11 ~

93 7 0
                                    

"Kau buat apa kat sini? Kau ikut aku?" Tuduhnya tanpa pandang kiri kanan. Aku kerut dahi.

"No. Kita jumpa kebetulan."

"Kebetulan?" Aisy senyum sinis.

"Betullah. Saya pakai nametag sekarang ni." Kalini giliran dia pula kerut dahi.

"For what?"

"None of your business."

"Whatever." Jawabnya malas.

"So macam mana bila tengok aku bahagia dengan orang lain? Are you happy?" Soalnya tiba-tiba.

"Of course!" Jawabku yakin. Walaupun aku tak tahu apa function dia tanya aku, tapi aku tetap jawab.

"Are you sure?"

"Yes I am. By the way congrats on your happiness!" Sarkastik.

"Thank you. Fortunately she's better than you." Jawabnya bersahaja.

Aku senyum sebaris. Menutup gundah di hati. Perlu ke puji perempuan lain depan aku?

"Oh glad to hear."

"Nak aku kenalkan dekat kau? Mana tahu kau boleh belajar daripada dia cara melayan orang yang sayangkan kau macam mana?" Perlian seperti selalu.

"No thanks."

"Kenapa? Sayang ke nak tinggal benda buruk dalam diri kau tu?" Aku jeling dia sekilas.

"Tu bukan masalah awak."

"Aku bukan apa, aku kesian dekat mangsa kau nanti. Kena tipu-tipu hidup. Konon sayang rupanya kejar harta."

Aku menarik nafas perlahan-lahan. Mengumpul kekuatan yang ada. Jangan marah, kau tak layak untuk marah.

"Well just I said before it is none of your business Mr Aisy."

"Okay noted." Aisy senyum sebaris.

"Cikgu. Jom dah nak pukul enam." Hafizi datang menghampiriku.

"Okay Jom." Tanpa mempedulikan Aisy aku terus berlalu. Tak tahu apa yang patut aku rasakan sekarang. Nak marah, tapi tak boleh. Sedih juga tak boleh. Sebab perkara ini jadi semua disebabkan aku. Aku!

Tapi tak perlu rasanya nak menghukum aku sampai macam tu sekali. Tahu tak hati aku sakit bila dengar dia cakap macam tu.

"Cikgu Okay ke?" Hafizi bersuara apabila aku kekal diam sewaktu kami dalam perjalanan menuju ke tempat kami berkumpul.

"Okay je. Kenapa?"

"Cikgu macam tak Okay."

Aku senyum sebaris. Okay ke tidak nak tak nak kena okay jugak. Tiga tahun aku cuba untuk bahagiakan diri sendiri, kenapa sekarang tak boleh pulak kan?

📌

Disebabkan ada beberapa kejadian yang tak berapa aku ingini sewaktu pulang ke Johor sebelum ni membuatkan perasaan malas untuk pulang ke kampung semakin menjadi-jadi. Bukan tak nak jumpa mama dengan ayah tapi entahlah rasa tak sedap hati pula bila balik sana.

"Tak balik kampung ke Qis minggu ni?" Hana bersuara setelah dia mengambil tempat di sebelahku. Mulut macam biasa kekal mengunyah. Sebabtu rumah ni wajib ada snack ringan untuk mengunyah bila tengok tv.

"Tak kot. Minggu lepas dah balik lama." Jawabku.

"Tu minggu lepas."

"Kau tu tak balik kampung ke? Cakap aku." Soalan berbalik semula.

"Kampung aku tak jauh mana pun. Nak balik malam pun tak kisah." Balasnya bangga. Mentang-mentang lah kampung sekangkang kera je dari rumah sewa berlagak pula. Tapi tula rumah dekat dengan tempat kerja pun masih lagi duduk rumah sewa. Nak berdikari katanya.

"Jangan jealous Okay." Hana tayang senyum bangga.

"Memang tak lah."

"Haa Qis dah alang-alang cerita pasal kampung ni. Kau perasan tak sejak kau balik dari kampung haritu, ada kereta sama duk lalu lalang depan rumah kita ni? Perasan tak?" Hana

Laju aku memandang kearah Hana.

"Iyeke? Tak perasan pun."

