21 ~

95 4 0
                                    

Murung setahun apabila aku mendapat berita tentang tarikh perkahwinanku dengan Aisy. Harapan aku semuanya adalah mimpi tapi sayang ia benar belaka. Realiti dan bukannya fantasi ataupun mimpi semata-mata.

Aku mengeluh perlahan. Mood aku memang kelaut sejak dua menjak ni bertambah besar bagaikan lautan di laut China Selatan. Memang semua perkara yang aku buat tidak menjadi.

"Kau okay tak tu Balqis? Murung lain macam je?" Cikgu Mira yang baru sahaja tiba di bilik guru, menegur. Aku senyum kecil.

"Okay je." Dua patah.

"Tak. Kalau okay kau tak macam ni." Cikgu Mira geleng kepala laju pakej mimik muka detektif. Aku gelak kecil.

"Kalau aku okay macam mana pulak?"

"Kalau kau okay tak muncung. Selalu senyum. Tapi sekarang kau tengah muncung maksudnya kau tak okay." Yakin Cikgu Mira mengeluarkan hujahnya.

"Perasaan kau je. Aku okay lah." Yakin aku menjawab.

"Hari ni kau ada kelas tambahan lagi ke?" Cikgu Mira menukar topik.

"Haah. Kenapa?"

"Tanya je."

"Okaylah aku nak masuk kelas, nanti jadi tarzan bandar pula budak-budak ni kalau lambat masuk."

Cikgu Mira gelak kecil. Sudah faham dengan apa yang aku bicarakan.

Aku berjalan malas menuju ke kelas. Seperti biasa daripada tingkat bawah sudah jelas kedengaran suara mereka memetir di dalam kelas. Siapa lagi kalau bukan sebaris bangunan tingkat dua itu termasuklah kelas aku.

"Bangun!" Nuha bersuara apabila aku masuk ke dalam kelas. Terus diam apabila Nuha bersuara.

"Selamat pagi cikgu!" Bergema suara mereka pagi itu. Dan tidak sampai seminit, kelas mula bingit semula seakan cikgu tidak wujud di situ.

Aku mengeluh lagi. Entah kenapa semua yang jadi rasa annoying. Rasa nak marah, nak maki orang pun ada. Tapi disabarkan hati agar tidak tersilap cakap. Risau viral pula cikgu maki pelajar. Sia-sia kena saman dengan mak budak.

"Diamlah! Cikgu kat depan tu." Nuha memetir lagi sebelum sempat aku menyumbang suara.

Namun suara Nuha langsung tidak memberi kesan kepada budak-budak yang masih dengan dunia mereka sendiri.

"Okayy class saya ada kat depan ni. Jangan buat saya macam tak wujud dalam kelas ni!" Nyaring aku bersuara. Akhirnya semua mata memandang kearahku. Diam.

"Tahu pun diam. Baru nak suruh lari dua round kat padang bila tak tahu nak diam." Aku sempat menjeling kearah mereka sebelum aku kawal ekspresi muka hendak marah sebentar tadi.

"Ala cikgu. Sorry la." Zaidi

"Cikgu tak ada mood ke harini? So kita tak payah belajarlah eh?" Hafizi

Aku tepuk dahi sendiri. Dia ingat dia budak tadika ke nak cakap macam tu? Ada yang kena sekeh ni.

"Banyak cantik muka awak. Dah buka buku teks Bahasa Melayu muka surat 88, Pasaran dan Pemasaran."

"Hafizi, baca maksud FAMA tu."

"Saya tak nampak lah cikgu. Tak pakai cermin mata." Hasilnya kedengaran beberapa tawa halus di dalam kelas 5 cendrawasih itu.

"Awak nak cikgu pakaikan cermin mata ni ke kat awak baru nampak?" Aku berkata sambil mengambil pembaris panjang diatas meja dan dihalakan kearah Hafizi.

"Tak apa cikgu dah nampak." Hafizi sengih bagai kerang busuk.

Aku geleng kepala sebelum meneruskan pembelajaran pagi itu. Moody macam mana pun, kerja tetap kerja.

