18 ~

78 5 0
                                    

Termenung dan terus termenung. Tiba-tiba rasa segala masalah datang bertimpa. Masalah yang dicari sendiri juga masalah yang datang secara mengejut.

'Keluarga awak tak akan terima saya!'

Bergema ayat itu di gegendang telinganya.

'Sebab itu ke dia pergi dahulu? Ada kena mengena dengan keluarga aku? Tapi kenapa dia tak bagitau? Kan boleh bincang.'

Maka bermula la sketsa antaranya dan diri sendiri.

'Sebab dia tak nak kau lah dia tak bagitau kau. Tu pun tak faham.'

"Tapi dia tak macam tu..." Gumamnya perlahan.

'Manusia berubah. Lagi-lagi melibatkan duit. Sayang pun boleh bertukar benci.'

"Tu la aku suruh lepaskan tak nak. Kan dah termenung sendiri." Sindiran Taufiq membuatkan segala perkara yang bermain di fikiran hilang begitu sahaja.

"Kalau kau nak sakitkan hati aku, baik jangan buka mulut." Aisy jeling sekilas sebelum matanya fokus  kearah kaca televisyen. Jasad di sini tapi jiwa terumbang ambing entah ke mana.

"Aku cakap je." Taufiq senyum senget

"Diamlah!" Bentak Aisy tak puas hati. Taufiq hanya gelak.

"Kau tau tak mummy nak kahwinkan aku dengan Farisha." Aisy mula bercerita tanpa dipinta.

"Farisha mana pula?" Taufiq kerut dahi.

"Calon blind date mummy yang last!"

"Eh bukan kau kata tak nak ke?"

"Aku memang tak nak, tapi perempuan tu gila." Tak stabil terus emosinya apabila teringatkan wanita itu. Suka-suka datang rumah orang buat hal.

"Dia buat apa?" Teruja Taufiq hendak mendengar cerita selanjutnya.

"Dia datang rumah mummy act like kita orang bercinta. Lepastu canang cerita bukan-bukan dekat mummy aku."

"Apa cerita tu?"

Maka diceritakan daripada mula sampai akhir tadi. Guest what reaction apa yang dia dapat daripada Taufiq? Dia gelakkan wey!

"Kau gelakkan cerita aku Fiq?"

"Kelakar. Kau nak orang lain, tapi orang lain dah masuk jarum dulu. Kau plan something dekat hidup orang lain tapi pada masa sama ada orang plan something juga dekat hidup kau. Tak rasa ke benda tu kelakar?"

"Tak langsung. Kau ingat hidup aku game ke? Orang boleh suka-suka hati nak aturkan?" Aisy buat muka.

"Same goes to perempuan yang ada dalam hati kau sekarang. Kau ingat hidup dia game ke kau boleh suka-suka nak atur? Suka suka nak menghukum?"

Aisy diam. Lebih kepada sentap sebenarnya.

"Siapa ada dalam hati aku? Siapa? Dalam hati aku tak ada sesiapa. Tak akan ada. Never!" Yakin dia menjawab. Walhal hatinya sudah bergoyah setelah mendengar ayat sindiran daripada sahabatnya.

Taufiq gelak kuat.

"Aku kenal kau lebih daripada kau kenal diri kau sendiri bro."

"Dah la, malas aku layan kau." Aisy terus berlalu meninggalkan Taufiq yang sedang bahagia mentertawakannya. Lucu sangat agaknya kisah hidup aku ni.

📌

Kalau ikutkan hati lepas sahaja kejadian Aisy menyeludup masuk ke dalam rumahku, memang aku nak terperuk dalam bilik je. Tapi disebabkan kerja hakiki yang ada di hadapan mata, terpaksa jua di gagahkan diri untuk keluar daripada rumah.

Apabila melintasi kawasan ruang tamu, terus kejadian tidak terduga itu terlintas di benaknya. Trauma sungguh. Kalau boleh masa jalan tak nak lalu ruang tamu. Tapi sudah pasti semua itu mustahil. Aku tak ada magic, aku tak ada kuasa teleport dan aku hanya manusia biasa.

Masuk sahaja di dalam kereta aku mengeluh lagi. Sudah pasti sebuah keluhan yang berat.

