Bab 9

34 11 3
                                    

Raqib menumbuk wajah lelaki warga negara Scotland itu beberapa kali untuk melepaskan rasa sakit di hatinya.

"Hey! What's wrong with you, Raqib!" Seorang wanita warga asal tanah itu menolak tubuh Raqib daripada terus memukul teman lelakinya.

"You asked me what wrong with me?! Why don't you ask yourself, Alana Dunsmore!" Suara Raqib memetir di khalayak ramai.

Niatnya cuma ingin keluar mengambil angin, tetapi entah apa bala dia hari ini bila dia secara tidak sengaja bertemu dengan bekas kekasihnya yang sedang bermesra bersama salah seorang ahli pasukan bola sepaknya.

"Raqib, why don't you forget about our story? It's already ended and you need to move on!"

"Move on? Wah! Easy for you but not for me! You know why move on is an easy thing for you?" Raqib merapatkan kedudukannya dekat dengan Alana.

"Because your love is cheap!  The same goes for your body. I don't understand why I can love a woman like you. Such a bastard."
Raqib meludah ke tepi wajah Alana.

"I left you because of your religion. After I know what your religion is, I don't want to take you away from your God... hiks... I don't want to leave my religion just because to marry you and I don't want you to leave your God just to marry me!" Alana menangis teresak di hadapan Raqib.

"I will! I will leave my religion if that is the only thing that I can do to take you as my wife!" Sungguh, Raqib sudah jauh terpesong.

"Raqib! What the fuck are you saying?! Ansey, let's go." Ma mahu melayan perangai Raqib yang panas baran, Alana bergegas menarik tangan teman lelakinya untuk segera meninggalkan tempat itu.

Disebabkan perkara ini, satu Scotland viral tentang permain bola pasukan negara mereka yang bertumbuk dan jelas di dalam video itu Raqib yang memulakannya.

Disebabkan itu jugalah Raqib digantung selama 5 bulan dan perlu pulang ke Malaysia untuk mengelakkan diri daripada wartawan dan gosip yang sedang hangat diperkatakan.



   "Ikram, teman aku kejap." Raqib bingkas bangun dari duduk lalu menarik lengan Ikram supaya mengikutinya.

"Eh nak pergi mana? Rilek lah. Air pun tak minum lagi, tak baik membazir."

"Ala ikut jelah!" Sambil Raqib menarik lengannya, Ikram sempat lagi menarik pinggang kekasihnya.

"Eh eh saya tengah kerjalah!"

"No. Sayang kena ikut I sekali. About your boss, it's okay because I'm your boss huahua." Aini mengulingkan mata ke atas.

Aini memerhati jalan yang diambilnya oleh kekasih dan sahabat kekasihnya itu.

Ini jalan nak balik rumah aku ni.

Ikram mengerling sekeliling kawasan itu. Ini macam jalan nak ke rumah girlfriend aku ni.

Betul tanggapan mereka, Raqib memberhentikan motorsikal berkuasa tingginya betul-betul di hadapan rumah Aini.

"Woi, Raqib! Kenapa kau datang rumah Aini ha?" Ikram tak puas hati, Raqib dan Aini ada apa-apa affair ke?!

Melihatkan pintu yang tidak bertutup, Raqib terus mencabut helmetnya lalu masuk ke dalam rumah tanpa menjawab pertanyaan Ikram.

Raqib tidak menemui sebarang keanehan sebaik memasuki kediaman itu. Rumah tidak bersepah dan tiada kaca yang pecah .

Iyalah, tadi dalam phone bunyi macam kena culik. Mestilah rumah kena bersepah. Ini tidak. Tersusun bersih saja semua perabot dan barang dalam rumah.

Terdengar akan suara yang riuh datang dari arah dapur, Raqib bergegas menuju ke situ.

 Berhenti MencintaiWhere stories live. Discover now