5 ~

119 7 0
                                    

4 years ago

Suasana hening antara kami membuatkan aku gelisah. Tak sangka secepat ini aku dan dia akan bertemu semula. Kalau ikutkan hati, tengok muka dia pun aku tak nak.

"Mana awak pergi Qis? Kenapa awak diam tiba-tiba? Saya ada buat salah dekat awak ke?" Wajah lelaki yang keruh itu aku pandang sayu. Hatiku sakit melihat dia sebegitu. Tapi tak ada apa yang aku mampu buat. Semuanya telah diputuskan dan aku takkan patah balik dengan keputusanku.

'Dia bukan lelaki terbaik untuk aku.'

"Saya tak diam. Saya dah bagitau sebelum ni yang saya tak nak teruskan hubungan kita. We are finish!" Tekanku tegas. Berharap lelaki itu akan faham.

"But why? Saya ada buat salah apa? Cuba awak cakap. Saya akan ubah demi awak Balqis. Tolong jangan tinggalkan saya. Saya merayu pada awak." Rayunya perlahan. Namun tetap ku keraskan hati yang sedia membatu.

"Semua yang ada pada awak semua salah. Bila saya dekat dengan awak, saya jadi rimas. Semuanya serba tak kena. Saya rasa sesak nafas. Tapi bila saya jauh dengan awak, semuanya kembali normal. Dan saya pilih untuk menjauhi awak demi kepentingan saya."

"Awak tipu saya kan?"

"Pernah ke saya tipu awak?" Lelaki itu diam tanpa kata.

"Awak pergilah. Cari perempuan yang sesuai untuk awak. Saya dah jumpa pengganti awak. Jadi tolong jangan rosakkan kebahagiaan saya. Harap awak faham."

"Balqis." Suara lelaki itu berubah 100%. Kalini lebih kepada penuh dendam dan benci.

"Saya tak sangka awak lebih pilih dia daripada saya kan?"

"Ha?" Aku kerut dahi.

"I'll know everything. Saya nampak awak dengan seorang lelaki sebelum ni. Mesti sebab dia kan awak nak tinggalkan saya?" Suara lelaki itu bergetar tetapi masih boleh dikawal.

Aku diam sejenak.

"Kalau dah tahu kenapa datang cari saya?" Tanyaku hambar. Langsung tak ada perasaan bersalah.

"Sebab saya nak buktikan apa yanh saya rasakan semua salah. Mesti ada sebab disebalik pertemuan awak dengan lelaki tu. Tapi saya tahu, kebenaran memang tak boleh diubah lagi. Awak dah buktikan semuanya. Terima kasih sebab buat saya macam ni Balqis."

📌

"Get up!" Aku tersentak mendengar suara yang menegur. Hilang segala gambaran peristiwa lalu. Suara itu...

Suara yang tidak asing itu membuatkan aku terkedu. Perlahan aku memalingkan wajah dengan harapan semuanya adalah palsu, hanya mainan perasaan sahaja. Namun, semua itu seakan tidak menjadi nyata. Aku kaku. Ia lagi mengejutkan daripada aku menangkap Hayrul mempergunakanku.

"Ke awak nak saya dukung baru nak bangun?" Dengar sahaja perkataan dukung, badanku terus menegak. Dua pasang mata yang memandang tidak diendahkan. Perlahan-lahan aku membuka langkah untuk bangun. Hampir seminit juga masa diperlukan untuk aku berdiri dengan stabil.

"Siapa" Hayrul bertanya sambil memandang Aisy atas bawah.

Aisy Zulfan, lelaki yang aku tak nak jumpa sampai bila-bila. Kenapa? Sebab semuanya adalah mimpi indah bagiku tetapi tidak di pihaknya. Baginya mungkin aku adalah penyebab luka di hatinya. Sebabtu aku tak nak bertemu semula dengan lelaki itu.

Aku ingin mengekalkan mimpi indahku tanpa kehadirannya di sisi. Ia cukup memadai daripada aku terus melihat dia terseksa disebabkan aku.

Tapi...

Aku nak jawab apa dengan soalan Hayrul? Dia siapa? Bekas kekasih aku? Sejak bila? Sudah semestinya tiada siapa pernah tahu aku mempunyai hubungan istimewa dengan lelaki ini sebelumnya. Aku tidak mahu menyatakan sesuatu tanpa sebarang kepastian.

Kau Yang Ku Pilih Where stories live. Discover now