67 ~

206 4 0
                                    

"Kita nak pergi mana?" Aku bersuara setelah lima belas minit perjalan tanpa ada tanda-tanda untuk berhenti di mana-mana. Aisy senyum kecil memandang kearahku sekilas sebelum fokus semula kearah pemanduannya.

Sejak aku menerima Aisy kembali beberapa hari lepas, Aisy telah kembali kepada Aisy yang aku kenal sewaktu bercinta dahulu. Tersangatlah protective dan terlebih makan gula. Kadang-kadang manja tak bertempat pun ada. Perasaan aku? Mestilah aku suka. Terasa sangat disayangi oleh suami sendiri. Kini kami telah pun duduk semula di rumah kami dengan suasana yang baharu.

"Abang, Qis tanya ni. Kita nak pergi mana?" Sekali lagi aku mengajukan soalan apabila soalan aku tadi hanya dibiarkan sepi tanpa jawapan.

"Sabar. Dah nak sampai ni." Ujar Aisy sambil menggengam erat tanganku sebelum dikucup penuh kasih. Aku hanya membiarkan sahaja tanpa membantah. Suka apabila dimanjakan sebegitu rupa.

"Tutup mata sayang." Arah Aisy laju.

"Ha?" Aku kerut dahi. Apa sahaja la yang ada dalam fikiran Aisy sekarang ni.

"Tutup mata awak tu. Abang nak buat suprise ni." Rengek Aisy apabila aku tidak mendengar arahannya.

"Sekarang ke?"

"Yes!" Teruja.

"Cepat sayang. Dah nak sampai ni."

"Okay." Aku pun hanya menurut tanpa sebarang bantahan lagi.

"Janji jangan buka selagi abang tak suruh okay? Mengendap pun tak boleh tau!"

"Iye Qis janji tak buka mata." Janji aku. Aisy senyum lebar sambil memandang isterinya. Tidak lama selepas aku menutup mata, kereta sudah berhenti bergerak. Kedengaran pintu kereta dibahagian pemandu dibuka sebelum pintu di bahagian penumpang pula terbuka.

"Jom keluar sayang." Aku mengikut. Dengan bantuan daripada Aisy memudahkan aku untuk keluar daripada kereta dengan selamat tanpa melanggar apa-apa yang tidak sepatutnya. Iyelah mata dah tutup, ,mau buta sekejap aku.

"Okay dah boleh buka!" Aisy bersuara teruja dengan senyuman lebarnya.

Aku membuka mata perlahan-lahan sebelum mata menatap kearah signboard kedai di hadapan mata.

A little cup of coffee dengan logo AB yang digabungkan menjadi satu. Aku ternganga. Ini bukan ke....

"Yes this is our final project dulu. I make it real for you." Terang Aisy tanpa dipinta. Aku ternganga. Tak percaya.

"Macam mana...?"

"Jom masuk dulu. Abang akan terangkan semuanya pada Qis." Tanganku ditarik agar menyaingi langkahnya. Aku dibawa kearah meja yang paling hujung. Meja yang sudah dihias cantik dengan bunga dan juga dua set makanan. Chicken grill! Oh my favourite !

"Silakan duduk my love." Pelawa Aisy sambil mengalihkan kerusi sedikit agar memudahkan aku untuk duduk.

"Terima kasih."

"My pleasure love."

"Suka dengan makanan tu?" Aisy mula bersuara apabila dia sudah mengambil tempat berhadapan denganku.

"Suka! Mana abang tahu Qis suka chicken grill?"

"Mestilah tau. Qis kan isteri abang." Aisy senyum bangga. Aku mencebik. Walhal aku pernah bagitau tentang ini seawal pertemuan kami dahulu. Tak tahu pula Aisy masih ingat sampai sekarang. Terharu sungguh rasanya.

📌

"Macam mana abang boleh tergerak hati nak cipta kedai ini betul-betul?" Aku mula bertanya. Curious pula rasa.

Kau Yang Ku Pilih Donde viven las historias. Descúbrelo ahora