Bab 5

58 12 7
                                    

Zara memandu kereta saga milik ayahnya memasuki pagar rumah teres satu tingkat yang berwarna oren bata.

"Ha awak Zara kan? Kan? Kan?" Belum sempat Zara menutup pintu kenderaannya, dia sudah diserbu oleh wanita yang agak seksi dan tingginya yang kurang kalsium.

Ehemm, cakap ajelah pendek..

"Assalamualaikum. Ya, saya Zara." Walaupun agak kebingungan disergah begitu, namun bibir Zara tetap dihiasi dengan senyuman.

"Hehe waalaikumusalam, saya Aini. Housemate awak." Aini menghulurkan tangannya untuk bersalam.

Zara menyambut.

"Eh meh lah masuk, sini saya tolong awak angkat barang." Zara yang ingin menuju ke bonet kereta dihalang oleh Aini.

"Eh takpe saya boleh angkat sendiri." Zara menolak.

"Eh biarlah saya tolong." Aini menolak sedikit tubuh Zara ketepi.

Walaupun tolakan itu tidak kuat mana, namun tubuh Zara hampir sahaja terpelanting.

'Uish, ganas betul.'

Zara yang melihat Aini menggalas hampir kesemua begnya hanya mampu melopong kagum.

Gila kuat.

Zara melangkah masuk dengan membawa beg luggage sahaja.

Sebaik sahaja memasuki bilik beradunya, Zara terus merebahkan tubuh ke atas tilam yang bersaiz single.

Sengihan terlepas dari ulas bibir cantiknya.

"Kenapa awak malukan diri awak sendiri wahai Idalya Az-zahra!" Zara menutup wajahnya menahan rasa malu.


Tubuh Zara terus terkaku sekali lagi tetapi kali ini seolah-olah terkena renjatan elektrik.

Melihat kebisuan dari Zara, Raqib menahan tawa.

"Hey, rileks." Raqib tersenyum memaparkan barisan gigi yang begitu sempurna.

"Ermm sa..saya minta diri dulu lah." Di dalam fikiran Zara sekarang ini hanyalah untuk beredar dari situ dengan segera.

"Hey wait, can I know your name, sweety?"

"Ha? Erm aa ma maaf encik saya pergi dulu." Zara melangkah beberapa langkah namun pergelangannya diraih oleh Raqib.

"Apa ni?!" Laju Zara menepis.

"So.. sorry my bad" Raqib menilik pakaian wanita dihadapannya.

Patutlah. Not like other girls, not a cheap one, but we don't know..

"But before you go, can I have your number? Please..." Raqib mula mengeluarkan senjatanya.

"Maaf, saya pergi dulu." Tanpa menunggu, Zara terus melangkah pergi.

Raqib tersenyum sinis.

We'll see, sweetie.


"Raqib! Bangunlah." Angel muncul dari balik pintu.

"Oi bangunlah, aku nak minta tolong ni." Badan Raqib digoncang apabila dia melihat tiada tindak balas dari jejaka tersebut.

"Emmmm." Rengek Raqib.

"Aku nak minta tolong hantarkan anak abang sulung kau ni."

"Kau dengar tak?"

Angel merengus kemudian menarik rambut abang kembarnya.

"Sakitlah, bodoh! Lepas lepas!"

"Ha bangun pun, ni tolong aku eh? Aku tak sempat nak hantar Haikal pergi sekolah hari ni. Jadi, engkau sebagai Pak Ngah yang baik lagikan baik hati tolong hantarkan ya?"

 Berhenti MencintaiWhere stories live. Discover now