"Iye. Mula-mula tu aku ingat nak cari rumah orang ke tak jumpa-jumpa. Tapi bila tiap hari aku nampak kereta sama je meremang pula segala bulu roma aku bila tengok." Hana membuat muka agak insecure.

"Mana kau tau dia tengok rumah ni? Entah-entah bodyguard pakcik sebelah ni. Iyelah kan dia duduk sorang. Mana tau anak dia upah ke suruh tengokkan bapak dia." Positif.

"Mengarutlah. Kalau dia bodyguard pakcik sebelah takkan dia pandang rumah kita setiap kali dia lalu." Bangkang Hana.

"Dia pandang? Kau nampak?"

"Nampak tapi samar-samar la. Yang penting dia pakai mask. Dah macam perompak dah bila tengok." Hana

Takkan lah Aisy buat kerja gila ikut aku sampai ke sini? Tapi kalau dia memang dah aim aku tak mustahil lah kan? Tengok jelah masa perkhemahan sekolah minggu lepas, know know dia ada kat tempat yang aku pergi. Walaupun dia acah kata aku ikut dia.

Tapi tak mungkin dia tak macam tu...

Tapi siapa lagi kalau bukan dia? Siapa je yang anggap aku musuh dia sekarang melainkan mamat Aisy tu kan?

People change. Itu faktanya.

"Nak buat report polis tak?" Hana bersuara sekali lagi.

"Eh tak payah lah. Dia tak ada ancam kita apa-apa kan? Biar dulu. Mungkin betul dia sesat nak cari rumah orang." Bidasku.

"Tapi kalau dia pecah masuk rumah kita macam mana?" Hana sudah beriak risau.

"Rasanya tak. Kalau dia nak pecah masuk lama dah dia buat. Ni kau cakap sejak aku balik dari Johor kan dia usha tapi masih lagi rumah kita selamat. Alhamdulillah."

Bukan tak takut. Takut juga. Tapi buatnya yang ikut aku tu Aisy kan dah serba salah. Kenapa nak kena serba salah sebab aku tak rasa aku patut tambah beban dalam diri dia. Cukuplah beban yang aku dah bagi dulu.

Tapi kalau memang orang jahat macam mana? Sebab macam tak logik juga mamat tu nak ikut aku sampai sini.

Tapi tak ada perkara yang mustahil dalam dunia ni kan?

Arghhh! Tak tahu.

📌

Selepas sahaja Hana menceritakan hal menakutkan itu kepadaku, tanpa sengaja aku melihat sendiri kereta itu lalu lalang di hadapan rumahku. Mana aku tahu sebab aku pernah nampak kereta tu sebelum ni dekat perkarangan sekolah. Kalau di sekolah sudah pasti aku ingat dia mahu mengambil anak yang bersekolah di situ.

Tapi rupa-rupanya dia bukan mak atau ayah kepada pelajar dan juga bukan target bagi rumah aku. Tapi aku!

Aku telan liur apabila kereta itu berhenti tidak jauh daripada kawasan rumahku. Hati ingin mengetahui siapa sebenarnya orang di sebalik kereta hitam itu manakala akal pula menolak. Risau kalau memang orang jahat kan dah gali kubur sendiri namanya.

Namun lain pula bagi perbuatan. Entah kenapa kaki terus melangkah perlahan-lahan menuju kearah kereta hitam itu. Semakin dekat, semakin berdebar jantungku. Kereta itu cukup mewah untuk aku membuat andaian yang dia adalah lelaki yang aku syak selama ni.

Disebabkan itu juga kaki terus yakin melangkah. Tiada apa yang hendak ditakutkan kalau itu sememangnya Aisy. Boleh lah aku bagi pelajaran sikit dekat dia!

Apabila aku hampir tiba di tempat kereta hitam itu berhenti, tidak sampai sesaat, kereta itu terus berdesup pergi meninggalkan ku di situ. Terkejut. Iye, sebab aku hampir sahaja dilanggar kereta itu. Lagi seinci lebih kurang.

Aku telan liur. Mamat ni memang nak aku mati ke?!

Tahu benci tapi takkan sampai nak membunuh? Aku terduduk buat seketika di situ. Cuba untuk menghadam situasi yang berlaku.

Kau Yang Ku Pilih Where stories live. Discover now