Bab 24

45 6 18
                                    

Puluhan manusia yang sedang
bergemar di dalam sebuah bangunan menghiraukan keadaan sekeliling. Mereka hidup didalam dunia mereka sendiri. Bunyi musik yang memekakkan telinga menjadi tagihan buat mereka.

"Ikram aku nak masuk rumah. Mana kunci?" balik sahaja ke kl semalam, Raqib tidak dapat masuk ke dalam rumah kerana terkunci.

Fikirnya, Ikram masih berada di bali. Terpaksalah dia menyewa hotel untuk satu malam.

Bila ditelefon, tidak berangkat. Rumah pun masih tiada orang dan berkunci. Dimana lagi hendak dia mencari ikram jika tidak di kelab kepunyaan lelaki itu.

"aku tak nak ada kena mengena lagi dengan kau Raqib." Ikram santai meminum air bergas di meja bar.

"Apa masalah kau ni sekarang?" Raqib meramas-ramaskan rambutnya. Sumpah dia serabut, dengan penatnya tak hilang lagi.

Ikram bangun dengan kasar dari duduknya. "kau tanya aku apa masalah!? Engkau tu masalah aku bodoh!" Ikram menumbuk wajah Raqib sehingga tersungkur di lantai kelab.

Raqib yang mula berang bakit lalu membalas tumbukan. "Di sebabkan betina tu, kau nak putus kawan dengan aku ke apa!?" Raqib menggenggam kolar Ikram.

"Sebab aku ada berperikemanusiaan lah sial! Aku tak nak ada kawan perangai binatang macam kau!" Ikram menengking dan suaranya berjaya menenggelamkan suara musik yang memekik.

"Apa masalah kau ni Ikram? Sebelum ni kita okey saja." suara Raqib mula mengendur. Dia melepaskan cengkaman pada kolar Ikram.

"Memang sebelum ni kita macam ni! Tapi pernah ke sampai tahap kau rogol orang! Aku pernah Raqib, tapi kau tak pernah! Dan kau tak pernah sentuh perempuan berhijab. Kau kata apa dekat aku dulu? Kau cakap kau hormat perempuan macam tu" bunyi musik telahpun dimatikan oleh dj

"Zara tu perempuan suci lah bodoh! Apa yang kau dendam dengan dia." Ikram menolak Raqib kasar.

"Kalau dia suci, dia tak akan serahkan diri dia bulat-bulat pada aku lah."  Raqib tersenyum sinis.

"Takpelah, kalau kau tak nak anggap aku kawan kau dah. Aku boleh blah lah." Raqib merentap kasar tangan Ikram pada kolar nya.

Zara merenung keluar jendela, embun pagi meniup lembut, lihat bintang di angkasa, purnama menerangi gelapku.

eh eh hshshs.

"Zara keluarlah dik. Dah dua hari kau terkurung tak makan. Kau nak mati ke apa. Kesianlah dekat abah." Yaya mengetuk pintu bilik adiknya.

Pakcik Mail menepuk bahu Yaya perlahan. "Adik tak keluar lagi?"

"Tak abah, ya tak tahu nak buat apa lagi, mana tahu adik pengsan ke?"

"Hermm takpelah, kalau dia rasa nak hidup, dia keluar. Abah nak pergi solat maghrib di surau." Pakcik Mail menyarung kopiah ke atas kepalanya.

"Baik abah." Yaya memandang kembali pintu bilik adiknya. Dia mengeluh perlahan.

"Adik aku ada masak harini. Nak makan kau keluar."

Zara yang berada di dalam, menangis teresak-esak. Dia rindukan Raqib. Dia nak Raqib.

Kenapa Raqib pergi? Abah ke yang buat Raqib tinggalkan dia. Zara buntu, tak tahu macam mana nak kembali ke pangkuan Raqib. Seharian dia menangis, meratapi pemergian sang kekasih hati. Bagaikan orang gila.

Kuala Lumpur, dia perlu ke Kuala Lumpur. Zara nekad, dia nak Raqib.

Zara mengambil beg luggagenya yang masih belum di buka dari dua hari lepas, dia menyarung tudung sarung bersama baju kurung pada tubuh.

 Berhenti MencintaiWhere stories live. Discover now