16 ~

77 6 0
                                    

Aku termenung di gazebo luar rumah. Kalau dahulu ada si abang yang menemani tapi kini hanya aku seorang merenung bulan dan bintang di langit sambil memikirkan hal apa yang bakal terjadi nanti. Aku mengeluh lagi buat sekian kalinya.

Hafiy masih lagi mendiamkan diri sejak pertemuan kami petang tadi. Nampaknya lelaki itu betul-betul marah sampaikan masa balik tadi pandang aku pun tak. Apatah lagi say goodbye sebelum berlalu. Sedih. Dah la sedih dengan apa yang jadi tadi, ditambah pula rajuk si kawan.

Pujuk? Aku mana tahu pujuk dia. Tak pernah la aku pujuk dia. Sebab Hafiy memang jarang sekali merajuk dengannya. Kalau merajuk pun dia akan cool down dalam beberapa jam. Tapi ni dah hampir berejam-rejam, tapi satu panggilan pun aku tak dapat daripada lelaki itu.

"Adik buat apa kat luar tu?" Mama menghampiriku. Aku senyum kecil setelah mama duduk bersebelahan denganku.

"Saja ambil angin luar." Jawabku

"Iyelah. Kerja macam mana? Okay?"

"Okay je. Macam biasalah masa sibuk tu mengalahkan menteri, kalau dah tak sibuk tu sampai tak tahu nak buat apa." Aku gelak kecil.

"Besok balik pukul berapa?"

"Petang. Macam selalu tu. Ha ma esok keluar sarapan nak? Dah lama tak pekena roti canai Pak Mat." Aku sengih

"Boleh je. Ayah kamu tu lagi suka dia dengar. Lagi-lagi ada yang belanja."

"Boleh boleh. Memang Qis yang belanja pun. Jangan risau. Mama dengan ayah pilih je nak makan apa."

"Patutlah bukan main beli barang dapur. Orang kaya sekejap rupanya." Mama

"Apa orang kaya sekejap pulak." Aku ketawa mengekek.

"Iyelah, baru dapat gaji, kaya sekejap la tu. Nanti duit habis, kayap balik."

"Mama tak baik doakan macam tu."

"Fakta kan."

Aku buat muka. Memang itulah fakta yang tak boleh dibidas lagi hendaknya.

"Jangan duduk lama-lama kat luar. Nanti masuk angin gemuk pula."

"Baik ma. Selamat malam."

"Iyelah. Nanti kunci pintu sekali."

"Okay ma."

Hilang sahaja bayang mama, aku kembali merenung nasibku. Nasib yang tidak tahu arah tujunya.

📌

"Kau Okay ke?" Taufiq bersuara setelah melihat wajah sahabatnya agak lain daripada selalu.

"Entahlah. Aku rasa aku dah gila." Dia mengeluh.

Taufiq kerut dahi.

"Kenapa? Ada masalah apa?"

"Aku jumpa semula dengan Balqis." Suasana sepi buat seketika. Mungkin Taufiq sedang cuba untuk menghadam kisahnya.

"Balqis ex kau dulu?"

"Aku ada Balqis lain ke?" Aisy buat muka membuatkan Taufiq ketawa kecil.

"Bila? Macam mana kau boleh jumpa dia?"

Maka bermula la kisah sewaktu kami bertemu dahulu.

"Kebetulan?"

"Iye kebetulan. Aku pun tak sangka aku jumpa dia."

"So apa perasaan kau bila jumpa dia?"

"Sedih? Marah? Sakit hati. Mungkin."

"Mungkin?"

"Entahlah. Kadang aku rasa aku marah sangat dekat dia. Aku tak suka tengok dia bahagia. Lagi-lagi dengan lelaki lain. Hati aku sakit. Tapi lepas aku sakitkan perasaan dia, hati aku pula sakit tengok dia sedih. Aku dah gila kan?" Aisy gelak kecil.

