Bab 14

33 8 11
                                    

"Ikram, kau boleh tolong aku tak?" Raqib mendekati Ikram yang sedang menonton TV di ruang tamu rumah. Dia kemudiannya menghulurkan mug yang berisi air kopi kepada Ikram.

"Tolong apa?" Ikram menyambut huluran Raqib tanpa mengalihkan tumpuannya dari TV. Sekarang sedang berlansungnya rancangan kegemarannya. Untuk kelipkan mata saja dia tidak sanggup, apatah lagi untuk mengalihkan pandangannya.

Raqib melabuhkan duduk di sebelah Ikram. Dia mencapai remote lalu menutup TV dengan serta-merta. Raqib tahu kalau si Ikram ni sudah melihat BoBoiBoy, susah untuk lelaki itu memberikan sedikit perhatian kepadanya.

"Apa kau ni? Bak balik remote tu." Ikram ingin merampas semula remote yang berada pada tangan Raqib namun Raqib dengan pantas melayangkan alat kawalan jauh itu ke udara supaya Ikram tidak dapat mencapainya.

"Raqib, aku serious sekarang ni tau! Aku dah tunggu citer ni seminggu kot!" Ikram meramas-ramas rambutnya. Menandakan dia betul-betul tengah stress.

"Eh Ikram, citer BoBoiBoy kau tu ada dekat Netflix tau, nanti kau tengoklah balik. Sekarang ni masalah kawan kau lagi penting dari BoBoiBoy kau tu." Raqib menghirup air kopinya dengan tenang. Remote dia masukkan ke dalam poket seluarnya.

Tak guna punya Raqib! Mengacau waktu aku bersama BoBoiBoy aje!

"Ha, apa masalah kehidupan kau tu? Bagitahulah cepat." Ikram mengalah.

"Ajar aku macam mana nak mengurat perempuan yang berbalut." Raqib mengangkat keningnya secara berulang kali.

"Apahal kau tanya aku pulak! Kau bukan lagi terer ke dari aku?" Ikram menjeling lalu menghirupkan air kopi yang dibancuh oleh Raqib tadi.

Ni mesti rasuah ni! Aku dah agak punya, Raqib baik mesti ada makna.

"Ala memanglah, tapi aku membuaya dengan perempuan seksi-seksi aje. Kau kan pernah membuaya dengan perempuan pakai tudung?"

"Ermm kenapa? Belum apa-apa lagi dia dah reject kau ke?" Ikram tergelak sinis.

"Macam gitulah kira-kira. Ni aku merajuk pun dia mana ada pujuk. Mesej pun tak! Apalagi nak call." Raqib mendengus perlahan.

"Kau merajuk sebab apa pulak?"

"Sebab dia sama macam family aku, tak bagi aku cakap buruk-buruk tentang tok ki." Raqib mengerunyutkan wajahnya.

"Lah, lepas tu kau bagitahu tak yang kau tengah merajuk?"

"Gila kau! Mana pernah orang merajuk bagitahu yang dia tengah merajuk?" Soalan tu agak-agaklah Ikram oi. Ada kena jugak dengan aku ni.

"Kau pun satu, perempuan macam tu mana nak notice benda benda macam ni. Lagi-lagi korang baru kenal. Takdanya perempuan tu nak kisah pasal kau ni." Ikram merenung Raqib atas bawah lalu menaikkan hujung bibirnya ke atas.

"Kitaorang pernah satu sekolah." Raqib mengeluh perlahan lalu mencapai jajan yang berada di atas meja kopi.

"Serious ah? Wah!" Ikram menyiku bahu Raqib berkali-kali.

"Sekarang ni aku nak kau tolong aku macam mana nak dapatkan perempuan tu."

" Nama dia siapa?"

"Zara. Idalya Az Zahra." Raqib tersenyum sinis.

Sedang mereka asyik bermain bola, tanpa sedar masa pertama telah pun tamat. Raqib berjalan menuju ke astaka yang berada di tepi padang untuk minum air dan berehat sebentar.

Raqib dengan selambanya membuka baju jersey dari tubuh putihnya. Sedang dia berjalan dalam keadaan badannya terdedah, matanya tiba-tiba terpandangkan satu sosok wanita yang berada di tangga astaka. Si wanita sedang memerhatikannya dengan wajah yang agak terkejut. Mungkin dia ingin naik ke kelas.

Raqib menyinis sambil mengenyitkan mata kepada perempuan tu.

Zara yang baru balik dari perpustakaan segera mendaki anak tangga untuk naik ke kelas. Dia memandang ke arah padang kerana ingin melihat Raqib a.k.a cinta pandang pertamanya.

Zara tahu, jika sekolahnya mengadakan pertandingan bola sepak, mesti akan Raqib turut serta. Kerana itu merupakan kegilaan bagi lelaki tersebut.

