Bab 18

31 6 5
                                    

Zara melajukan hayunan kakinya untuk mengejar langkah Raqib.

"Raqib!" Tanpa sedar, Zara memegang tangan Raqib bagi menghalang lelaki itu dari meneruskan langkahnya.

Raqib menoleh dengan mata yang merah, seperti sedang menahan tangisan.

Tersedar yang dia masih memegang tangan Raqib, cepat-cepat Zara melepaskan pegangan tersebut.

Zara mengeluh perlahan. Dia rasa bersalah. Bukan niatnya mahu membuat jejaka itu berasa sedih.

"Saya minta maaf, okey? Awak jangan macam ni. Saya tak sengaja. Saya janji, saya takkan buka lagi soal family awak," tutur Zara bagi memujuk hati si jejaka idamannya.

Raqib merenung ke dalam mata Zara. Renungannya bagaikan mahu meraih simpati gadis itu. Bibir tersenyum sinis.

"You don't deserve me. You orang yang baik, dari family yang baik-baik dan I pula?" Raqib menggeleng-gelengkan kepalanya. "I rasa kita patut lupakan je semua ni. You layak untuk dapat lelaki yang jauh lebih baik." Raqib berpaling.

Zara resah. Dadanya sesak. Tak! Dia mahukan Raqib, selama betahun-tahun hati dia mendambakan jejaka itu. Tak mungkin dia akan lepaskannya lagi untuk kali ini.

Dia sudah muak menahan perasaan, dadanya terasa seperti ingin meletup.

"Saya cintakan awak! Dari dulu sehingga ke saat ini. Hati saya hanya pada awak. Awak cinta pertama saya, Raqib." Tubir matanya mulai basah.

"Saya tak tahu macam mana nak lupakan awak. Saya pernah cuba untuk luahkan pada awak dulu. Tapi awak dah takda, awak pergi macam tu saja. Saya ingatkan bila kita tidak berjumpa, saya mampu untuk lupakan saya. Tapi saya silap.." Zara jeda seketika.

"Selepas pertemuan pertama kita di cafe hari tu, jantung saya berdetak hebat. Sekali lagi saya jatuh cinta pada orang yang sama. Saya mohon pada awak. Tolong jangan seksa lagi hati saya? Izinkan hati saya untuk terus mencintai awak." Zara mula teresak. Sungguh dia takut kehilangan Raqib.

"Shushh I'm sorry okay? Okay I promise, I takkan tinggalkan you. I'll be there for you, always." Raqib menyentuh kedua belah bahu Zara.

Zara tak selesa bila diperlakukan seperti itu, tapi dia hanya merelakan sahaja. Tidak mengapa, berlapik.





Mereka sama-sama menikmati pemandangan dari dalam kereta. Zara menilik jam di pergelangan tangannya. Pukul sebelas malam.

Raqib menoleh pada Zara. "Hey are you okay, sweetie?"

Zara menatap wajah Raqib sambil tersenyum, mengiyakan pertanyaan Raqib.

"Cantiknya awak, first time saya dapat tengok bandar Kuala Lumpur pada waktu malam. Cantik sangat, dengan lampunya lagi." Zara terpegun melihat pemandangan yang terbentang indah di depan mata.

"Tapi tak secantik you." Raqib menatap wajah Zara lekat, sambil menongkatkan dagunya dengan tangan.

Senyuman malu terbit dari wajah manis Zara.

"Sejak bila you jatuh cinta dekat I?" Wajah Zara membahang, mendengarkan bicara Raqib yang agak tiba-tiba tu.

Tadi dia terlalu ikutkan emosi sangat, sehingga perasaan malunya dicampak ke tepi. Kini, dia rasa macam nak sorokkan wajahnya di bawah seat kereta.

"Hey I tanya you ni." Raqib tidak puas hati apabila tiada jawapan yang keluar dari bibir cantik wanita di hadapannya.

"Awak! Tengok tu cantikkan KLCC tu, wah. Dari kecil saya teringin sangat nak tengok KLCC pada waktu malam." Zara mencuba untuk ubah topik.

"Jangan ubah topik, my question susah sangat ke untuk you jawab, sayang?"

Zara mengeluh perlahan, ditahankan mukanya yang panas sekarang ini. "Ingat tak waktu saya panggil awak dulu? Dan saya macam terpaku tengok muka awak..." Raqib mengangguk.

 Berhenti MencintaiWhere stories live. Discover now