"Aku rasa kau patut lepaskan dia."

"Lepaskan dia? Lepas apa yang dia dah buat pada aku dulu? No way!"

"Tapi kau yang akan sakit sendiri. Sekarang pun kau dah rasa semua tu."

"Tapi aku tak boleh tengok dia bahagia."

"Tapi kau juga tak boleh tengok dia sedih." Sambung Taufiq. Aisy diam.

"Jangan buat diri kau terikat dengan bayangan masa silam. Lepaskan dia. Untuk kau dan untuk dia. Semua orang layak bahagia. "

"Tapi bukan perempuan tu. Dia tak layak untuk bahagia."

"Siapa kita untuk menghukum bro. Just follow the flow. Kita ada Tuhan. Biar Dia yang menghukum."

"Kau tak faham dan kau tak akan faham apa yang aku rasa sebelum ni."

"Dendam tak bawak kemana. In Fact kau yang akan menyesal di kemudian hari nanti. Aku nasihatkan kau sebab aku sayang kau. Aku tak nak kau menyesal dengan apa yang kau buat sekarang ni." Taufiq

"Aku nak keluar. Mungkin balik lambat." Aisy terus berlalu. Taufiq geleng kepala. Lelaki kalau dah patah hati, memang susah nak sembuh semula. Lagi-lagi untuk cinta pertama.

📌

Pemandangan daripada atas bukit cukup membuatkan dia dapat melihat seluruh isi bandar Johor. Badan disandar pada kereta dan tangan disilangkan ke dada. Mata melihat bangunan pencakar langit yang terbentang luas di hadapan mata.

Hidupnya benar-benar huru-hara sekarang ni.

Balqis...

Terima kasih kepada wanita itu sebab dah berjaya membuatkan hidupnya begini. Hidup dengan penuh kebencian, hidup dengan penuh kesakitan.

'Aku tak boleh melihat dia bahagia dengan orang lain, aku tak boleh melihat senyuman dia tapi aku juga tak boleh melihat dia terluka. Patut ke aku jadikan dia milik aku sepenuhnya? Biar dia tak boleh bahagia dengan orang lain, begitu juga denganku. Akan aku pastikan tiada senyuman di wajah wanita itu.'

Dia senyum sinis dengan telahannya sendiri.

"Hak milik aku sepenuhnya?" Gumamnya sendiri.

"Interesting."

"Bila dia dengan aku tak adalah aku sakit hati. Yang tinggal pastinya hanya perasaan marah semata-mata. Kan?"

'Tapi kau pasti ke dengan keputusan ni? Kau tak menyesal? Kahwin dengan dia bagaikan jerat perasaan kau sendiri Aisy.'

Dia terdiam semula.

'Tetapi aku pasti semua perasaan pelik ni akan hilang bila dia ada depan mata aku. Semua ni jadi sebab aku tak ada dengan dia. Bahagia dia, derita aku. Derita dia, bahagia aku. Ingat tu Aisy.'

'Tapi mummy akan terima ke?'

'Come on kau lelaki kan? Teruskan je apa yang kau dah fikir tu. Kau bukan nak hidup dengan dia selamanya. Cukup kau puas hati tengok dia menderita, kau lepaskan jelah dia.'

Setelah puas berperang dengan diri sendiri, kata sepakat akhirnya dibuat. Iye, semua perkara ini jadi sebab wanita itu. Jadi wanita itu perlu bertanggungjawab atas apa yang telah terjadi.

Rancangan terus diatur agar wanita itu menjadi hak miliknya nanti.

'Walau apa pun jadi, Balqis tetap akan jadi hak aku sepenuhnya!'

Senyuman sinis dilemparkan. Bermacam-macam perkara sudah terlakar di benaknya. Berharap semuanya berjalan mengikut apa yang telah dirancang.

Kau Yang Ku Pilih Where stories live. Discover now