Bab 27

35 5 18
                                    

Zara membuka matanya perlahan, hidungnya terasa menyengat dengan bau yang sangat hanyir di sekelilingnya.

Sakit, ya tubuhnya dirasakan sakit yang teramat, lagi-lagi dibahagian mukanya kerana jatuh tersembam.

Zara mengangkat wajah perlahan sambil berdesis kecil.

tangannya menongkat di sisi bagi menyeimbangkan badannya untuk bangun,.

Permukaan lantai yang belendir membuatkan Zara memandang ke arah lantai semula.

Warna merah pekat yang bercampur dengan warna hijau seolah-olah seperti nanah berjaya meloya kan anak tekak zara, tidak semena tekaknya mengeluarkan muntah.

"Allah!" Selesai mengeluarkan isi, Zara menguatkan tenaganya untuk berdiri dan menjauhkan muka dari tempat yang menjijikkan tadi. Apabila dia berjaya berdiri, matanya mula meliar memandang keadaan sekeliling, dirasakan sedang diperhatikan oleh seseorang.

Zara mula melangkah maju apabila terlihat seorang wanita yang berpakaian labuh berwarna putih, rambutnya mengalun lembut, wanita itu tersenyum ke arahnya sambil melambai supaya mendekat.

Zara berhenti seketika apabila memorinya sebentar tadi di ulang tayang, bagaimana jika wanita ini adalah makhluk yang mengheret nya tadi?

Zara melihat kembali keadaan di sekelilingnya, kosong, ruang itu hanya lah ada lantai yang berlendir semata-mata, zara tidak faham dan tidak mengerti apa yang sedang berlaku pada dirinya, dia hanya mahu pulang dan ini bukan tempatnya.

"ini tempat kau, dan selayaknya untuk kau," Bahu zara terhinjut kecil apabila mendengar suara yang berada tepat dihadapan wajahnya.

Wanita tadi. Wanita yang berada jauh dari dirinya, boleh dianggarkan jaraknya mencapai beratus-ratus meter, dia muncul. Dia muncul di hadapannya dengan sekelip mata.

Zara terkedu, kakinya mengundur kebelakang. "kau.. Kau siapa?" perut zara terasa kecut apabila melihat wanita itu tersenyum sinis.

"jangan takut, aku adalah engkau, lihat lah diriku, lihatlah baju aku dan lihatlah rambutku, cantik bukan? Ini lah diri kau sebelum kau berpaling dari Tuhan mu." wanita itu tersenyum lalu memusing-musingkan badannya dengan wajah yang manis.

"Dan lihatlah dirimu Az-Zahra, lihatlah dirimu sekarang." Dia menunjuk ke arah Zara dengan wajah yang bertukar menjadi bengis.

Zara meraba wajahnya, menyentuh pakaiannya dan memegang kepala.

"apa yang tidak kena pada aku? Kau siapa nak mengaku kau itu adalah aku? Aku adalah aku dan kau adalah kau." Zara pelik, muka mereka jauh beza, mengapa wanita di hadapannya ini mengaku dia adalah dirinya.

Wanita itu mendekat, dia menangis. "aku adalah engkau sebelum engkau berpaling, aku bahagia di tempatku, aku merupakan wanita yang cantik di sana, aku sentiasa diberikan pakaian yang cantik, aku sentiasa mendapat makanan yang lazat, aku bahagia. Tapi kau! Engkau hancurkan segalanya!" Daripada tangisan yang sayu, wanita itu menjerit bagai orang gila.

Mata Zara membulat, wajah putih bersih wanita itu perlahan-lahan menggelupas dan digantikan dengan kulit berwarna hitam, seolah-olah dibakar.

" Arghh!" Wanita itu memegang wajahnya sambil menjerit nyaring.

"ini yang akan terjadi padaku, setiap kali kau melakukan dosa Az-Zahra, sakit! Aku sakit!" Tubuh wanita itu menggeletar akibat sakit yang teramat.

Zara tergamam, tubuhnya turut menggeletar.

"kembalikan dirimu yang dulu Zara, aku mohon, jangan engkau menyeksaku lagi, aku mohon Az-Zahra." Perlahan-lahan wanita itu hilang menjadi debu.

Mendengarkan kata-kata yang di lontarkan oleh wanita tadi, Zara kembali teringat perilakunya ketika bekerja di kuala lumpur dan memori bersama Raqib memenuhi isi kepalanya.

 Berhenti MencintaiWhere stories live. Discover now