"Kenapa Aisy boleh jadi macam tu? Aisy yang aku kenal, bukan seorang yang suka mengambil kesempatan macam tu. Tapi..."

'People change Balqis. Jangan lupa.'

"Janganlah berubah sampai macam tu sekali." Rintihnya sendiri. Sekali lagi air mata mengalir tanpa sedar. Namun segera diseka.

Aku kena kuat. Dulu kau boleh kuat. Kenapa sekarang tak boleh kan?

"Go Balqis. Chaiyokk!" Aku memberi kata semangat buat diri sendiri sebelum menghidupkan enjin kereta dan menuju ke tempat kerja.

Tiba sahaja di tempat kerja, seperti biasa setiap hari pasti akan ada perhimpunan pagi. Walaupun tak lama macam hari Isnin, tetapi tetap juga guru-guru tidak melepaskan peluang untuk memberi kata-kata motivasi dan ulangan kepada para pelajar bagi semua tingkatan.

Tamat sahaja perhimpunan pagi, semua pelajar kembali semula ke kelas masing-masing. Bagi guru pula bersiap sedia dengan bahan mengajar seperti biasa sebelum masuk ke kelas untuk sesi P&P.

Hari aku harini tidaklah teruk mana, tidak juga buruk mana. Hanya biasa-biasa. Semuanya normal dan boleh dikawal. Lepas solat zohor aku terus masuk ke dalam bilik guru untuk membuat persiapan mengajar bagi kelas tambahan tingkatan lima jam tiga petang nanti.

Ting ting

Telefonku berbunyi menandakan ada pesanan yang masuk. Aku melihat nama di skrin telefon.

"Mama?"

Tanpa buang masa aku terus membuka pesanan tersebut.

Boleh mama call adik? Ke adik busy?

Tanpa membalas aku terus membuat panggilan pada nombor mama. Tidak sampai dua deringan, telefonnya sudah terjawab.

"Assalamualaikum mama. Kenapa?" Aku memulakan mukadimah.

"Waalaikumsalam. Adik sibuk ke tu?" Suara mama agak lain daripada lain membuatkan aku tidak sedap hati.

"Tak sangat. Ada kelas tapi pukul tiga nanti. Kenapa mama? Ada apa apa ke?"

"Minggu ni adik balik boleh?"

"Kenapa ma? Macam penting sangat je tu?"

"Adik dah balik nanti kita bincang."

"Ish mama ni, janganlah buat adik takut." Aku kerut dahi. Risau.

"Balik je. Mama dengan ayah tunggu."

"Err Okay ma." Akhirnya aku mengalah. Bila sesuatu perkara tidak boleh dibincang melalui panggilan telefon sudah pastilah ia sesuatu yang sangat penting.

Risau? Semestinya. Tidak senang duduk aku sejak mama telefon tadi. Masa mengajar pun tak tenang. Last-last aku bagi contoh soalan trial SPM dan bincang bersama sahaja.

Kalau fikiran dah bercelaru, risau mengajar nanti dengan otak-otak budak sekali bercelaru. Kan lagi haru namanya.

"Cikgu tak sihat ke?" Hafizi mendekatiku setelah kelas tambahan berakhir. Tangan lincah mengambil dua buah buku yang aku bawa tadi sewaktu masuk ke dalam kelas ini tadi.

"Eh tak adalah. Kenapa? Nampak cikgu sakit ke?" Aku gelak kecil sekadar menutup rasa di hati.

"Haah." Jawab Hafizi tanpa selindung. Kami jalan beriringan menuju ke bilik guru.

"Perasaan awak je tu Fizi. Cikgu ok je."

"Cikgu kalau sakit boleh bagitau saya. Saya boleh tolong belikan ubat." Polos.

Aku gelak kecil. Siapa sangka pelajar yang popular dengan kenakalan dan lagak gangster sekolah tiba-tiba nak belikan ubat untuk cikgu yang sakit. Comel je perangai dia orang ni.

"Cikgu Okay. Jangan risau. Awak tu pergilah balik. Bagi buku tu dekat cikgu." Hafizi menurut.

"Saya balik dulu cikgu. Kalau sakit makan ubat." Sekali lagi pesanan dikirim. Aku hanya mengangguk dengan senyuman. Prihatin sungguh anak didikku. Terharu pula rasa.

Kau Yang Ku Pilih Waar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu