1 ~

248 10 0
                                    

"Balqis qis qis." Apabila ada sambung daripada namaku sudah pasti wanita itu yang menegur. Siapa lagi kalau bukan sahabat yang baru sahaja dikenali sejak tiga tahun lepas. Macam mana boleh kenal, ini ceritanya...

3 years ago ...

Seperti biasa, telefon pintar tidak lepas daripada tanganku. Bukan sebab sibuk berchatting dengan buah hati tetapi tangan ligat mencari rumah sewa di tempat baru nanti. Tidak sangka dia mendapat tawaran pekerjaan di tempat yang jauh daripada umat manusia yang mengenaliku.

Mohon pun saja-saja dan tak pernah berharap langsung untuk dapat. Tapi Alhamdulillah dah nama pun rezeki kan? Walaupun saja-saja pasti akan dapat.

Sebabtu sejak semalam lagi aku sibuk mencari tempat untuk tinggal. Kalau boleh ada kawan serumah. Tak adalah berat sangat nak bayar bulan-bulan. Dah la kos sara hidup sekarang memang susah hendak dibawa berbincang.

Sedang syok scroll akaun facebook, notification telefonnya berbunyi menandakan ada pesanan daripada aplikasi messenger.

Nurul Hana
Hai assalam, maaf ganggu. Awak tengah cari rumah sewa dekat area Taman Kota Hilir ke?

Walaupun aku tidak mengenali wanita itu, tetapi tetap sahaja di balas.

Wslm. Iyup, saya tengah cari rumah sewa area situ. Kalau boleh secepat mungkin sebab saya kena lapor diri dekat Melaka lusa ni.

Tidak sampai seminit, pesananku sudah dibaca.

Wahh kebetulan, saya tengah cari housemate. Kalau awak okay, nak tak kita duduk sekali? Saya tau soalan saya ni pelik, tapi series saya bukan orang jahat! Saya cuma tengah cari housemate je. Sebab rumah yang saya dapat ni agak mahal sewa dia tiap bulan. Kalau ada kawan tak adalah berat sangat nak bayar tiap bulan.

Terangnya panjang lebar. Dan sudah pasti jawapanku setuju. Masa ni memang tawakal je. Kalau memang orang baik rezeki aku, kalau scammer, anggap sahaja dugaan di tempat baru. Dan Alhamdulillah teman serumahku adalah orang yang baik.

"Jom keluar makan." Hana bersuara lagi setelah menghempaskan punggung bersebelahan denganku di sofa berbentuk L itu. Mata pula sudah memandang kaca televisyen yang sedang menayangkan drama Melayu pukul 7 malam.

"Bila?" Laju aku bertanya. Macam tahu-tahu je perut tengah berdendang sayang dalam ni. Nak masak? Memang tidaklah. Dah malam-malam macam ni memang allergic nak masuk dapur melainkan mood nak makan maggi mencanak-canak.

Biasalah konon nak diet tak nak makan malam plus malas nak masak! Lebih suka makanan yang sudah terhidang depan mata daripada kena masak sendiri.

"Habis cerita ni. Pukul lapan tepat dekat warung depan simpang tu macam biasa." Itulah port biasa kami apabila duit tengah berkepuk-kepuk. Sampaikan mak cik kedai tu pun dah kenal muka kami. Bukan tu je, masa dan tarikh pun dah boleh jangka.

"Bereh."

"Esok kau kerja tak? Ke keluar dating dengan en abang sayang?" Hana senyum meleret.

"Ish kerja lah. Takkanlah nak ponteng kerja sebab nak dating. Mahu kena pancung dengan pengetua nanti." Aku buat muka gerun. Mengenangkan muka bengis Puan Hajar sudah cukup membuatkanku senak perut. Walaupun sakit, terus rasa sihat apabila hari persekolahan tiba.

Ingat murid je takut pengetua. Cikgu-cikgu pun takut tau!

Hana gelak kecil.

"Tu lah kau. Siapa suruh jadi cikgu."

"Biarlah. Kau jangan nak memperkecilkan cita-cita aku eh?" Aku buat muka tak puas hati.

"Tak ada masa okay!" Hana

"Cikgu, esok pakai baju kurung ke baju sukan?" Perli Hana tiba-tiba. Hasilnya sebuah bantal katak hijau kini melepek diatas badan Hana membuatkan wanita itu gelak mengekek. Suka betul dia bila dapat mengenakanku.

Namun ketawa Hana mati apabila telefonku berbunyi. Menandakan ada panggilan yang masuk. Segera aku mengambil telefon yang berada di atas meja dan slide untuk menjawab.

Tapi sebelum tu, lari masuk bilik dulu. Malu la cakap depan orang!

