Bab 7

49 15 5
                                    

Zara menatap wajah Raqib tidak percaya.

"Just kidding, but if it true I'm glad to hear that." Raqib hanya mencuba nasib, tetapi melihatkan pandangan Zara nampaknya tidak.

"Kenapa awak nak sangat nombor saya ya?" Zara kembali melangkah ke arah raqib.

"I just want to be your friend. Salah ke?"

"Yes, salah. Dalam Islam tiada istilah berkawan antara lelaki dan perempuan, Ingat tu."

"Then I want to take you as my wife? Yang tu confirm tak salah kan?" Raqib memasukkan kedua tangannya ke dalam poket seluar.

"Then you need to meet my father first." Zara memeluk tubuh seolah-olah ingin mencabar.

Raqib terdiam.

Ok, ini bukan di dalam bidang dia.

Takkanlah, dia cuma main-main je... Nampak macam perempuan ni tidak boleh dibawa main ya.

"Kenapa? Tak berani?"

"Ouh you tengah cabar I ke sekarang ni? Fine! I akan buat tapi bukan sekaranglah, why not kita kenal dulu? Tak salah, kan? Please, I need your number."

"Haih janji eh chat kalau ada perkara penting sahaja, kalau takda saya tak akan layan. Faham?"

"Alright, babe." Raqib tersenyum lebar.



Zara menoleh apabila halwa telinganya menangkap bunyi ketukan dari luar.

Wajah Aini tersembul dari balik pintu.

"Hai, boleh saya masuk?" Aini meminta izin.

"Eh masuklah, sini" Zara menepuk katilnya.

Aini masuk sambil tersengih kemudian melabuhkan punggungnya di sebelah Zara.

"Ermm kalau saya nak tanya boleh?"

"Tanyalah. Ada apa? Saya ada buat salah ke?" Risau jika ada perilakunya yang membuatkan teman serumahnya ini tidak selesa.

"Eh taklah. Awak ok je. Saya cuma nak tanya awak kerja apa je, sebab semalam kita tak sempat nak berbual kan."

"Ouh, saya ingatkan apalah tadi." Zara ketawa kecil.

"Saya bekerja sebagai cikgu dekat sekolah SRITI."

"SRITI? Sekolah apa tu? Tak pernah dengar pun." Bingung Aini.

Tidak pernah-pernah dia mendengar nama sekolah tu di Kuala Lumpur ni.

"Sekolah rendah integrasi teras Islam. Sekolah ni under parti PAS. Pernah dengar tak tadika PASTI?"

"Oh pernah, pernah."

"Ha itu tadika, tapi SRITI ni pula sekolah rendah."

"Ouh sekolah menengah ada?"

"Ada, SMITI. Sekolah menengah integrasi teras Islam."

"Wah so kiranya awak ni ustazah lah?"

"Eh taklah, saya cikgu biasa je." Zara merendah diri.

"Awak pula kerja apa?" Soalan yang Zara ajukan sedikit menyentakkan Aini.

"Ermm saya kerja biasa je, jadi pelayan kedai makan."

"Ok lah tu. Yang penting halal. Mesti gaji awak lumayan kan? Kalau tidak, takda lah awak mampu nak sewa rumah besar macam ni sorang-sorang kan?"

Tak pelayan hotel 5 star mesti pangkat tinggi-tinggi macam manager ke. kalau tidak, mana Aini mampu menyewa rumah dua tingkat macam ni.

 Berhenti MencintaiWhere stories live. Discover now