30 ~

97 4 0
                                    

Hari sukan sekolah merupakan aktiviti yang akan diadakan di setiap sekolah di Malaysia. Sudah pasti hari sukan ini merupakan hari yang paling menggembirakan para pelajar selain hari mengambil report card peperiksaan sebab para pelajar dibenarkan membawa telefon bimbit ke sekolah.

Selepas perbarisan rumah sukan dan badan beruniform, kini tiga acara sukan sekolah dipertandingkan di dalam padang yang sama. Antaranya lumba lari, lompat jauh dan merejam lembing.

Pada waktu petang pula acara lumba lari 4x100 dan 4x200 meter akan dipertandingkan. Begitu juga dengan lompat tinggi dan lontar peluru. Tidak lupa juga highlight di akhir sukan sekolah adalah pertandingan memanah.

Tidak dinafikan rumah sukan yang mendominasikan kesemua pertandingan ini akan menang serta merta.

Aku melihat jam di tangan. Tiga petang. Walaupun sudah tiga petang namun matahari masih lagi terpacak dengan jayanya. Bahang jangan kata lah. Kalau tak minum air, comfirm dapat strok haba macam tu je.

"Cikgu." Aku memandang kearah suara yang menegur.

Hafizi yang sedang tercungap-cungap berlari anak menuju kearahku. Mana tak tercungap kalau baru lepas lumba lari 4x200 meter. Walaupun kurang dalam akademik, tapi Hafizi merupakan atlet harapan sekolah.

"Kenapa?" Aku bertanya sambil menghulurkan air yang baru sahaja aku ambil tadi. Kebetulan belum buka.

"Terima kasih cikgu." Hafizi sengih.

"Cikgu tengok tak saya lari tadi? Laju kan?" Hafizi angkat kening. Bangga. Aku mencebik.

"Awak kaki galah memanglah laju." Hafizi gelak kecil.

"Barulah lelaki cikgu. Pendek-pendek nak pergi mana?" Seloroh Hafizi

"Aip cakap perlahan. Terasa genetik lelaki yang pendek nanti. Lagi-lagi Cikgu Zul tu." Sempat kami mengerling kearah Cikgu Zul yang sedang bersandar diatas kerusi sambil berpeluk tubuh menyaksikan acara lumba lari yang masih belum tamat.

Kami gelak kecil.

"Okaylah saja kacau cikgu. Tengok sorang-sorang je jalan. Saya gerak dulu. Nak pergi tandas ni sebenarnya." Hafizi

"Ha Iyelah. Nanti balik semula padang. Jangan ponteng pula."

"Baik cikgu!" Hafizi sengih lebar sebelum berlalu.

Hilang sahaja kelibat Hafizi, mata terus melilau melihat sekeliling. Entah kenapa tiba-tiba rasa diperhatikan oleh seseorang. Atau perasaan aku je iye?

'I have eyes on you.' Bergema suara si suami di benak aku.

"Ha spy dia la tu agaknya." Aku menarik nafas kelegaan buat seketika. Kalau mata-mata Aisy apa yang nak dirisaukan kan?

Aku melangkah menuruni anak tangga yang sedikit curam itu untuk menuju semula ke padang. Entah di mana silapnya, tiba-tiba sahaja badanku seperti ditolak seseorang dan sudah pasti aku berguling jatuh diatas padang.

"Cikgu!" Tidak sampai seminit, aku sudah dikerumuni beberapa orang pelajar yang melihat aku bercinta dengan tangga padang sebentar tadi. Nasib baik jatuh atas padang, jadi kepala aku selamat rasanya daripada gegaran. Cuma kaki aku sedikit mengecewakan.

"Cikgu okey ke?" Seorang pelajar wanita mendekatiku dan bertanya cemas.

Aku mengangguk perlahan.

"Cikgu boleh bangun tak?" Pelajar itu bertanya lagi.

Aku cuba untuk bangun, tapi sayang kaki tak nak bagi kerjasama. Sakit dia bagaikan dicucuk-cucuk. Perit dan amat menyakitkan.

"Auchh!"

Kau Yang Ku Pilih Where stories live. Discover now