Bab 19

47 6 28
                                    

  "Aini! Open the door, please!" Ikram mengetuk pintu bagai hendak roboh.

Zara yang baru sahaja ingin melelapkan mata, mengeluh perlahan. Siapa pula datang mengacau pagi-pagi buta ni?

Zara bangkit lalu menyarungkan tudung sarung dan juga cardigan. Nasib baiklah dia bukan jenis yang memakai baju seksi waktu tidur.

Buka sahaja pintu, kelihatan seorang lelaki berpakaian serba hitam bermula daripada t-shirt, jaket kulit hinggalah seluar.

"Ikram? Apa awak buat dekat sini?" Zara berkerut melihat Ikram yang dibasahi peluh.  Kerutan kerisauan juga jelas terpamer pada wajah lelaki itu.

"Aini mana?" Soalan di balas dengan soalan.

"Aini? Bukan dia dah pergi kerja ke?"

"Kalau dia ada dekat tempat kerja, takdelah aku cari dia dekat rumah. Bodoh." Tanpa meminta izin, Ikram masuk ke dalam rumah tanpa membuka kasut.

Zara terkaku di muka pintu. Dia panggil aku bodoh?

Ikram berlari menuju ke bilik Aini.

"Aini! Sayang! Tolonglah jangan buat aku macam ni." Ikram terasa seperti ingin meraung. Dia buntu, tak tahu nak buat apa. Sosok Aini tiada di dalam bilik itu.

Sedang matanya meliar ke sekeliling ruang bilik, pandangannya tak semena-mena tertancap pada sepucuk surat yang terletak di atas katil.

Ikram mengambil dengan tangan yang menggigil.

Zara sayang, saya tahu awak marahkan saya, saya minta maaf. Mungkin betul kata awak, saya tak layak untuk beri nasihat kepada orang yang agung macam awak. Saya memang hina, hina sangat. Jadi saya tak kisah kalau masyarakat berkata sedemikian. Tapi bila perkataan itu muncul dari ulas bibir awak... Maaf, hati saya terlalu sakit.

Saya pergi dulu, mungkin kita tak akan jumpa lagi lepas ni.

Untuk Ikram, saya minta maaf kalau saya permainkan awak. Saya rasa awak takkan terkesan pun kan atas pemergian saya? Saya ni siapa je pada awak? Saya cuma nak minta maaf, selama ni saya tak cintakan awak. Halalkan segala apa yang awak pernah berikan pada saya.

Assalamualaikum
Aini Syakira..

Mata Ikram memerah. Tanpa berfikir panjang, dia turun semula ke bawah lalu meluru ke arah Zara.

Baju Zara dicengkam dengan kuat. Mata Ikram memanah tajam ke dalam mata Zara. Bagaikan ada api di dalam mata Ikram.

"Apa yang kau dah buat pada Aini?" Suara Ikram keluar dari celahan gigi yang diketap kasar sekaligus menghasilkan nada suara yang menakutkan.

Kaki Zara terjengket akibat cengkaman yang kuat pada bajunya. Nafasnya menderu laju. Disebabkan cengkaman Ikram dekat dengan lehernya, jadi agak sukar untuk dia bernafas.

"Aa.. pa.. a.. wak.. bu.. at ni!" Sedaya upaya Zara cuba untuk bersuara.

Zara memegang kedua tangan Ikram. Meminta agar lelaki itu melepaskan cengkamannya.

Ikram seperti kerasukan. Dia marah, sedih, kecewa dan takut. Semua perasaan itu bercampur baur menjadi satu.

Selama ni saya tak cintakan awak.

Satu ayat yang berlegar di dalam fikirannya membuatkan cengkaman Ikram pada Zara terlepas. Zara terbatuk-batuk memandang Ikram dengan mata yang berair.

Tanpa berkata apa-apa, Ikram terus berlalu pergi dari situ.

Zara masih lagi mencari nafas. Dia duduk seketika di lantai sambil mencerna perkara yang baru sahaja berlaku tadi.

Aini.. Aini!

 Berhenti MencintaiWhere stories live. Discover now