📌

Hari minggu memang tak lengkap kalau aku tak balik Johor. Kadang-kadang lepas balik kerja pun aku terus balik ke Johor memandangkan banyak perkara perlu diselesaikan. Kami hanya ada masa dua bulan sahaja untuk menyiapkan segala dokumen untuk pernikahan yang akan berlangsung di pejabat kadi bulan hadapan.

Terasa cepat masa berlalu membuatkan aku semakin takut. Berdebar. Kalau boleh tak nak waktu berjalan. Biarlah lambat asalkan aku tak kahwin dengan dia.

"Minggu ni balik Johor lagi ke?" Hana yang sedang menonton tv sambil menikmati kuaci bertanya apabila aku sibuk mengemas apa yang patut.

"Haah." Jawabku.

"Kerap kau balik kampung Qis. Kalau dulu dua minggu sekali baru balik. Ada apa-apa ke kat Johor tu? Ke jumpa buah hati kau?" Hana sengih nakal. Semestinya Hana tidak tahu apa-apa mengenai krisis hubungan aku dengan Hayrul beberapa bulan lepas. Apatah lagi kes Aisy, lagi lah tak tahu.

Bukan tak nak bagitau, cuma belum masanya. Nanti lah kalau rasa dah bersedia mungkin aku akan cerita pada dia.

"Ada hal sikit nak kena settle. Tu yang selalu balik."

"Hal apa? Kau nak kahwin ke?" Aku telan liur. Betul-betul kena depan mata. Terkedu saya.

"Apa merepek." Aku ketawa hambar.

"Mana lah tahu. Kau nak kahwin."

"Lambert lagi."

"Iyelah tu. Jangan-jangan tup tup dah kahwin." Hana gelak kecil.

Aku sengih. Serba salah pula bila tak bagitau. Halah!

"Qis masakkan aku maggi. Air tangan kau sumpah sedap." Puji Hana bertingkat. Aku mencebik. Dia punya malas nak masak bukan main puji lagi.

"Maggi apa nak?" Tapi aku tetap layankan sebab aku juga kebulur. Nak keluar makan malas pula. Lagipun duit cukup-cukup je sementara nak tunggu gaji hujung bulan nanti.

"Kari lah. Kari is the best you know."

"Noted."

"Letak lada banyak sikit. Biar padu sikit rasa dia." Pesan Hana.

"Tau. Kau tu hantu cili. Tak pesan pun aku tahu." Hana ketawa mengekek.

"Thank you ma friend."

"Nanti belanja aku bakso." Tiber

"Bisa aja. Benda kecil."

"Deal eh?"

"Deal!" Aku sengih sampai telinga. Bakso memang favourite aku. Kalau mama masak, memang dua pinggan licin aku bedal. Lepastu selang beberapa jam mesti masuk dapur lagi cari Bakso. HAHA

📌

Sebulan lagi. Tinggal sebulan sahaja dia bakal bertukar status. Tanpa pengetahuan keluarga dan tanpa restu keluarga. Kadang-kadang was-was dengan keputusan sendiri. Betul ke apa yang dia buat sekarang? Boleh bahagia ke dia nanti.

Bahagia? Oh lupa pula. Itu bukan tujuannya untuk berkahwin dengan wanita itu. Mungkin tak akan ada bahagia dalam kamus hidupnya dan juga wanita itu sehingga dia betul-betul puas bermain dengan perasaan sendiri.

Keychain tom si kucing kelabu dipegang. Tangan ralit bermain dengan keychain itu. Walaupun hatinya penuh dengan luka, namun entah kenapa kenangan manis tidak mahu menghilang. Ia tetap mekar di dalam hati dan fikirannya. Mungkin sebab ini juga tidak semudah itu dia mampu membenci wanita itu.

Terlalu banyak manisnya daripada pahit.

Dendam. Benci. Itu yang patut diterapkan di dalam diri. Bukan sayang dan kasih. Jauh sekali cinta. Cintanya sudah mati sejak wanita itu pergi meninggalkannya. Yang ada hanyalah sebuah parut. Parut yang ditinggalkan empat tahun lalu.

Pendirian harus ditetapkan. Hati terus dikuatkan. Jangan sampai terbuai semula dengan kenangan lama. Kenangan yang sangat perit untuk diingati.

Kau Yang Ku Pilih Where stories live. Discover now