Bab 25

60 5 34
                                    

Bunyi ketukan menyentakkn lena Ikram yang baru sahaja ingin menjelma, terbuka perlahan Iris perang lalu disuaikan pandangan supaya lebih jelas. Tangannya menjalar ke tepi meja katil untuk mencapai suis lampu tidur.

selepas bilik kembali terang, Ikram mengangkat tubuhnya bangun dari pembaringan lalu iris perangnya melirik ke arah jam.

Siapa pula yag datang pukul tiga pagi ni? Raqib tak jadi balik Scotland ke apa?

Ikram bersoal jawab dengan fikirannya. Dia yang baru keluar dari biliknya ingin menuju ke ruang bawah. Berkerut pelik apabila ketukan yang dari tadi tidak berhenti tiba-tiba hilang.

Haih hantu, dalam banyak-banyak malam, malam ni juga lah kau nak kacau aku.

Bibir lembab Ikram terkumat-kamit membaca doa, bukan doa sebenarnya. Ianya lebih kepada huruf hijaiyah.

Sesampainya dia di hadapan pintu, Ikram menarik nafas lalu menghembusnya berulang kali.

"Hey, ini Tengku Iskandar lah, berani kau kacau aku. Mati kau aku kerjakan." Ikram bergumam sambil memulas tombola pintu.

Terbelalak mata Ikram apabila menangkap satu sosok yang terbaring di hadapan pintu rumahnya. Dengan pantas Ikram bercangkung ingin melihat wajah gerangan wanita yang beraninya tidur dihadapan rumah mewahnya.

Perlahan tangannya mencapai bahu wanita asing tersebut sebelum tubuh itu dibaliknya. "Zara!" Tanpa berlengah Ikram terus mencepung tubuh Zara untuk terus masuk ke dalam rumahnya.

Zara mula membuka mata. Apabila pandangan yang pada mulanya kabur tadi berubah menjadi jelas, perlahan-lahan dia membangkitkan tubuhnya dari terus berbaring. Kesakitan yang menyengat di kepada memuatkan Zara meringis kecil.

"Ha bangun pun kekasih gelap Raqib." Sergahan dari Ikram yang tiba-tiba muncul dari dapur menyentakkan Zara.

Ikram meletakkan dulang yang berisi bubur dan juga segelas air kosong atas meja kopi yang berada di hadapan Zara.

"Ikram, macam mana saya boleh ada dekat sini?" Zara menjatuhkan kakinya dari terus berlunjur, tangannya masih memegang kepala yang belum reda sakitnya.

"Aku yang patut tanya kau, buat apa kau dekat rumah aku, package dengan pengsan sekali." Ikram melabuhkan duduk di atas sofa yang berhadapan dengan Zara.

"Saya.. saya nak cari Raqib," Zara menundukkan kepalanya sambil bermain-main dengan jari-jemari runcingnya. " Raqib ada tak?" Zara mengangkat wajah melihat Ikram, tapi hanya sementara apabila matanya menangkap pandangan tajam iris milik anak kerabat tersebut.

"Apa yang kau cinta sangat dengan Raqib Zara? Sampaikan maruah kau sendiri sendiri pun kau gadaikan."  Sungguh bukan niat Ikram untuk memperlekehkan, tapi melihatkan apa yang Raqib sudah buat dan Zara masih mencintai lelaki tu, membuatkan hatinya membara marah.

"Salah ke untuk saya mencintai Raqib? Salah ke untuk saya berdamping dengan dia?" Zara mengangkat wajah lalu memandang Ikram tajam.

"Ini bukan soal layak ataupun tidak, tapi ni soal maruah kau. Kau dah lupa ke siapa diri kau sebelum ni?" Bukan ingin menjadi ustaz mahupun ingin bertazirah pagi-pagi buta ini. Tapi entahlah. Ikram sendiri tak faham kenapa dengan dirinya.

"Saya tanya Raqib mana, susah sangat ke soalan saya Ikram?"

"makan" Ikram menunjuk makanan yang sedia terhidang menggunakan pandangan mata.

"Saya nak jumpa Raqib, tolonglah." Air mata mula ingin menampakkan dirinya.

Ikram mengeluh perlahan, "Raqib dah balik Scotland semalam. Kau baliklah Zara, kl ni bukan tempat kau." Ikram baru berura-ura hendak bangun.

 Berhenti MencintaiWhere stories live. Discover now