuh dia tetap tepat pada waktu.

Sebab jam loceng ke eh? Tapi dia tak gunakan jam loceng untuk bangun tidur. Ke sebab Allah memang tak nak dia bangun? Hiks

Haish Zara! Jangan buruk sangka pada Allah. Mungkin sebab Allah nak bagi kau rehat je kot. Lagipun kau bukan sengaja. Mesti Allah faham.

Zara berusaha untuk menyakinkan dirinya. Jika tidak, hidupnya tidak akan tenang kerana rasa bersalah yang menggunung.




Zara yang sedang memasak nasi goreng menoleh apabila terdengar bunyi kaki kerusi diseret.

"Arghh!" Sudip yang berada di tangan terlepas.

"Mata panda ke mata burung hantu tu, Aini!" Zara bergegas menutup gas dan menuju ke arah Aini untuk melihat gadis itu dengan lebih jelas.

Mata Aini! Dah macam orang baru lepas kena tumbuk!

"Pft hahaha! Aduh, sakit perut haha!" Zara tidak mampu menahan ketawanya.

"Eee tak lawak! Huaaa saya dah tak cantik!" Aini menekup wajahnya ke atas meja.

Zara menggeleng kepala lalu menuju ke peti ais.

"Nah, letak ais ni dekat bawah mata tu. Lama-lama nanti hilanglah." Zara tersenyum lalu kembali ke arah kuali yang berisi nasi gorengnya tadi.

Selepas menyedok nasi goreng ke dalam mangkuk, Zara menghidangkannya di atas meja makan.

"Nah, nasi goreng je saya sempat masak. Sebab tadi terbangun lewat."

"Saya minta maaf, Zara.  Disebabkan saya semalam, macam-macam benda jadi dekat awak sampai awak terlepas subuh." Aini mencebirkan bibirnya.

"Takpelah, kita kan kawan. Mestilah kena susah dan senang sama-sama." Zara membuat peace sambil tersenyum

 Berhenti MencintaiWhere stories live. Discover now