57 ~

106 6 0
                                    

Mereka berpandangan antara satu sama lain. Tiada langsung suara yang keluar antara mereka berdua. Aisy sudah tidak senang duduk. Terketar-ketar lutut bila berdepan dengan abang ipar yang baru je ditemui dua minggu ini.

"Jelaskan apa yang patut kau jelaskan." Badrul bersuara. Mukanya masih lagi series. Tiada langsung segaris senyuman di wajah lelaki itu.

"Apa yang mummy aku cakap tak betul." Aisy

"Apa yang tak betul?"

"Aku tak kahwin lain. Balqis satu-satunya isteri yang aku ada."

"Bukti?"

"Aku tak tahu nak buktikan macam mana dekat kau. Tapi memang aku belum kahwin dengan sesiapa." Tekan Aisy

"Mummy kau cakap Balqis dah hancurkan rumahtangga kau. Maksudnya kau dah kahwin sebelum kau kahwin dengan adik aku."

"Tak, tak betul. Memang aku hampir kahwin dengan pilihan mummy. Tapi tu selepas aku kahwin dengan Balqis. Tapi tak jadi sebab aku dapat tahu Balqis ditikam." Aisy menunduk.

"Kau nak cakap dekat sini kalau adik aku tak terlantar kat hospital ni kau akan tipu adik aku hidup-hidup? Macam tu?" Jelingan tajam dihadiahkan buat Aisy yang sudah menunduk. Tidak dinafikan dia tak pernah bagitau apa-apa pun tentang perkara ini kepada Balqis. Lagipun dia buat semua ni demi kebahagiaan Balqis.

"Aku cuma tak nak dia terseksa sebab aku lagi."

"Dengan cara budak-budak macam ni? Kau ingat adik aku apa? Kau tahu tak alasan kau ni sebiji macam jantan pengecut!" Jeling Badrul tajam. Kalau ikutkan hati memang nak bagi sebiji. Tapi apabila dia lebih memilih berfikir secara rasional daripada emosi, tergendala hasrat suci murninya. Keganasan tak akan bawa kebaikan kepada sesiapa pun. Selagi dia boleh untuk mengawalnya, selagi itu dia cuba untuk menahan. Itulah prinsip yang dia pegang selama ini.

"Aku tahu aku salah. Sebabtu aku nak tebus segalanya sekarang. Aku sayangkan Balqis. Aku tak sanggup lagi nak berpisah dengan Balqis."

"Okay soalan aku sekarang, kenapa kau kahwin dengan adik aku?"

Aisy diam. Menunduk memandang lantai.

"Aku tanya kau. Jangan sesekali kau nak membohong depan aku. Memang aku sebiji!" Ugut Badrul.

Maka dia pun menceritakan kisah sebenar yang dia tidak cerita pada mama dan ayah. Dia tahu, sorok macam mana pun lambat laun semua akan terbongkar juga.

"Dan adik aku tetap setuju nak kahwin dengan kau?" Aisy mengangguk perlahan.

"Huh patut la orang cakap, cinta tu buta. Tak tak cinta tak buta tapi manusia yang buta menilai sebab cinta."

"Tapi sejak dulu perasaan aku dekat Balqis tak pernah berubah. Aku masih sayangkan dia. Cuma ego aku terlalu tinggi untuk aku mengakui semua tu."

"Let say kau memang sayang adik aku. Apa kau nak buat dengan mummy kau? Sedangkan tadi pun dia cuba bunuh adik aku, aku tak boleh bayangkan kalau adik aku terus jadi isteri kau. Tau-tau mati agaknya." Sinis

"Tak. Aku tak akan biarkan benda tu terjadi. Aku tak mampu nak berjanji tapi aku akan cuba yang terbaik untuk lindungi Balqis daripada sesiapa pun. Termasuk mummy aku sendiri." Yakin Aisy.

"Sampai bila? Kalau kau ditakdirkan pergi dulu sebelum adik aku, macam mana pula dengan nasib adik aku nanti?"

"Inshaallah aku akan pastikan Balqis dah diterima sepenuhnya dalam keluarga aku." Yakin.

"Mama ayah dah tahu?"

Aisy angguk perlahan.

"Tapi tak semua."

Kau Yang Ku Pilih Onde histórias criam vida. Descubra agora