Tanpa sengaja, Zara melihat Raqib yang sedang berjalan ke arah astaka. Dengan tiba-tiba sahaja, jejaka itu membuka bajunya tanpa segan silu di khalayak ramai. Zara terpaku, matanya tidak berkelip memandang tubuh Raqib yang putih melepak itu.

Sedang asyik Zara merenung, dia terpandangkan mata Raqib yang sedang memandangnya dengan satu kenyitan mata berserta senyuman.

Zara dengan tergopoh-gapah memanjat kembali anak tangga lalu masuk ke kelas.

"Oi kau dengar tak aku membebel ni?" Ikram mengetuk kepala Raqib.

"Sakit, bangang!" Raqib menggosok kepalanya. "Ha, kau cakap apa? Aku tak dengar."

"Kau ni, kalau aku bunuh apa pun tak dapat. Aku dah berfikir, dia kan perempuan yang menjaga semua benda so kau tak boleh nak ajak dia keluar sesuka hati. Lagi lagi kalau nak keluar malam. So aku sarankan kau kena berlakon macam tersakiti, walaupun kau memang tersakiti." Raqib mengerutkan keningnya. Mengarut apa jantan ni?

"Haih kau ni, kau ceritalah kau kena halau rumah ke takda duit ke. Cerita pasal kau kurang kasih sayang. Alah macam kau nak raih simpati dia. Perempuan macam ni dia mudah nak kesiankan orang so kau buat lah semua tu sampai dia jatuh kasihan." Berapa banyak kali entah jantan ni so so

Raqib tersenyum.

"Nama awak siapa?" Wanita di hadapannya ini tersenyum manis.

Selepas perjumpaan mereka berlima tadi, abang kepada Raqib yang bernama Raikal mengajak Raqib untuk berbincang.

Tak tahulah bincang tentang apa, mungkin tentang family diorang. Manakala bekas isteri abang Raqib pula mengajak Zara ke cafe yang berdekatan dengan tasik. Jadi di sinilah mereka akhirnya.

"Nama saya Zara. Idalya Az Zahra." Zara tersenyum manis.

"Cantiknya nama awak." Aisya melihat Zara dengan penuh minat."Nama akak Aisya Humairah, panggil je kak Sya. Zara dah lama ke kenal dengan Raqib?" Aisya menyoal.

"Kami kawan daripada sekolah menengah. Tapi waktu sekolah dulu, kami tak rapat pun. Kenal sebagai school mate je." Zara tersenyum malu.

"Ouh jadi Zara dari Kota Tinggi lah ya?" Zara hanya mengangguk. "Sekarang ni korang ada apa-apa ke?" Soalan yang sangat tiba-tiba bagi Zara.

"Eh tak lah, kami kawan je, kak Sya." Zara menggaru keningnya yang tidak gatal.

"Tapi kak Sya tengok macam ada apa-apa je." Aisya senyum mengusik.

"Takpelah kalau takde apa-apa, tapi kalau suatu hari nanti korang ada apa-apa, kak Sya harap sangat Zara dapat jaga Raqib. Kak Sya dah anggap dia macam adik kak Sya sendiri. Dah banyak benda dia lalui dan pendam. Jadi Zara bolehlah jadi penguat untuk dia ya?" Zara terdiam tidak mampu membalas. Matanya dialihkan memandang Haikal yang berada di sebelah mamanya.

"Awak, saya nak balik. Dah nak maghrib ni." Zara mendekati Raqib yang sedang berada di sebelah motornya. Sedari tadi Zara melihat Raqib memandangnya tidak lepas. Dari dia berpamitan dengan kak Sya sehinggalah tiba tepat-tepat di hadapan lelaki itu.

"Jom." Belum sempat Raqib memakaikan helmet di kepala Zara, gadis itu cepat-cepat menghalangnya.

"Eh takpe, saya boleh naik grab. Dah order dah pun." Zara menunjukkan screen telefonnya di hadapan muka Raqib.

Tanpa berkata apa-apa, Raqib mencapai telefon di hadapannya lalu membatalkan pesanan tersebut.

Zara melopong. What the..

"Raqib, apa awak buat ni? Bak sini phone saya." Zara ingin mencapai telefonnya kembali dari pegangan Raqib. Namun usahanya sia-sia apabila Raqib bertindak melayang-layangkan telefonnya ke atas dan ke belakang badannya.

Zara sudah mahu menangis.

Raqib yang perasan hal itu segera menghentikan tawanya lalu menyerahkan kembali telefon milik Zara.

"I'm sorry, okay? Jom balik, you datang dengan I jadi balik pun dengan I juga. Mana boleh you curang dengan abang grab. Depan mata pulak tu curang." Tanpa berlengah Raqib memakaikan Zara helmet.

 Berhenti MencintaiWhere stories live. Discover now