"Hello hai sayang!" Ramah suara di talian. Seperti biasa apabila dipanggil begitu, aku senyum sehingga telinga.

"Hai!" Balasku sepatah.

"Buat apa tu? Saya ganggu ke?" Hayrul, teman lelaki yang baru sahaja berjumpa melalui ayah dan mama setahun lepas. Mereka yang kenalkan aku dengan lelaki ini.

Walaupun pada mulanya agak janggal, namun semakin lama mengenalinya aku sudah mulai selesa dengan kehadiran lelaki itu dan akhirnya kami membuat keputusan untuk menjalinkan hubungan dengan lebih series lagi dua bulan lepas. Kira newbie lagi la.

"Tak adalah. Borak dengan Hana je. Kenapa?"

"Tak ada apa. Saja telefon dan nak bagitau yang esok saya turun Melaka. Ada seminar dekat LHDN sana. Tiga hari." Terang Hayrul dengan suara terujanya.

"Oh! Bila gerak?"

"Besok pagi. Jumpa nak tak? Besok ke? Atau hari ketiga nanti. Jumaat awak balik kerja cepat kan?"

"Insyaallah. Nanti apa-apa saya bagitau semula." Tidak mahu memberi harapan. Takut tak jadi dah kata menipu pula. Lagipun jadualnya tidak tentu sekarang, lagi-lagi peperiksaan besar sedang menyusul lagi enam bulan daripada sekarang. Banyak benda nak kena settle. Dengan tuisyen lagi.

"Okay. Jangan lupa tau. Tak sabar nak jumpa sayang saya ni. Nanti saya pick up macam biasa." Lain pula jawapan orang di sana membuatkan aku serba salah.

"Eh saya tak cakap saya setuju. Saya cakap Inshaallah."

"Kenapa? Awak dah tak sudi nak jumpa saya ke?" Terdengar keluhan berat di hujung talian.

Aku menggigit bibir bawah perlahan. Serba salah pula apabila lelaki itu sudah terasa hati

"Okay lah. Jumaat ni kita jumpa. Nanti saya bagitau semula masanya." Akhirnya aku mengalah.

"Yess! Thank you sayang." Jelas keriangan di hujung talian. Aku diam.

📌

Kringgggg!

Bunyi loceng menandakan waktu rehat sudah pun tiba. Waktu bahagia untuk semua pelajar di setiap sekolah di Malaysia. Rasanya di luar negara juga mungkin begitu.

"Cikgu, cepatlah dah rehat." Salah seorang pelajar lelaki di situ bersuara. Tidak kurang juga bunyi bising yang sudah mulai kedengaran lagi-lagi apabila melihat pelajar kelas lain sudah berpusu-pusu keluar daripada kelas.

"Jangan lupa siapkan kerja yang saya bagi tadi. Sekali lagi tak siap macam tadi, jangan harap nak keluar rehat. Ingat tu!" Pesanku dengan suara tegas. Mengajar kelas bawah memang sangat mencabar, tetapi tidak dinafikan mereka baik sebenarnya cuma terlalu malas untuk belajar.

"Baikkkkk cikguu!" Saing!

"Okay, pergi rehat. Lepas rehat masuk kelas semula. Cikgu dengar ada yang ponteng daripada cikgu lain, jangan tanya kenapa kena lari satu padang nanti."

"Tauu! Cikgu jangan risau. Kita orang dah baik." Hafizi, pelajar yang paling terkenal dengan perangai malas dan ponteng kelasnya bersuara laju.

"Iyelah tu." Balqis mencebik.

"Betul cikgu. Disebabkan cikgu cantik dan baik, kita orang dengar je cakap cikgu kan?" Sambung Hafizi lagi dan dipersetujui dengan beberapa orang lagi kawannya.

"Iyelah. Dah pergi rehat sana. Tadi nak rehat sangat."

"Terima kasih cikgu!" Bergema satu kelas 5 Cendrawasih itu dengan suara mereka. Apabila semua sudah beransur, aku mula mengemas barang yang bersepah diatas meja.

"Cikgu, nak saya tolong angkat buku tu tak?" Nuha, seorang ketua kelas genit kini bersuara. Nuha memang rajin dan baik cuma mungkin ada masalah dengan keluarga. Sebabtu dia agak pendiam dan jenis malas nak ambil tahu apa-apa termasuklah berkaitan pelajaran.

"Boleh juga. Terima kasih Nuha." Aku senyum manis sebelum menyerahkan buku yang agak tinggi itu kepada Nuha dan kami berjalan beriringan menuju ke bilik guru.

Kau Yang Ku Pilih Where stories live. Discover now