Bab 17

33 5 16
                                    

Zara mengambil baju abaya bewarna hitam dipadankan dengan tudung bewarna silver.

Melihat penampilan sendiri di dalam cermin yang bersaiz 12-30cm. Zara memusingkan-musingkan tubuhnya sambil tersenyum.

Haih jatuh cinta untuk kali kedua.

Sedang ralit menghasilkan karya pada wajah. Hon kereta berbunyi, menandakan ada orang di hadapan rumahnya.

Mesti Raqib.

Zara mencapai beg tangan bewarna hitam yang berada di atas tilam, lalu bergerak turun ke bawah.

Sesampainya di bawah. Kelihatan Raqib yang sudah membukakan pintu kereta untuknya.

Sweet kan?

Zara tersenyum sambil melangkah masuk ke dalam kereta.

Sepanjang perjalanan, tidak berhenti mulut Raqib berceloteh tentang kereta yang dipinjamnya dari Ikram.

Atau lebih specific nya. Curi.

"Tak baik tau awak buat Ikram macam tu." Zara ketawa kecil.

"Dah dia yang kedekut sangat, lepastu perli- perli I, kata I miskin. Benganglah I, itu yang I rembat kereta dia."

"Awak takda kereta sendiri ke? Kenapa awak tak beli kereta?"

"Siapa kata I takda kereta? Berbiji-biji kereta, I ada. Jangan pandangku sebelah mata, kerana hanya aku tiada kereta." Raqib menyanyikan lagu seksis dari Anita serawak.

"Best pulak kan lagu ni? Jangan pandang aku sebelah mata, hanya kerana nama ku wanita. Walau ada kelemahannya. Engkau pun apa tidaknya. Jangan pandang aku sebelah mata. Nanti kejatanan mu tercabar. Takkan ku menyerah kalah. Kerana matamu berat sebelah. Temahanmu akan ku tepis. Selagi persis, tak terkikis seksis." Raqib menggoyang-goyangkan badannya.

Macam mana dia tahu lagu ni? Semua salah Ikram. ada ke patut pergi letak ringtone phone call menggunakan lagu ni?

"Eh awak ni, bawak kereta elok elok." Sikit lagi kereta yang di pandu oleh Raqib ingin masuk ke dalam line kereta lain.

Raqib hanya tersengih.

Raqib memilih pavilion mall untuk membeli belah baju yang akan di pakai oleh Zara malam ni.

Puas Zara menolak, baju dia dekat rumah banyak je yang cantik-cantik tapi kalau sudah bertikam lidah dengan lelaki yang bernama Muhammad Raqib. Tiada istilah menang bagimu.

Mereka berjalan memasuki pavilion, mata-mata langau mula memerhatikan mereka. Entah apa yang menarik perhatian mereka. Sama ada Raqib atau Zara. Entah siapa yang menjadi pusat pemerhatian.

Zara melihat menampilannya. Kampung sangat ke pakaian aku?

Raqib menarik Zara masuk ke dalam sebuah kedai yang tertera nama reem acra.

Nate apo namo gitu

Zara hanya melihat Raqib yang sedang mencari baju untuknya, ada seketika Raqib menggaru belakang lehernya. Adakala dia menjeling Zara.

"Ada tak dress for hijabi women?" Raqib bertanya kepada pekerja kedai yang sedari tadi mengikutinya kemana saja. Naik rimas!

"Ouh kalau dress full cover mostly dah takde stock. But we have only one design and one colour."

"Okey, show me then."

Pekerja itu berlalu pergi. Kemudian kembali dengan membawa tempat penggantung baju beroda. Di mana baju itu tergantung

It's look really exclusive and expensive.

Mata Zara tidak terkelip melihat dress yang di tayangkan di hadapan Raqib. Dia melangkah ke arah Raqib untuk melihat pakaian tersebut dengan lebih jelas.

 Berhenti MencintaiWhere stories live. Discover now