Bab 29

47 6 22
                                    

Ikram mundar mandir di hadapan pintu wad. Wajahnya mempamerkan riak risau.

Macam mana kalau dia mati?

Ikram pantas menggelengkan kepalanya.

Tak, tak. Dia tak boleh mati.

Ikram melutut sambil meramas rambutnya dan dengan tiba-tiba dia melakukan senaman push up. Itulah senaman yang menjadi penenang untuknya ketika sedang stress.

Orang awam yang lalu memandang pelik ke arahnya. Ada juga yang membuat muka kesian. Mungkin mereka fikir 'muda-muda dah gila."

Pintu wad dibuka. Sosok seorang doktor muncul dari situ.

Ikram pantas berdiri. "How is she?" soalnya sambil memegang dan menggoncang kecil bahu doktor itu.

"Wow... Calm down, sir." Doktor itu ketawa kecil melihat tingkah jejaka di hadapannya. Cemas semacam.

Mungkin wanita itu isteri kepada jejaka ini.

"She's fine. Maybe she had a nightmare earlier? I couldn't confirm that because when I checked on it, her pulse rate and heart rate are normal."

"So when will she wake up?” tanya Ikram. Keluhan panjang dilepaskan. Lega mungkin.

"I'm not sure about that, I've never had a patient like this before. She is in a coma but his body is like a sleeping person. She's crying, smiling, and showing all emotions like she's awake and not in a coma state.” Wajah doktor itu berkerut.

Ikram mengangguk. Dia yang selama ini menjaga Zara ketika koma dan dia juga menyaksikan segala tingkah Zara. Paling menakutkan apabila wanita itu menjerit seperti kesakitan dan menangis dengan sangat kuat. Tapi apabila dia menyuruh doktor supaya membuat pemeriksaan, doktor mengesahkan semuanya normal dan tiada apa-apa yang pelik.

Macam mana orang yang disahkan koma boleh berperilaku sebegini?

Selepas selesai berurusan, Ikram melangkah masuk ke dalam wad yang menempatkan Zara.

Duduknya dilabuhkan di atas kerusi bersebelahan dengan katil Zara.

Bilik wad mewah itu ditempah khas untuk Zara. Ikram berasa bersalah terhadap wanita cantik ini. Jika dia tidak menurut kehendak wanita ini, pasti semua ini tidak akan terjadi.

"Aku minta maaf, Zara. Kau janganlah menangis lagi. Kau buat aku takut, lagi-lagi kalau malam. Dah macam pontianak kau tahu tak." Ikram merenung wajah Zara. Wajah berbalut penuh.

Akibat rempuhan yang amat dahsyat pada malam tu, wajah Zara hampir hancur sepenuhnya. Ikram ingin pihak hospital melakukan pembedahan segera pada wajah Zara, namun risiko yang yang perlu ditanggung adalah tinggi. Apatah lagi keadaan Zara sedang koma.

"Kalaulah aku tak fikirkan dia tu kawan aku dari kecil, dah lama aku bunuh dia untuk kau." Ikram bergumam kecil.

Selepas kejadian itu, teruk Ikram belasah Raqib. Hampir hancur wajah jejaka itu dikerjakan olehnya. Hanya seminggu di dalam penjara, Raqib akhirnya dibebaskan. Betullah kata orang, mahkamah dunia sungguh tidak adil. Raqib diikat jamin oleh jurulatihnya sendiri. Lagipun tiada bukti yang menunjukkan Raqib menolak Zara, maka tiada hukuman apa-apa oleh pihak mahkamah.

Keluar sahaja dari penjara, Raqib mencari Ikram untuk menanyakan keadaan Zara. Nak tak nak, dia terpaksa palsukan kematian Zara. Dia tak nak Zara hidup dalam bahaya.

Raqib bukan boleh percaya, manusia berhati iblis.

Seketika kemudian, bunyi ketukan muncul pada pintu wad.

Ikram menoleh.

"Alana." Ikram berdiri.

"Hai Ikram, how is she?" Wanita berdarah Scottish itu tersenyum manis.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 01 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

 Berhenti MencintaiWhere stories live. Discover now